Bagaikan nyawa di hujung tanduk, sebuah keluarga melalui detik cemas ketika kereta dirampas tempat letak kereta dalam kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro keluarga berkenaan tak sangka suspek mengacukan pistol ke arah mereka dan berada dalam kenderaan selama 45 minit sebelum melepaskan diri.
“Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol dan mengarah saya beredar dari pusat beli-belah di Setia Alam pada hari kejadian,” kata pemandu Perodua Ativa berusia 30-an yang enggan dikenali.
Mengimbas kembali detik cemas itu, lelaki berkenaan berkata, dia dan keluarganya dikejutkan dengan suspek itu yang tiba-tiba muncul di kawasan parkir dan terus mengacukan pistol ke arah mereka.
“Saya tercengang. Lelaki itu (suspek) turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan bahawa itu pistol betul,” katanya.
Gambar sekadar hiasan
Menurut lelaki itu, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan empat anak makan di restoran pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
Ads
“Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu, tidak tahu apa kejadian sebenar berlaku.
“Saya segera membawa ahli keluarga keluar dan ketika hendak ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan,” katanya.
Lelaki itu berkata, awalnya, dia menyangka bunyi itu datangnya dari bunyi perlanggaran bonggol yang seolah-olah berbunyi seperti letupan.
“Saya anggap itu bunyi biasa sahaja dan tak sangka rupa-rupanya bunyi letupan daripada tembakan pistol.
Ads
“Pada masa itu, nampak banyak kereta bergerak laju. Ketika kami sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba lelaki (suspek) itu muncul dan mengacukan pistol,” katanya.
Katanya, mereka diarah masuk ke dalam kereta dan lelaki itu duduk betul-betul di tempat duduk belakang.
“Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut. Lelaki itu (suspek) kemudian mengarah saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.
“Dia berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, dia mengambil kad memori pada dashcam (kamera papan pemuka) kereta,” katanya.
Ads
SUSPEK USIA 30AN
Rakaman CCTV dipercayai suspek di sebuah bangunan sekitar Setia Alam, Shah Alam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata suspek juga berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.
“Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya,” katanya.
Lelaki itu berusia 30 an berkulit cerah mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah. Suspek turut melepaskan 4 das tembakan ke arah seorang tukang cuci di tingkat P1.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.
Didie Alias Lawat Amyza Aznan, Datang Beri Semangat, Rai Hari Jadi Ke-19 Andre di Wad
Sebagai seorang sahabat dan ibu, Didie memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh Amyza dan keluarganya. Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali, 54, berkata walaupun sibuk dengan urusan lain, dia tetap mencari ruang untuk bertemu Amyza bagi memberi semangat.
“Walaupun ujian ini berat untuk diterima, mummy (Didie) tetap luangkan masa walaupun sekejap untuk bersama Amyza. Saya memberikan semangat dan cuba menceriakan dia. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain memberikan sokongan moral kepada Amyza, Didie turut mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-19 anak Amyza, Andre Mikail, di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Didie dan Amyza menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Andre, yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini, tapi hari ini adalah hari istimewa buat Andre. Hari ini ulang tahunnya yang ke-19. Mummy doakan Andre terus kuat ya sayang. Mummy juga mohon doa dari semua, semoga ada keajaiban buat Andre dan dia cepat sembuh,” ujar Didie.
Sebelum ini, Amyza memaklumkan bahawa anak sulungnya, Andre, telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 15 Februari lalu. Selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Andre telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Setelah mendapat tahu bahawa ada pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang menghadapi kesulitan membayar yuran persekolahan sehingga bimbang dimarahi guru, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem tampil mengambil inisiatif dengan menulis surat kepada pengetua sekolah berkenaan.
Surat yang ditulis tangan dan diberikan kepada pelajar terbabit, dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu di akaun Facebook miliknya.
Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital turut dimaklumkan bahawa pelajar berkenaan turut tidak mampu membeli pakaian sekolah baharu.
Katanya, beliau membantu menulis surat kepada pengetua sekolah bagi memaklumkan situasi yang dihadapi individu itu, sekali gus memohon penangguhan bayaran yuran.
“Bila malam semalam baru diberitahu ada anak Duyong takde duit nak bayau yuran dan takde baju sekolah, tak ke bertanduk ko jadinya.”
“Bila disuruh ke sekolah je dulu, tak dipercayanya. Takut cikgu marah. Cikgu pun manusia ler. Ada hati perut kecuali ko ni dah selalu mengakal cikgu-cikgu.”
Jelas beliau, surat itu bukan untuk rujukan pihak sekolah secara formal namun ditulisnya bagi memberikan keyakinan kepada pelajar terbabit supaya pergi ke sekolah, sekali gus mengelak dia dimarahi guru.
“Surat ni bukan untuk sekolah sangat pun. Tapi buat yakinkan anak-anak ni ko pergilah daftar sekolah dulu. Nanti acik waibee ko ni selesaikan yuran dengan baju sekolah tu.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata kagum dengan usaha yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan. Ada yang berseloroh ingin menjadi penduduk Duyong.
“Terbaik YB. Memang ku kenai sgt bentuk tulisan ni. Mmg raw YB mantapp.”
“Tindakan yang spontan atas logik akal fikiran YB sendiri bagi impak yg sangat positif “
“Moga terus jadi wakil kepada rakyat YB.ringkasan komen dari rakyat yg cemburu dengan penduduk Duyong ada YB macam ni”
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...