Rupanya mangsa yang terselamat tragedi tragis merupakan murid Tahun Satu dari Sekolah SRI Al-Amin, Bangi, Selangor, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan (Uwais), 7. Dia adalah antara mangsa yang terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam tadi.
Turut terselamat dalam kemalangan itu adalah adik perempuannya, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, masing-masing sedang dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.
Namun lebih pilu, keluarga mereka iaitu Khairul Ikhwan Mazupi, 32, (bapa); Fadzlenna Ramli, 32, (ibu); Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, (adik bongsu); Ramli Ab Wahab, 66, (datuk) meninggal dunia di tempat kejadian.
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Menurut laporan media terdahulu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan lori Foton dan bas pelancong jenis Hino yang membawa 27 penumpang, kedua-duanya bergerak dari arah utara ke selatan. Sementara itu, MPV, treler Nissan, dan Perodua Bezza pula dalam perjalanan ke arah utara.
Insiden bermula apabila tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 tahun tercabut, menyebabkan ia tergolek di lorong tengah lebuh raya dan mencetuskan kemalangan tersebut.
Ads
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
“Semasa bas itu terbabas ke lorong bertentangan, ia telah berlanggar dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dinaiki bersama kelindan berusia 16 tahun,” ujarnya
Bagaimanapun jelasnya lagi, pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Bezza dan Toyota Estima.
RAMAI SEBAK
Ads
Berita ini yang mendapat perhatian ramai, antaranya menerusi perkongsian di laman sosial Threads, pengguna dikenali ojh_211 telah memuat naik poster berkenaan ‘sumbangan ikhlas kematian waris dan ahli keluarga Muhammad Uwais Al-Qarni’.
Dalam poster tersebut, ada dimaklumkan yang Uwais seorang murid kelas satu Maryam di sekolah berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa sebak atas tragedi yang berlaku kepada keluarga Uwais.
Ads
Antaranya:
“Allahuakbar mesti Uwais anak yang baik sebab ramai cikgu-cikgu kenal. Al-Fatihah untuk ibu ayah dan datuknya. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Moga ALLAH beri kekuatan untuk Uwais dan adiknya.”
“Innalilahi wa inna Ilaihi Raji’un. Berita yang sangat menyedihkan hari ini. Moga roh mereka yang terlibat ditempatkan dikalangan para solehin. Moga diberikan afiyah buat adik Uwais dan Sofea.”
“Guru kelas berkongsi gambar Uwais dan terus saya menangis. ALLAH, berilah kekuatan buat Uwais atas kehilangan kedua ibu bapa dan adik bongsunya.”
“Allahuakbar, menitik air mata ni. ALLAH duga kamu nak. Semoga ALLAH tempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Remaja lemas dalam tali air, “Bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis.” Itu yang diceritakan oleh Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah, 14, yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
Remaja Lemas Dalam Tali Air
Gambar kenangan Ainul Mardiah bersama rakannya.
“Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, Ainul Mardiah ditemukan dalam keadaan tertindih dengan motosikal Yamaha Ego yang ditungganginya.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis”
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
Ahmad Azizi menunjukkan foto arwah adiknya, Ainul Mardiah.
“Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“Ini kali ketiga kami diberi ujian kematian apabila dua beradik saya juga dijemput Ilahi akibat kemalangan jalan raya serta lemas di paya,” katanya.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah, sepatutnya duduki ujian bertutur. Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, Jasin, Melaka. Kejadian itu berlaku ketika remaja itu dalam perjalanan ke sekolah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata dalam kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu, Adib Irfan Mohd Nizam, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dari arah Umbai menghala ke SMK Dang Anum terbabas dan mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Kilang Berapi.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada badan dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bayangkan rasa rindu yang tidak terucap selama dua dekad. Seorang wanita, Nor Hazimah Abdullah, dengan harapan dan air mata, memohon bantuan warga maya untuk mencari ibunya, Norhayati Mohamed, yang sudah terpisah sejak 20 tahun lalu.
Nor Hazimah, kini berusia 23 tahun, dihantar ke pangkuan keluarga angkat di Melaka ketika dia hanya berusia tiga tahun.
Ketika Nor Hazimah berumur tiga tahun, dia diserahkan kepada keluarga angkat di Melaka
Sejak saat itu, hubungan mereka terputus. Hanya alamat terakhir yang diingati di Sungai Ayer Hitam, Tanjong Minyak, Melaka – menjadi satu-satunya harapan untuk kembali bersatu.
Menerusi petikan laporan Sinar Harian, dia terlalu ingin berjumpa dengan ibu kandungnua dan berusaha untuk mendapatkan alamat terkini ibunya.
Nor Hazimah merayu bantuan orang ramai untuk menjejak ibunya, Norhayati Mohamed, yang sudah terpisah dengannya selama 20 tahun.
“Saya terlalu ingin mengenali dan berjumpa ibu. Saya berusaha mendapatkan alamat terkininya dan ada pihak memberitahu dia kini berada di Geting, Tumpat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya yang kini menetap di Petaling Jaya, Selangor, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki ibunya namun menemui jalan buntu.
Nor Hazimah yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia tidak mengetahui umur dan tidak memiliki foto ibunya.
Ujarnya, orang ramai yang mengenali ibunya diharap dapat menghubunginya di talian 013-6663937.