“Touchingnya…”-Sebelum Akad, Pengantin Bangun Peluk Ibu Minta Restu Buat Semua Jadi Sayu!

Share

“Touchingnya…’-Sebelum Akad, Pengantin Bangun Peluk Ibu Minta Restu Buat Semua Jadi Sayu!

Hari pernikahan merupakan detik bersejarah buat pasangan yang ingin melangkah ke alam rumah tangga. Bahkan tidak dinafikan menanti saat lafaz akad daripada sang suami membuatkan hati kita sebagai bakal isteri berdebar, apatah lagi buat bakal suami yang duduk berdepan dengan tok kadi dan saksi, pasti berganda debaran yang dirasakan olehnya.

Bercerita tentang debaran seorang pengantin lelaki, biasa juga kita lihat ada yang tersasul menyebut nama bakal isteri ketika akad, tangan terketar dan pelbagai ceritanya hingga ada yang mengundang kelucuan di hati. Macam-macam ragamnya bila hati sudah berdebar dan resah.

Namun lain pula kisahnya, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok, Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan itu ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya.

Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu perkara yang tidak disangka-sangka, namun ianya amat menyentuh hati hingga ada yang berasa sebak melihatnya.

Ketika itu, dia merakam pengantin lelaki yang juga bakal adik iparnya sedang bersedia dihadapan jurunikah yang sedang membuat beberapa persiapan sebelum majlis dimulakan.

Jurunikah kemudian difahamkan meminta pengantin lelaki tersebut untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul dan berjalan lancar. Walau bagaimanapun, memandangkan ini adalah hari terbesar dalam hidupnya, sebagai seorang lelaki, mungkin perasaan gemuruh itu datang secara tiba-tiba.

Artikel berkaitan : Gelagat Panjat Bahu Pengantin Lelaki, Aksi Budak Perempuan Ni Buat Ramai Dekah

“Isyarat Cinta Faiz & Fara.” Pengantin Bisu Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat, Guru Sendiri Jadi Penterjemah. Sebak!

Terlafaz Mas Kahwin RM500 Juta, Bikin Dekah Semua Orang Termasuk Bakal Isteri!

Tanpa diduga, pengantin lelaki mengejutkan tetamu yang hadir apabila bingkas bangun daripada tempat duduknya dan kemudian meluru ke arah seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagain tepi kawasan akad nikah tersebut.

Saat itulah, kamera merakam satu situasi yang sangat menyentuh hati apabila pengantin lelaki berkenaan memeluk erat ibunya, untuk meminta restu dan diberikan semangat bagi meneruskan majlis tersebut. Situasi berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum.

@rianyana2♬ Kabhi Hasna Hai Kabhi Rhona Hai – MUSIC_MASU

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi perasaan masing-masing yang diundang sebak melihat video tersebut dan rata-rata turut mendokan kebahagian pengantin tersebut.

Kata mereka, “adik pemilik akaun TikTok itu bertuah kerana bersuamikan seorang lelaki yang melayani ibu kandungnya dengan baik sekali.”

Selain itu katanya, “kerana anak itu tahu, hanya kat ibu kandung yang ada cinta sejati cinta akhir hayat, 😭😭😭😭😭 saya menangis ingat kat arwah ibu”

Komen yang lain pula, “touching nya 🥺😢 ibu lah segala2 nya Dunia Akhirat”

Kata yang lain pula “Anak yg baik…sentiasa dahulukan restu ibu”

Komen yang lain, “Terharu sye tgk .. semoga ikatan yg dibina kkal hingga syurga 🥰”

“Ya Allah sebak sis tengoj semoga jodoh smpi jannah semoga Awak dpt istri yg baik aamiin ya Allah,” doa salah seorang netizen

“Dia rasa tak tenteram..pegi dekat ibu mncari kerdhaan 🥰🥰,” ujar yang lain pula.

Sumber : TikTok @rianyana2

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club