“Touchingnya…’-Sebelum Akad, Pengantin Bangun Peluk Ibu Minta Restu Buat Semua Jadi Sayu!
Hari pernikahan merupakan detik bersejarah buat pasangan yang ingin melangkah ke alam rumah tangga. Bahkan tidak dinafikan menanti saat lafaz akad daripada sang suami membuatkan hati kita sebagai bakal isteri berdebar, apatah lagi buat bakal suami yang duduk berdepan dengan tok kadi dan saksi, pasti berganda debaran yang dirasakan olehnya.
Bercerita tentang debaran seorang pengantin lelaki, biasa juga kita lihat ada yang tersasul menyebut nama bakal isteri ketika akad, tangan terketar dan pelbagai ceritanya hingga ada yang mengundang kelucuan di hati. Macam-macam ragamnya bila hati sudah berdebar dan resah.
Namun lain pula kisahnya, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok, Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan itu ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya.
Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu perkara yang tidak disangka-sangka, namun ianya amat menyentuh hati hingga ada yang berasa sebak melihatnya.
Ketika itu, dia merakam pengantin lelaki yang juga bakal adik iparnya sedang bersedia dihadapan jurunikah yang sedang membuat beberapa persiapan sebelum majlis dimulakan.
Jurunikah kemudian difahamkan meminta pengantin lelaki tersebut untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul dan berjalan lancar. Walau bagaimanapun, memandangkan ini adalah hari terbesar dalam hidupnya, sebagai seorang lelaki, mungkin perasaan gemuruh itu datang secara tiba-tiba.
Tanpa diduga, pengantin lelaki mengejutkan tetamu yang hadir apabila bingkas bangun daripada tempat duduknya dan kemudian meluru ke arah seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagain tepi kawasan akad nikah tersebut.
Saat itulah, kamera merakam satu situasi yang sangat menyentuh hati apabila pengantin lelaki berkenaan memeluk erat ibunya, untuk meminta restu dan diberikan semangat bagi meneruskan majlis tersebut. Situasi berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi perasaan masing-masing yang diundang sebak melihat video tersebut dan rata-rata turut mendokan kebahagian pengantin tersebut.
Kata mereka, “adik pemilik akaun TikTok itu bertuah kerana bersuamikan seorang lelaki yang melayani ibu kandungnya dengan baik sekali.”
Selain itu katanya, “kerana anak itu tahu, hanya kat ibu kandung yang ada cinta sejati cinta akhir hayat, 😭😭😭😭😭 saya menangis ingat kat arwah ibu”
Komen yang lain pula, “touching nya 🥺😢 ibu lah segala2 nya Dunia Akhirat”
Kata yang lain pula “Anak yg baik…sentiasa dahulukan restu ibu”
Komen yang lain, “Terharu sye tgk .. semoga ikatan yg dibina kkal hingga syurga 🥰”
Ads
“Ya Allah sebak sis tengoj semoga jodoh smpi jannah semoga Awak dpt istri yg baik aamiin ya Allah,” doa salah seorang netizen
“Dia rasa tak tenteram..pegi dekat ibu mncari kerdhaan 🥰🥰,” ujar yang lain pula.
Viral kisah sebuah rumahtangga yang menghadapi konflik mengenai hak pemilikkan tanah. Apabila bekas suami mahu merobohkan sebuah rumah yang dibina di atas tanah miliknya sedangkan bekas isteri sebelum ini melabur banyak untuk membina rumah yang indah di tanah berkenaan.
Nasi sudah menjadi bubur, namun apa yang pasti ia menjadi pengajaran di sebalik kisah pasangan ini bahawa sentiasa berprasangka kepada pasangan biarpun hidup sebelum ini indah belaka.
Sebagaimana pesanan perunding hartanah ini, yang memberi nasihat mengenai pekara ini menerusi facebook miliknya.
_____________________________________
BINA RUMAH ATAS TANAH SUAMI? 1. Saya selalu ditanya, “Boleh tak saya nak buat personal loan nak bina rumah atas nama suami?”. Saya tak galakkan. 2. “Boleh tak nak bina rumah atas tanah suami, tanah itu ayah mertua yang bagi”. Lagi saya tak galakkan.
3. “Kalau saya buat rumah atas tanah adik beradik kami semua boleh?” Mohon elakkan jika dapat.
4. Jika kita tak kaya duit cukup cukup dan ada lebihan sedikit, belilah rumah yang telah siap sahaja. 5. Jika ada duit lebih dan nak buat rumah, suami yang minta. Pastikan tanah tersebut atas nama orang yang bina rumah. “Takkan lah tak percayakan suami sendiri?” Dunia ini penuh dengan tipu daya, hari ini cinta sampai kesyurga. Besok bila dah benci rumah yang ada rasa macam neraka. 6. Suami saya ustaz, takkan la dia tak faham agama. Bab duit dan harta jangan mudah percaya siapa sahaja. Ibu tuduh anak derhaka pun ada. 7. “Saya terpaksa buat personal loan sebab LPPSA tak luluskan loan nak buat rumah disitu”. LPPSA dah tahu perkara begini, sebab tanah nama orang lain nanti nak tuntut pun tak dapat. Maka jangan pandai pandai nak buat. 8. “Saya ada duit lebih, boleh tak saya nak tambah rumah jadi lebih besar lagi tapi atas nama suami”. Boleh tapi simpan semua resit belanja renovasi dalam file baik baik. Jika jadi apa apa boleh tuntut balik nanti. Saya lebih galakkan beli rumah lain sahaja dari renovasi main tambah tambah yang tak naik sangat nilai hartanahnya nanti. 9. Fahami hak anda walau telah bernikah dah hidup bersama lama. Ia soal hak bukan soal tak percaya atau buruk sangka, bila dah kena nak menangis pun dah tak guna. 10. Jadilah kaya dan himpun harta benda sendiri tanpa bantuan suami. Suami yang baik akan sokong semua usaha isteri untuk sama sama bina keluarga bahagia. Hidup bukan untuk berprasangka terhadap sesiapa, tetapi hidup ini perlu bersedia kerana hati manusia sentiasa berbolak balik kerjannya.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang sebelum ini sihat dan ceria, kini terlantar sakit tidak berdaya. Lebih menyedihkan, si kecil kini ditidurkan dengan bantuan oksigen akibat jangkitan kuman dalam darah selain kahak telah menutup bahagian paru-paru sebelah kirinya.
Kisah si kecil ini dikongsikan sendiri oleh ibunya Adinda Kandadalam facebook. Semoga adik Putera Alif Salahuddin Al Azim kembali sembuh seperti sedia kala.
Bismillahhirahmannirrahim…Alhamdulillah…ramai org yg doakan kesembuhan boboi…dan ramai jugak yg bg kata2 semangat utk ibu n papaAlhamdulillah sedikit sebanyak ibu mndapat semngat…ibu akui bukan mudah utk ibu hadap apa yg sekarang trjadi dihadapan mata ibu..
Menyaksikan ank yg ibu kasih dan cinta bertarung nyawa melawan kesakitan…air mata ibu x mampu lg ibu keluarkan…hanya hati yg meruntun dan mnjerit ….Allahu….kuatlah wahai putera ibu…doa ibu x akan pernah berhenti …berjuanglah sayang….moga2 keajaiban akan hadir bersama kekuatan kita..
Jngn pernah mngalah sayang….ibu tahu boboi kuat….ibu tahu boboi nk sgt ibu peluk dan cium boboi mcm dlu…ibu jugak tahu boboi nk sgt ibu bergurau dengan boboi….sabar ye sayang…ibu x akan pernah mngalah….selagi kita kuat dan berdoa harapan x akan pernah pudar…kepada semua sahabat…tolong doakan kesembuhan putera saya..
Dia skng dimasukkan ke dalam icu.. akibat jngkitan kuman dlm drah…jngkitan kuman dlm paru2 n kahak block paru2 seblah kiri….buat masa ni doktor trpksa tidurkan dia dan berikan bntuan oksigen…..
saya hrap sgt bntuan dari sahabat2semua….bkn sya mnta bntuan wang ringgit…cukuplah sekadar doa yg ikhas…manalah tahu salah satu dari doa sahabt2 semua Allah makbulkan…..amiiinnn
DOA BUAT PUTERA ALIF SALAHUDDIN AL AZIM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila menyentuh bab menggosok tudung, tanyalah dengan mana-mana kaum ibu pasti mereka akan merasakan menggosong tudung ini bukanlah boleh dilakukan dengan ala kadar sahaja. Ianya perlu dibuat dengan teliti dan sabar. Dan lagi satu, memang pantang sangat kalau telah digosok masih nampak berkedut. Jadi selagi belum puas hati, jangan hairan akan terus berkali-kali iron agar bila tudung dipakai nampak cantik dan mudah dibentuk.
Tapi biasanya orang lelaki khususnya en suami tidak tahu hal itu. Bagi mereka apalah sangat dengan menggosok tudung, perkara mudah sahaja untuk dilakukan. Ini turut diakui oleh seorang suami bernama Lutfi Lokman. Namun setelah cuba membantu isterinya menggosok tudung, barulah dia sedar bukan semudah yang disangka.
Ikuti perkongsiannya itu.
Tadi isteri aku minta tolong gosok tudung dia sebab dia sakit perut. Takut lambat bersiap.“Gosok tudung?” Tak pernah dibuat aku seumur hidup gosok tudung dia.
Di rumah, kami tak ada iron board. Entahlah. Dia selesa gosok kat bawah sambil bersila. Aku pun bentanglah tudung. Buka seterika. Lalu teruskan kerja gosok.
Pada aku, benda tak susah. Janganlah buat susah. Aku tak faham kenapa untuk tudung ni sampai bergaduh hang aku. Tudung je pun.
Bila seterika kat bawah ni, kau kena bajet-bajet tudung tu atas kain tempat gosok. Tudung ni besar, jadi kau kena bahagikan mengikut bahagian-bahagian yang perlu digosok. Bermakna, ada part tudung yang dah digosok, kena lipat dengan cermat supaya mengelakkan daripada berkedut.
5 minit. 10 minit. 20 minit.
Itu masa yang aku ambik untuk gosok tudung isteri aku.
Punya syok aku gosok, tak sedar tertindih dengan kaki sendiri atas tudung yang dah digosok.
Ya Allah. Rasa sesal tu tak boleh nak sebut. Sedih. Geram. Kecewa pada diri sendiri sebab tertindih tudung. Kenapalah aku tak berhati-hati masa gosok tu tadi. Kenapa kaki aku ni gatal pergi tindih tudung. Nak kena gosok berapa kali nih!!
Rasa nak menangis Ya Rabbi.
“Lama gosok tudung Bang?” Tanya beliau.
“Diamlah.”
Terdengar ketawa berair mata di pintu bilik.
Sekarang aku faham apa erti tudung yang dah digosok oleh seorang wanita.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...