Perjalanan pulang dari sekolah menjadi duka apabila tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas meninggal dunia  dalam satu kemalangan apabila MPV terjunam  ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat, Jalan Awat-Awat, Sundar, di sini tengah hari semalam (18/10/2024) .

Memetik laporan Utusan Sarawak, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim mengesahkan kejadian kenderaan berbagai guna (MPV) yang membawa 10 pelajar berkenaan terbabas dalam perjalanan balik dari sekolah pada jam 1 petang.

 6 BERJAYA SELAMATKAN DIRI KEUAR MENERUSI BONET KERETA

Tragedi Pulang Sekolah, Tiga Pelajar Maut Selepas MPV Terjunam Dalam Sungai

Foto Sumber Utusan Sarawak“Setiba pihak bomba di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Alza telah terjunam ke dalam sungai.

Ads

“Kenderaan tersebut yang dinaiki 10 orang (lapan daripadanya adalah pelajar SK Agama Lawas), seorang kanak-kanak berusia 5 tahun iaitu anak kepada pemandu, termasuk pemandu lelaki berusia 38 tahun,”

“Enam pelajar telah berjaya menyelamatkan diri selepas pemandu bertindak membuka pintu bonet belakang kenderaan.atanya dalam satu kenyataan hari ini,” ujarnya

Sementara tiga kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan, telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar, Lawas.

Ads

Tragedi Pulang Sekolah, Tiga Pelajar Maut Selepas MPV Terjunam Dalam Sungai

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Lawas untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal.

Pihak Bomba telah membuat selaman di permukaan air di sekitar kenderaan bagi memastikan tiada lagi mangsa lain terlibat.

Ads

Tiga pelajar yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohamad Nazran Awang Matasan, 10 tahun; Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8 tahun. Seorang pelajar yang kritikal berusia 9 tahun telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Tragedi Pulang Sekolah, Tiga Pelajar Maut Selepas MPV Terjunam Dalam Sungai

Sumber: Utusan Sarawak

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI