Kala kita sedang merancang untuk mengadakan majlis open house atau makan-makan bersama keluarga, malam tadi kita dikejutkan berita pilu apabila berlaku kemalangan di Terowong Menaro. Lebih menyedihkan dipercayai lima individu rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar. Dalam pada itu, menerusi perkongsian di media sosial, mangsa nahas dipercayai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

UPDATE TERKINI:  Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan. Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Memetik laporan Kosmo bahawa kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria,  maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kenderaan dinaiki mangsa dengan sebuah treler membawa muatan besi.

Ads

“Kereta dinaiki mangsa dan treler 20 tan itu masing-masing terbakar 90 peratus. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pemandu treler bagaimanapun terselamat dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting.

Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora.

Ads

 

Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora.

MANGSA DIPERCAYAI PELAJAR USAS

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di media sosial, mangsa nahas dipercayai pelajar USAS. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas.

Ads

Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora. Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora. Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora.

Sumber: Kosmo Online, Sinar Harian dan sumber warganet di media sosial

 

Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Tragedi Pilu Bulan Syawal, Lima Rentung Nahas Dekat Terowong Menora.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI