Dalam kesibukan kita menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), khabar duka kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa keluarga tersayang sudah pasti hati meruntun sebak.
Tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan pada 19 November lalu iaitu hari PRU 15 buat rakyat Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
Ads
“Bayi lelaki pasangan itu yang berusia 10 bulan, Daryan Marwa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
“Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.”
Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger berlaku kira-kira 4 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka, Maran menghala ke Kuantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.
“Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA , Kuantan.
“Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulans ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya lagi.
Wan Mohd Zahari berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.
Ads
Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.
Kembar yatim piatu berjaya genggam ijazah, balas jasa nenek, ayah meninggal kemalangan, ibu kanser paru-paru. Pasangan kembar S Yamuna dan S Yasoda, 23, berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas melalui perlbagai cabaran.
Kembar Yatim Piatu Berjaya Genggam Ijazah
Pasangan kembar dari Dengkil, Selangor ini dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil selepas ayah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2006 dan ibu pula pergi buat selamanya tiga tahun selepas itu akibat kanser paru-paru.
S Yamuna berkata, sekali lagi mereka diuji dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2010 yang menyebabkan datuknya meninggal dunia.
Balas Jasa Nenek
Jelasnya, dia bersama kakak dan abang kemudiannya dibesarkan oleh nenek dan banyak bergantung dengan bapa saudara dan bantuan bulanan diberikan kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan UTM.
Ayah Meninggal Kemalangan, Ibu Kanser Paru-paru
‘’Nenek, A Letchumy, 70 merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 di sini pada Rabu.
Pasangan kembar yang turut memperoleh Anugerah Dekan berkata, meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang akauntan.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Kalau dilihat dari segi penampilan, memang nampak selebriti dan juga angkasawan pertama negara ini sangat moden orangnya.
Malah, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak. Bukan sekadar didikan duniawi, bahkan bab keagamaan cukup dijaga.
Tidak hairanlah anak-anaknya sudah boleh menghafal surah di dalam al-Quran walaupun masih kecil. Anak sulungnya Bella sudah khatam al-Quran sewaktu usianya 6 tahun lagi.
Setiap postingnya di laman instagram juga memberi inspirasi dan panduan kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak. Bahkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak kisah membalas setiap komen dan pertanyaan pengikutnya cukup disenangi.
Baru-baru ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar memuat naik posting mengajar Bella, anak sulungnya menghafal surah Al-Maun.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar, setiap malam ahad adalah waktu untuk anaknya menghafal surah walaupun pendek.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba buat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Langkah mudah ini membantu ibu-ibu jika mahu kediaman sentiasa wangi. Jom semak!
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badan bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hriis lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Kombinasi bahan-bahan ini akan menghasilkan bau yang segar dan pada yang sama turut menghasilkan bau yang menyenangkan sesuai dengan mood musim panas yang sejuk. Potong beberapa hiris buah epasl dan masukkan hirisan ke dalam balang dan tuangkan air. Tambah beberapa batang kayu manis dan beberapa keping bunga lawang dan bunga cengkih. Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang anda inginkan.
Timun + Basil +Serai
Jika anda inginkan aroma yang merangsang deria, tiga bahan ini sangat sesuai dengan anda kerana bau tajam basil yang dicampurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi aroma kegemaran anda. Potong beberapa keping timun dan letakkan di dalam balang yang sudah berisi air. Tambahkan beberapa tangkai selasih (anda juga boleh menggunakan selasih keirng) dan tambahkan juga beberapa titik minyak pati serai.
Lemon + Thyme,+ Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina dan thyme yang segar. Anda juga boleh menggenakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati di pasaran berhampiran anda. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.
Sumber: impiana.my & google (gambar)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.