Berita

Tragedi Aidiladha, Bapa Hampir Pengsan Lihat Jasad Kaku Dua Anak, Motosikal Bertembung Kereta

Share

Tragedi Aidiladha, bapa hampir pengsan lihat jasad kaku dua anak, motosikal bertembung kereta. Kegembiraan seorang bapa, Mohd Delmi Mat Isa bersama keluarga membuat persiapan menyambut Aidiladha esok, bertukar pilu apabila lelaki ini kehilangan dua anak serentak dalam kemalangan maut di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan, malam tadi.

Tragedi Aidiladha, Bapa Hampir Pengsan Lihat Jasad Kaku Dua Anak

Berita duka mengenai insiden menimpa dua anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain, 22, dan Ahmad Firashi, 11, begitu mengejutkan mereka sekeluarga.

Malah, Mohd Delmi, 54, berkata beliau sudah berjanji dengan Ahmad Firashi untuk membawanya menggunting rambut semalam sebagai persiapan menyambut Aidiladha.

Ketika kejadian, Ahmad Firashi masih demam dan beliau sempat memberikannya ubat sebelum dua beradik itu keluar bersama menunggang motosikal untuk pergi memancing di Sungai Dedap, Yan.

Mohd Delmi berpesan kepada anak ketiga dan kelima daripada enam beradik itu supaya pulang segera sebelum malam.

Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan, malam tadi. Foto PDRM

“Kakak mereka, Nurin Afiqah, 23, juga berjanji hendak membawa Ahmad Firashi ke Pekan Jeniang pada sebelah petang untuk membeli barangan kelengkapan raya.

“Namun, tidak disangka berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa dua anak saya itu.

“Nak sambut raya esok pun sudah tidak bersemangat kerana saya kehilangan mereka buat selama-lamanya,” katanya ditemui di rumah mereka di Kampung Charuk Tala, Jeniang, hari ini.

Meskipun reda, Mohd Delmi yang juga pemandu bas persiaran berkata, beliau bersama isteri, Siti Nur Zakaria, 47, cukup terkesan dengan kehilangan dua beradik itu.

“Kali terakhir saya bertemu dua anak itu kira-kira jam 10 pagi semalam ketika mereka bersiap untuk keluar memancing. Mereka berdua memang rapat.

Motosikal Bertembung Kereta

“Saya agak terkilan kerana gagal menghalang mereka pergi kerana Ahmad Firashi masih demam ketika itu,” katanya.

Mohd Delmi bersama gambar kedua-dua arwah anaknya. – NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Beliau berkata, mereka mengetahui kejadian menimpa mangsa selepas dimaklumkan oleh seorang rakan yang datang ke rumah selepas solat maghrib, malam tadi.

“Lembik lutut saya sebaik saja menerima berita itu, malah isteri menangis selepas mendapat panggilan telefon kemudian daripada polis yang mengesahkan kejadian berkenaan.

Mohd Delmi berkata, jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Maarifi, Jeneri, di sini, pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik maut selepas motosikal jenis Honda RS-X ditunggang mereka bertembung sebuah kereta Toyota Vios di Jalan Teroi Titi Lahar, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Pemandu kereta berusia 61 tahun terbabit mengalami kecederaan di bahagian dada akibat kemalangan itu.

Sumber: Berita Harian  dan Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Tragedi Aidilfitri! Sekeluarga Pengsan, Kereta Rempuh Plaza Tol Akibat Keracunan Oksigen Econ

Tidak Ada Raya Tahun Ini..Suami & Anak & Pergi& Serentak, Ujian Besar Buat Wanita Ni Di Aidiladha!

Laksanakan Korban Di Negara Bergolak, Jadikan Aidiladha Buat Kita & Penerima Bermakna!

 

 

Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.

Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my