Dalam kesibukan kita menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), khabar duka kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa keluarga tersayang sudah pasti hati meruntun sebak.
Tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan pada 19 November lalu iaitu hari PRU 15 buat rakyat Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
Ads
“Bayi lelaki pasangan itu yang berusia 10 bulan, Daryan Marwa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
“Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.”
Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger berlaku kira-kira 4 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka, Maran menghala ke Kuantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.
“Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA , Kuantan.
“Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulans ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya lagi.
Wan Mohd Zahari berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.
Ads
Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.
Ucapan terima kasih adalah lafaz yang diucapkan sebagai tanda menghargai kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain, kepada diri kita dan orang lain.
Pun begitu, ketikanya kebaikan seseorang tidak mampu untuk dibalas dalam bentuk perbuatan, harta atau kewangan. Hanya dengan ucapan terima kasih, sudah cukup sebagai tanda pujian dan penghargaan lebih-lebih lagi buat insan yang telah banyak berkorban buat diri kita.
Memahami betapa pentingnya ucapan terima kasih ini, Encik Matt berkongsi pandangannya di fb miliknya dengan mengingatkan isteri jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada suami. Mengapa dia berpesan begitu, jom kita baca perkongsian daripadanya.
ISTERI
Jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Sediakan makan minum,pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai,dicintai,disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
ROSAKKAN SEL OTAK
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Tiada yang lebih bermakna dari rasa bersyukur dan bahagia melihat zuriat yang dinantikan lahir dengan selamat. Malah, lebih istimewa lagi, anak ketiga kepada pasangan Alif Satar dan Shadila Halid berkongsi tarikh lahir dengan ayahnya.
Malam tadi pelakon dan hos terkenal Alif Satar turut berkongsi berita kelahiran anak ketiganya di laman instagramnya.
Bayi lelaki seberat 3.54 kilogram dilahirkan secara normal dan lebih menarik, cahaya mata itu dilahirkan pada tarikh sama dengan tarikh lahirnya.
“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan baik. Bayi kami pun lahir dalam keadaan sihat.
“Ini adalah hadiah hari ulang tahun kelahiran yang tidak ternilai buat saya,” katanya kepada Harian Metro.
Pastinya Alif cukup gembira dengan kelahiran tersebut memandangkan sebelum ini dia sudah memiliki 2 cahaya mata perempuan. Alif dan Shad Dilla sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana, 4, dan Alisha, 2.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...