Lima sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada Rabu, sementara anak sulung keluarga itu yang terselamat sempat menyaksikan detik tragis tersebut.

Menurut laporan Sinar Plus, remaja berusia 17 tahun, Nur Irsalina Syahirah, menceritakan bahawa tanah runtuh itu meragut nyawa ibu, nenek, serta tiga adiknya yang berusia lapan, 11, dan 16 tahun dalam sekelip mata.

5 sekeluarga maut tanah runtuh, anak pertama terselamat sempat lihat ibu peluk adik

Menurut Irsalina yang kini tinggal bersama datuknya, sebelum detik cemas yang berlaku pada 3 pagi itu, dia berada di ruang tamu bersama ibunya, Sazarena Arabi dan adik-beradiknya, manakala neneknya pula sedang tidur di bilik tidur.

Mereka kemudian mendengar bunyi dentuman yang kuat dan ibunya mula bertindak berlari sambil memeluk adiknya yang kecil manakala Irsalina pula segera bangun dari berbaring.

Ads

“Masa kejadian itu berlaku, saya sedang bermain permainan video sambil ditemani ibu dan adik-adik manakala nenek sedang tidur di dalam bilik.
“Segalanya bermula apabila ibu mendengar bunyi benda jatuh (dentuman kuat). Saya pun dengar bunyi yang sama.
“Oleh kerana takut, ibu segera berlari memeluk adik yang kecil untuk dibawa lari manakala saya sendiri pun terus bangun dan duduk.
“Saya tertolak hingga keluar dindin ke arah tempat meletak motosikal, bagaimanapun, belum sempat saya bergerak tanah terus runtuh tetapi saya masih sedar dan tidak pengsan,” katanya.

5 sekeluarga maut tanah runtuh, anak terselamat kini dijaga datuk

Tragedi Tanah Runtuh, Remaja Pilu Saksikan Detik Terakhir Ibu Dan Adik-Adik

Tidak cukup melihat keluarganya meninggal dunia depan mata, Irsalina turut terperangkap di bawah timbunan runtuhan itu sehingga menyukarkannya untuk keluar menyelamatkan diri.

Ads

Hanya selepas datuknya datang ke tempat kejadian, barulah Irsalina mendapat bantuan untuk mengalihkan tanah sebelum bomba tiba.

“Saya cuba alih tanah sedikit supaya dapat bergerak, kemudian datuk saya datang jumpa saya dan tolong alihkan tanah untuk saya.
“Tak lama kemudian, bomba pun datang untuk tolong keluarkan saya dari tempat kejadian.
“Saya bersyukur masih selamat tetapi bawah lutut saya sakit kerana kena hempap dan kuku kaki saya juga patah,” ujarnya.

Tragedi Tanah Runtuh, Remaja Pilu Saksikan Detik Terakhir Ibu Dan Adik-Adik

Ads

Katanya lagi, semasa operasi menyelamat, dia menyedari bahawa hanya kakinya yang cedera dan dia dihantar ke hospital menaiki ambulans selepas dikeluarkan dari runtuhan.

“Anggota bomba memberikan semangat untuk saya berusaha mengeluarkan kaki di bawah runtuhan dan setelah berjaya, saya dihantar ke hospital menaiki ambulans,” kongsinya.
5 sekeluarga maut tanah runtuh, selamat dikebumi pada Khamis

Selain ibunya, Irsalina turut kehilangaan neneknya, Fatimah Dawi, 71, adik lelaki, Irsyad Syairah, 16 dan dua adik perempuan, Nur Rania Syafiqah, 11 dan Nur Raisyah Syahirah, 8.

Kelima-lima mangsa ini disemadikan dalam satu liang lahad dan jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pujut 5 pada petang Khamis.

Sumber: Sinar Plus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI