Berita

Tragedi SUV Rempuh Pelajar UiTM Dungun: “Saya Tiada Lagi Anak Lelaki”

Share

“Saya dah hilang kedua-dua anak lelaki saya, mereka pergi dalam kemalangan jalan raya.”

Ayah kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin meluahkan isi hatinya apabila kedua-duanya dijemput Ilahi dalam bulan dan keadaan yang sama.

“Saya betul-betul tak mampu terima kenyataan ini,” ujar Jamaludin Husin, 53, bapa kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin dalam nada sebak.

Begitulah yang dirasai kini perasaan seorang ayah setelah kehilangan anak akibat kemalangan tu, peritnya tak tergambar dengan kata-kata. Hati rasa kosong, rindu yang takkan pernah terubat. Tiap hari teringat senyum, suara, dan tawa dia, tapi hakikatnya, dia dah tak ada.

Memetik laporan Harian Metro, selepas tujuh tahun kehilangan anak sulung dalam kemalangan jalan raya, kini keluarga berkenaan kehilangan seorang lagi anak iaitu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Khairil Anwar Jamaludin, 20, sekali lagi diuji dengan tragedi yang memilukan apabila anak bongsu pula pergi buat selamanya.

“Kehilangan yang sukar diterima” Apa yang lebih menyayat hati, pemergian kedua-dua anaknya terjadi pada bulan yang sama dan dalam keadaan yang hampir serupa, bagaikan takdir mengulangi detik pilu itu.

“Saya dah hilang kedua-dua anak lelaki saya, mereka pergi dalam kemalangan jalan raya. Lebih memeritkan, kedua-duanya dijemput Ilahi dalam bulan dan keadaan yang sama. Saya betul-betul tak mampu terima kenyataan ini,” ujar Jamaludin dalam nada yang penuh kesedihan.

Foto: Bernama

Katanya lagi, telah menerima panggilan yang membawa berita malang itu sekitar jam 9 malam daripada seorang kakitangan UiTM, dan tanpa berlengah, dia bergegas ke Dungun. Dia tiba di sana pada 3.30 pagi dengan hati yang berat dan penuh resah.

“Kali terakhir kami berjumpa adalah pada 6 Oktober, ketika kami menghantarnya kembali ke kampus. Saya masih ingat dengan jelas, kami balik ke Ampang pada hari itu tanpa sebarang rasa curiga,” katanya sambil mengimbau kenangan bersama anak bongsunya yang merupakan anak kelima daripada lima beradik.

“Saya tak pernah sangka ini akan berlaku lagi. Tujuh tahun lalu, pada 3 Oktober 2017, anak sulung kami, Muhammad Khairul Izzudin, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan. Kini, anak bongsu kami pula pergi pada 9 Oktober, hanya beberapa hari sahaja beza.”

Hilang dua anak lelaki dalam keadaan yang sama Khairil Anwar, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM, maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran universiti di Kampung Sura Hujung sekitar jam 7 malam, bersama dua lagi rakan, Ku Adib Aizab Ku Azmi dan Muhammad Akmal Md Tukirin, yang juga pelajar universiti.

Rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan parah.

Sumber:  Harian Metro