Tragedi torowong menora yang mengorbankan lima nyawa pelajar pusat pengajian tinggi baru-baru ini begitu meruntun jiwa.
Perkongsian lelaki ini mengenai bahaya kawasan ini boleh dijadikan pengajaran. Ikuti lanjut perkongsian ini.
HATI-HATI LALUI KAWASAN INI
Sebabkan aku pengguna tetap Terowong Menora ni.. hampir setiap hari selama 15 tahun aku ulang-alik Ipoh-Taiping tipulah kalau aku cakap aku tak pernah eksiden di laluan ni..
Aku eksiden masa on the way nak ke class Dr. Azizul Azli Ahmad , aku tinggal dulu kereta, pergi class sampai habis.. habis class baru aku pergi report balai..
Macam-macam jenis eksiden aku hadap.. dari yang tunggu berjam-jam lamanya, sampailah yang berlaku depan mata.. darilah kenderaan kecil seperti motor sampailah sebesar kren.. tak kira siang ke malam.. dari kisah seram sampai aku pernah kena sendiri.. orang tanam jenazah pukul 12 tengah malam tepi hiway dekat exit kuala kangsar tengok depan mata dengan Muhammad Fadzli semua aku lalui..
Ads
Apa yang aku nak share, korang perlu lebih berhati-hati bila lalu laluan ni apabila hujan lebat, dan keadaan selepas hujan.. kerana air mengalir atas jalanraya tu boleh mengakibatkan tayar kita ikut tergelincir.. lebih-lebih bila guna pacuan 4 roda atau kereta jenis tinggi.
Selain tu, korang perlu alert bila ada propel nak selenggara jalan, sebab semasa mereka mengecilkan laluan dari 2 hala ke 1 hala.. kadang tu jarak mengecil tu terlalu pendek.. ini membuatkan banyak kereta tiba-tiba ubah laluan.. yang jenis bagi signal boleh lagi kita nampak.. yang jenis batang signal patah ni.. memang bahaya tiba-tiba nak elak kon..
Ads
Tu belum kira lori rosak tepi jalan.. kadang tu kon pun takde, harapkan segitiga 🔺 yang tak berapa nak pantul cahaya tu.. boleh terkejut tiba-tiba nampak bontot treler..
Korang kena bajet minyak bila nak lalu menora ni.. selama 15 tahun ni, pernah sekali aku kehabisan minyak sebelum sampai RNR.. konon berlagak bajet boleh sampai.. sekali jem.. ambik ko.. tersadai tepi jalan dibuatnya..
Dari zaman pakai ambik tiket bayar tunai, sampailah aku guna RFID.. harap stesyen minyak sepanjang laluan Ipoh- Taiping ni.. upgrade la sistem.. ini nak topup touch n go.. server down sesaje.. ntah yer server down ke.. ntah ntah sistem korang yang takde kredit nak topupkan..
Ads
Biasanya sebelum masuk hiway, aku memang akan waze dulu.. kalau jem, aku akan guna laluan dalam Ipoh – Sungai Siput – Kuala Kangsar, biasa laluan ni akan tambah masa perjalanan sekitar 30 minit kalau tak singgah mana-mana lah, tapi aku selalu singgah makan nasi ayam power kat foodcourt taman sentosa.. tu jadi sejam🤣.. korang kena try.. order nasi Boomerang.. special menu tu.. slalu akan habis awal..
So kepada pengguna yang jarang-jarang guna laluan ni, berhati-hatilah memandu, lebih-lebih lagi 3km selepas terowong.. sebab 3km pertama ni laluan dia curam.. dan kiri kanan dia gaung dan longkang besar.. memang takde lorong kecemasan untuk korang berhenti ke, nak elak sesuatu ke.. kat sini lah aku pernah eksiden dulu sebab nak elak kon propel dulu..
Semua pasangan inginkan hubungan yang semakin hari semakin sayang supaya rumah tangga kekal bahagia. Dulu lepas kahwin, mungkin ada yang jatuh katil kan, maklumlah pengalaman pertama. Namun, seharusnya keseronokkan berumahtangga pastinya kekal sehingga akhir hayat. Bak kata, semakin hari semakin teransang!
Dengan itu, bagi memastikan rumah tangga bahagia semanis kurma beberapa panduan boleh diikuti.
Setelah usia perkahwinan semakin panjang, apa kata sesekali anda melakukan sesuatu untuk menggoda suami agar hubungan berkasih sayang dapat dipupuk seerat mungkin.
Pastinya, setiap sentuhan, belaian manja, dan bisikan hangat adalah antara beberapa cara anda berinteraksi untuk membuatkan suami tergila-gilakan anda setiap hari.
1.Waktu pagi
Apa kata sekiranya pada waktu pagi ketika suami sedang berjalan keluar dari bilik untuk ke tempat kerja, pegang tangannya dengan cara anda memandang tepat ke matanya dan kemudian berdakapan dengan suami anda.
2. Peluk
Peluklah suami anda sepenuhnya dengan rasa kasih sayang dan kemudian memberikan lambaian mesra kepadanya sebelum dia berlalu.
3. Nota rahsia
Sebelum itu secara sembunyi, perlahan-lahan masukkan sekeping nota pendek berbau cinta dan sulaman kasih ke dalam poket seluar atau jaketnya. Atau mungkin juga nota mengajaknya untuk makan malam di sebuah restoran pada malam itu atau apa sahaja. Apabila sesampainya di pejabat suami anda menyeluk sakunya dia terpegang nota anda dan membacanya. Pastinya dia akan menelefon anda sejurus selepas dia membacanya.
4. Menelefon
Juga anda boleh menelefon suami anda pada tengah hari itu untuk memastikan dia pulang pada masa yang tepat pada petang atau malam nanti. Ketika panggilan itu dilakukan, bisikan kata-kata dengan suara yang seksi kepada suami anda dan beberapa perkataan yang anda memang tahu suami anda sukakannya ketika beraksi di katil. Sudah pasti suami anda amat menghargai setiap kata-kata bisikan yang jarang-jarang kedengaran daripada mulut anda seperti itu.
5. Di rumah
Sebaik suami anda balik ke rumah, pastikan rumah anda berbau keharuman bunga-bungaan, bersih, kemas dan pasangkan lagu lembut dan romantik yang memberikan rasa ketenangan kepadanya.
6. Waktu tidur
Jemput dia tidur di riba anda, urut perlahan bahunya sambil melakukan belaian erotik di sekitar dada, perut dan dahinya menggunakan jari-jemari anda.
7. Godaan di bilik mandi
Cara godaan ini mungkin agak ekstrem. Tapi anda boleh melakukannya sesekali. Ketika mandi di dalam bilik mandi di dalam bilik tidur, anda biarkan pintunya sedikit terbuka dan biarkan suami anda yang ketika itu berada di atas katil melihat anda. Lihatlah apa reaksi suami anda yang gugup menelan air liur melihatkan permainan godaan anda yang kelihatan hangat dalam bilik mandi sambil tubuh disirami air.
8. Minyak wangi
Sekiranya anda ingin kelihatan lebih seksi apa kata anda memakai minyak wangi yang baru atau mengubah bau minyak wangi anda. Bau-bauan sebenarnya dapat menawan hati suami. Pilihlah bau minyak wangi yang mungkin dia suka. Letakkan sedikit di belakang leher, belakang telinga, sedikit di celah dalam paha yang pastinya memberikan rasa godaan yang bukan sedikit kepada suami anda.
9. Aksesori cantik
Kadang-kala ada sesetengah suami yang suka melihat isterinya memakai barangan kemas atau aksesori contohnya mutiara. Jadi goda suami anda dengan memakai mutiara ketika berada di atas katil tanpa pakaian di badan anda.
10.Pakaian seksi
Atau sesekali cuba goda suami dengan memakai pakaian dalam yang berwarna erotik dan warna yang terang seperti merah atau berbintik harimau bintang. Fabriknya pula perlulah daripada sutera yang menyerap peluh, berkilat dan lembut untuk mudah diusap oleh suami ketika berada di atas katil berduaan.
Ramai yang mengatakan beruntungnya jemaah haji tahun ini kerana dijangkakan hari wukuf adalah jatuh pada hari Jumaat dan itu bermakna jemaah haji tahun ini cukup bertuah kerana ianya merupakan Haji Akhbar (hari Haji yang paling agung)
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan menjadi sia-sia kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).
Ulama bersepakat ibadah wukuf di Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesepuluhnya.
Dalam pada itu, dimaklumkan, ibadah wukuf tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai 2022.
Apa keistimewaan wukuf jika jatuh hari Jumaat?
Ramai mengatakannya raya haji tahun ini ialah Haji Akbar. Apa dimaksudnya dengan Haji Akbar? Ini penjelasan Mufti mengenainya.
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
1- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
4- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
6- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menerangkan berkaitan maksud sebenar Haji Akbar. Di dalam al-Qur’an, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Inilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang”. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]
Makna Haji Akbar
Di dalam tafsir al-Thabari, imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabi’in yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:
Pertama: Haji Akbar adalah hari Arafah.
Daripada Ikrimah berkata:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، يَوْمُ عَرَفَة
Maksudnya: Ibn Abbas RA mengatakan: “Haji Akbar adalah hari Arafah”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 116/14]
Kedua: Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah).
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَفَ يَوْمَ النَّحْرِ بَيْنَ الْجَمَرَاتِ فِي الْحَجَّةِ الَّتِي حَجَّ، فَقَالَ: أَيُّ يَوْمٍ هَذَا؟ قَالُوا: يَوْمُ النَّحْرِ، قَالَ: هَذَا يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah)”. Nabi SAW bersabda: “Ini adalah hari Haji Akbar”. [Riwayat Abu Daud, (1945)][Sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]
Ketiga: Haji Akbar adalah hari-hari haji keseluruhannya.
Daripada Ibn Abi Najih, bahawa Mujahid berkata:
عَنْ مُجَاهِد: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، حِيْنَ الحَجّ، أَيَّامُهُ كُلّهَا
Maksudnya: “Hari Haji Akbar adalah ketika waktu haji serta kesemua harinya”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab “tidak akan melakukan haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:
“Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang ma’ruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulama’ bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu “Haji itu Arafah”. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]
Pendapat Yang Dipilih
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.
Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:
“Pendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah “براءة (al-Taubah)” pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: “Adakah kamu semua tahu, hari apakah ini?”. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Ini adalah Hari Haji Akbar”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat. Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:
قَدْ اشْتَهَرَ بَيْنَ الْعَوَّامِ أَنَّ يَوْمَ عَرَفَةَ إِذَا وَافَقَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ الْحَجُّ حَجًّا أَكْبَرَ وَلَا أَصْلَ لَهُ
Maksudnya: “telah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekali”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]
Perbezaan Haji Akbar (الحج الأكبر) dan Haji Ashghar (الحج الأصغر)
Soalan: Apakah perbezaan di antara Haji Akbar dan Haji Ashghar
Jawapan: Adapun makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapaun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar. Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]
Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah. Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 130/14]
Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.
Penutup
Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (يوم النحر) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersa’ie (antara safa dan marwah) ,melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.
Ibadah korban adalah satu ibadah sunah yang pernah dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW.
Dalam melaksanakan ibadah ini, ia turut mempunyai hikmah dan pengajaran yang besar buat semua.
Selain ganjaran pahala, ia menjadi penerapan nilai insan untuk kita mengingati mereka daripada golongan yang susah, fakir dan miskin dengan memberi sedekah.
Berikutan itu penyanyi kecil molek, Nabila Razali tidak melepaskan peluang turut menunaikan ibadah korban pada tahun ini.
Memetik daripada Harian Metro, difahamkan ini merupakan kali kedua Nabila dan keluarga membuat korban secara individu berbanding sebelum itu berkongsi bahagian dengan orang lain.
“Tahun ini saya ada rezeki lebih. Jadi saya dan keluarga buat korban seekor lembu di kampung emak saya di Pulau Sebang, Melaka,” kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali.
Menurutnya, ini kali kedua keluarganya membuat korban secara individu berbanding sebelumnya berkongsi bahagian dengan orang lain.
“Kali ini memang seluruh keluarga saya turun padang untuk melapah. Petang-petang sedikit baharulah orang kampung datang untuk memeriahkan keadaan.
“Alhamdulillah… kita pun dah boleh beraya macam biasa. Itu yang saya buat agar sambutannya lebih meriah dengan pasang khemah dan sebagainya.
“Seperti biasa keutamaan daging ini akan diagihkan kepada asnaf, fakir miskin dan anak-anak yatim manakala sebahagiannya akan dimasak untuk dimakan beramai-ramai,” katanya yang akan melayan peminat yang datang beraya.
Menurutnya, tiada istilah artis apabila dia turun padang terbabit dengan korban.
“Hari ini bukan hari bekerja tapi hari untuk saya bersama dengan keluarga. Saya sendiri akan melapah dengan sanak saudara.
“Bukan setakat beraya tapi saya pun nak panjatkan kesyukuran atas rezeki yang saya dapat selama ini untuk saya salurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan buat korban lagi tahun depan dengan jumlah lembu lebih lagi,” katanya yang akan berangkat ke Kuching, Sarawak esok untuk memenuhi undangan menjayakan persembahan.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...