Akhirnya semua rakyat Malaysia menadah tangan meluahkan rasa syukur dengan keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Berita yang baru diterima sebentar tadi, dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Pengumuman ini juga menyebabkan ramai menarik nafas lega setelah laporan harian kes baharu hari ini mencatatkan peningkatan lagi kepada 8,290 iaitu lepasi angka 8 ribu.
REAKSI WARGANET SELEPAS PENGUMUMAN LOCKDOWN
Dalam pada itu, pelbagai reaksi dapat dilihat di media sosial. Masing-masing meluahkan rasa hati.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Harith Faisal yang melahirkan rasa syukur namun turut mengingatkan bahawa ada golongan yang terkesan akibat lockdown yang diadakan nanti.
Luahan itu berbunyi ringkas tetapi penuh emosi sehingga mendapat tanda emoji sedih lebih 7K dan ratusan komen daripada netizen dalam tempoh sejam.
Beberapa tangkap layar (screenshot) komen-komen yang meluahkan rasa syukur dan ada juga turut bersimpati pada golongan yang terkesan.
Ads
Emosi ramai warganet turut sedih dan titipkan doa buat golongan yang terkesan dan berharap ada golongan yang menghulurkan bantuan jika mendapati masyarakat sekeliling menghadapi kesukaran.
Ikuti perkongsian ini. Moga negara dengan Lockdown ini kes jangkitan segera turun dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
TANYA KHABAR JIRAN, BANTU MANA YANG MAMPU
DOA YANG BAIK-BAIK, MOGA COVID-19 JADI ANGKA 0
Ads
SABAR UNTUK SEMENTARA WAKTU
SEMOGA REZEKI LEBIH BAIK SELEPAS INI
Ads
INILAH MASA UNTUK BANTU GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN
Semoga saat genting macam ni, sama-samalah saling membantu dan bertimbang rasa sesama insan. Semoga lockdown kali ni dapat menurunkan kes dengan cepat.
Rujuk lampiran bagi mendapatkan kenyataan penuh Total Lockdown
Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.
Menurut DrSurayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.
Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.
Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.
Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.
Manakala bagi perspektif ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Perspektif mana yang relevan?
Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.
KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).
Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.
Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.
Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.
Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.
Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?
Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.
Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani. Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Apa itu home activity
Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah.Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.
Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.
Contoh home activity yang boleh dijalankan:
Membaca buku cerita dan membincangkan jalan cerita/karektor – jalan cerita /karektor boleh dihasilkan dalam bentuk poster/ binaan/ anak patung/model
Menyemak dan membincangkan praktikal solat anak di rumah
Menjalankan projek recycledan reuse di rumah
Mengumpul bahan-bahan terpakai untuk disumbangkan kepada pihak NGO atau dibuat jumble sale
Membuat photo bookDIY- tentang pelbagai tema contohnya aktiviti hujung minggu/ bersama haiwan kesayangan
Menyumbang makanan yang dibuat sendiri oleh anak dan ibu bapa bersempena majlis tertentu di tadika
Mencari maklumat di internet bagi melengkapkan buku skrap / mini book/ poster
Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.
Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah lama bersendirian, keputusan penyanyi popular Indonesia untuk melangsungkan pernikahan pada awal Disember ini mendapat restu keluarga allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
Menurut petikan Hops. Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair serta keluarga dikatakan sudah pun memberi keizinan buat Bunga malah menyokong hasrat baik ibu cantik manis itu untuk berumahtangga.
Malah ibu mentua yang cukup disayangi itu turut menitipkan pesanan buat Bunga agar segalanya berjalan lancar malah lebih baik buat dirinya.
“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Alah, agar tetap kuat, sihat, bahagia dan bersyukur,” tulisnya.
Ada juga khabar angin yang menyatakan Bunga telah pun membawa bakal suaminya, Tiko Wardhana untuk berkenalan bersama keluarga Ashraf pada hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Sebelum ini kecoh mengatakan Bunga bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Tiko Wardhana yang merupakan seorang duda anak tiga pada Disember ini di Bali.
Terdahulu, Bunga dan arwah suaminya, Ashraf Sinclar mendirikan rumah tangga pada 2008. Pasangan ini dikurniakan dengan cahaya mata lelaki, Noah Aidan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Memang sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu … hadis juga menggalakkan wanita untuk memakai barang emas.
Sejak akhir-akhir ini, banyak perkongsian tentang faedah membeli emas.
Lantaran itu, jika dibuat tinjauan ramai yang beratur panjang ingin membeli barang kemas yang bukan sahaja sebagai barang perhiasan tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Begitu yang dilakukan oleh ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi faedah memiliki emas.
Menerusi instagram miliknya beliau menasihati supaya elak membeli beg yang berjenama sebaliknya membeli emas yang boleh digunakan waktu terdesak,
Jangan beli beg – baju berjenama & mahal
Tp beli emas – dr gaji setiap bulan tu – jika akn dtg masa terdesak boleh jual sebagai tukaran aset lbh mahal – Pesan sy pd staf klu umur 40 kalau xda rumah masa depan suram dn kira gagal urus masa depan ..!!- beli rumah sgt penting ..!! – Jangan jadi orang yg “ biar papa asal bergaya “ – jgn berjenama je pakaian – duit xda habis bergaya – selalu sy citer pd mereka – Kisah menarik 2005 – nama dia Mala- maid melayu kerja dgn sy 8 tahun zaman dulu – berhenti kerja sbb kawin – simpanan dia 23ribu dn emas yg byk .!! – Sy ajar dia simpan dn jimat – kini maid sy kekal sebagai sahabat baik sy – sy percaya nasihat yg baik – buat baik pd org sebenarnya kita sedang buat baik pd diri sendiri – Sy jalani life tak mewah – sy tidak kaya- sy ada emas tapi tidak banyak – sy buat hidup ni “ pakai yg selesa dn perlu saja – sedikit simpanan- tak ada hutang- xmahu tekanan fitnah – dn sy xda benda luxury yg betul2 mewah – Life yg sedang2 saja lahh
Dalam pada itu, warganet turut berkongsi pandangan bahawa setuju dengan apa yang diutarakan oleh Bonda Rozita.
“Memang betul puan, beli emas sangat berbaloi, harganya makin meningkat, saya selalu ingatkan anak2 saya supaya beli emas kerana saya belajar dari arwah ibu saya, sampai sekarang pemberian nya masih saya simpan pada usia saya 71tahun, harganya berganda2 saya takkan jual.
“Saya pun dah start beli emas sejak bersama JRM sbb tu je aset yg boleh kumpul skrg.. alhamdulillah.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...