Masalah jerebu yang melanda di negara kita mengundang banyak masalah termasuklah pada kesihatan diri. Ada yang sesak nafas, pening kepala dan tak kurang yang muntah-muntah.
Justeru, penjagaan kesihatan termasuk memakai topeng ketika berada di luar sangat penting. Tetapi ramai yang salah memilih topeng yang betul untuk dipakai.
Kebanyakannya memilih topeng muka jenis nipis yang sering dipakai oleh para doktor sewaktu pembedahan. sebenarnya, topeng ini tidak sesuai digunakan untuk menghalang asap jerebu masuk ke dalam rongga pernafasan.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pakai jantung dari Institut Jantung Negara, Dr Beni Rusani berkongsi maklumat tersebut untuk kebaikan bersama.
“Hi guys, ‘topeng muka pembedahan’ tidak berkesan terhadap jerebu. Ia dicipta untuk tumpahan cecair dan darah. Topeng muka yang berkesan untuk jerebu adalah N95. Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda,” tulis Dr Beni menerusi satu tweet.
Hi guys, ‘surgical mask’ doesn’t work against haze. It is designed for fluid & blood spills. The mask that works is N95. Tell your family & friends.
Telling your ex is optional. pic.twitter.com/v7UHRr3VC6
— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) September 13, 2019
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata berterima kasih kepada Dr Beni atas maklumat yang disampaikan. Malah, kicauan Dr Beni sehingga kini telah melebihi 50,000 ulang kicau dan 30,000 tanda suka.
Sudah hampir tiga minggu semenanjung Malaysia dan Sarawak mengalami masalah jerebu yang membahayakan kesihatan rakyat. Semoga masalah ini akan menemui jalan penyelesaian.
Sumber: Twitter @DrBeniRusani & Astro Gempak
Mengetahui Ibu Sakit Kanser Payudara. Kesedihan Seorang Anak Cukup Hebat!
Coretan duka yang bertarikhb 18 Okt yang lalu dari seorang anak ini cukup menyentuh hati.
Mendapat perkhabaran kesihatan ibunya yang disahkan mengidap kanser payu dara bukanlah mudah untuk diterima.
Semoga, segala usaha yang dilakukan untuk merawat ibu tercinta berjaya dan diharapkan juga bonda tercinta terus tabah dan sabar menjalani rawatan.
Jom baca perkongsian ini semoga mampu menjentik hati setiap antara kita untuk memberikan yang terbaik untuk ibu bapa Yang semakin uzur.
Nilah ujian yg terbesar yg pernah aku rasa.. diwaktu aku menulis ini, jam sudah pukul 3 pagi, mata aku masih mengalir air mata, entah keberapa puluh kalinya sejak 3 hari lepas…
Aku pernah lalui latihan silat yg keras, aku juga dah lalui latihan tentera yg amat menekan hati, fikiran dan badan.., aku sudah lalui banyak kursus-kursus yg gila dan lasak, sudah lalui beratus jenis latihan eksesais tentera dalam bermacam jenis keadaan.. aku sudah lalui berpuluh operasi seluruh malaysia, semuanya aku boleh hadapi!!… aku sudah diuji naik menjulang dipuja, aku sudah diuji jatuh tersungkur dihina.. tetapi kali ini, ya inilah.. yg paling kuat menguji dan telah mengalahkan aku.
3 hari lepas, aku dapat laporan penuh tentang kesihatan emak aku.. tersentap hati aku, terduduk terus aku… sah bahawa emak aku kena kanser payudara, tahap yg sudah bahaya. Jangka masanya pun sudah tidak lama… inilah kanser pembunuh nombor 1 pada wanita.. Ya Allah.. Dalam dua tiga hari ini juga, aku macam nak gila mencari dan berjumpa doktor2 pakar, tanya pendapat. Aku tanya juga di sifu sensei cina, aku tanya merata-rata. Baik dari anak raja sampai ke kawan biasa, semua aku tanya. Aku usaha mencari jalannya. Walau di depan sesiapapun aku jumpa, air mata aku mengalir dengan sendiri tak tahu dah berapa puluh kali..
Aku cuba buat-buat ceria, sudah beberapa hari aku cuba tulis dalam Fb ini dengan lawak jenaka, aku tulis dan padam semula, tulis lagi dan padam lagi.. semata-mata aku nak bertahan dan nak dapatkan sedikit semangat dan senyuman. Aku cuba sembunyikan dari semua. Tapi saat ini, di waktu ini… aku mengaku, itu semua tidak lagi boleh ubati kesedihan hati aku. Pasrah, aku menyerah.. aku betul-betul sudah kalah. .
Pada aku sekarang, seluruh isi dunia sudah tidak penting. Apapun dan siapapun tak penting dah dalam hidup aku. Kerja pun aku tinggalkan, urusan niaga pun aku tak pedulikan, sesiapapun lagi, aku sudah tidak pedulikan. Kerana pada aku, emak aku itulah kunci untuk aku masuk syurga, bukan apapun atau siapapun lagi dalam didunia ini. Semuanya sudah tidak bernilai di mata aku kecuali emak aku..
Buah dada emak aku itulah tempat aku menyusu dulu, dari situlah mengalir menjadi darah dan daging dalam badan aku. Semua yg hebat yg aku ada sekarang, segala yg aku sedang berdiri sekarang, datang dari kasih syg dan dari buah dada emak aku.. tapi sekarang tuhan nak ambil emak dengan kanser di darah dan buah dada yg sama..
Ambillah nyawaku wahai tuhan, gantikanlah dengan aku. Pindahkanlah sakit itu kepada aku, aku merayu dan aku benar-benar mahu. Ambillah seluruh pahalaku, pindahkan segala pahala yg aku ada kepada emak aku. Tariklah segala dosa yg emak aku ada, tolonglah letakkan pada kepala aku. Biar aku saja yg tanggung didunia dan akhirat. Akulah satu-satunya anak lelaki yg emak aku ada… Aku sudah tak tahu nak buat apa…….
Kasihnya ibu membawa ke syurga… kasihnya ayah berkorban nyawa. Jika mereka sakit menderita, sudah tidak berguna segala isi dunia..
Sumber : Mohd Fitri
“Rasa Kurang Sejuk, Filter Tu Penuh Habuk.” Lelaki Ni Saran Belajar-belajar Bersihkan Sendiri. MUDAH Je Rupanya!
Beruntunglah kalau kita tahu perkara-perkara mudah untuk baiki kerosakan perkakasan dan alatan elektrik yang sering digunakan di rumah. Contohnya, bila berdepan situasi aircond sudah terasa tidak sejuk lagi.
Jika terus kita dapatkan perkhidmatan pakar tentu sahaja tinggi kosnya. Sedangkan kita boleh lakukan sendiri dengan mencuci bersih pada bahagian filter.
Nak tahu langkah dan caranya, ikuti perkongsian daripada Ahamd Syahril Mohd. Semoga bermanfaat.
Cap ayam je diy ni.. sekadar nak bantu kawan-kawan yang belum tahu..
Bila ekon dah rasa kurang sejuk, filter tu penuh habuk dah tu.. kita belajar-belajar bersihkan sendiri..
Ramai dah tahu dalam ni, cuma mungkin masih ramai yang belum tahu..
jom diy..
Step 1: Buka cover dia ikut sini, kiri dan kanan sekali gus
Step 2 : Tarik filter perlahan-lahan.
Step 3 : Bersihkan pakai berus
Step 4 : Pasang balik filter
Step 5 : Tolak filter sampai klik ni.
Step 6 : Sudah settle, tutup balik cover.
Sumber : Ahmad Syahril Mohd
Namun bila aircond rosak dan sudah tidak boleh dibaiki, boleh beli yang baru dengan harga yang murah di sini.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mama Mualaf, Kami Hidup Susah & Tinggal Di Pondok Ladang Kelapa Sawit.” Kongsi Kisah Hidup, Ardell Anggap Ibu Sumber Kekuatan.
Bagi yang mengenali pelakon kecil molek ini pasti pernah membaca kisahnya yang dikatakan menghidap penyakit kanser. Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, mengakui pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Namun enggan berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sakit sebenar yang dialaminya.
Biarpun mengalami dugaan yang cukup hebat, tapi dia tidak mahu mengalah. Akui Ardell kekuatan tersebut diperoleh menerusi mamanya.
“Setiap kali nak kuatkan diri saya lihat wajah mama. Dari saya kecil sehingga sekarang banyak dugaan yang dilalui ibu .Takkan hanya dugaan sakit yang sedikit ini dan dihapuskan dosa saya yang lepas, saya nak anggap itu dugaan yang besar. Mama adalah sumber kekuatan selain adik-beradik lain.
Tinggal dalam pondok ladang kelapa sawit
“Mama saya seorang mualaf, kehidupan kami sekeluarga juga susah. Kami tinggal di sebuah pondok di ladang kelapa sawit. Dek kerana miskin, kami terpaksa berpisah kerana mama terpaksa berikan adik-beradik pada orang lain. Hanya saya sahaja yang tinggal dengan mama waktu itu.
“Ibu mana yang sanggup berpisah dan berikan anak pada orang lain. Tapi demi mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia redha. Namun Allah berikan rezeki kami untuk bersatu kembali. Kini kebanyakan adik-beradik saya bekerja dalam bidang kerajaan. Saya nombor lima dari enam beradik tapi ibarat saya ini anak sulung. Malah, saya tak pernah salahkan takdir walaupun sudah mula buat kerja sampingan sejak tingkatan tiga lagi,’ jelas Ardell yang pernah bekerja di funfair.
Ketika itu tiada lain hanya niat mahu membantu mamanya yang hanya bekerja di restoran untuk besarkan mereka semua.
“Berapa sajalah gaji ditambah pula mama ibu tunggal. Tapi Allah berikan kelebihan saya dalam industri seni. Mungkin rezeki saya dalam bidang ini tetapi kena tahan fizikal dan mental. Tapi itu pun saya lakukan on off sebab mama tak restu. Tapi saya terangkan tujuan saya masuk bidang ini.
Pikul tanggung jawab seorang ayah
“Saya mahu bantu keluarga tak nak hanya duit sekadar cukup sahaja. Perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan. Jadi mama restu, jadi saya pikul tanggung jawab seorang ayah sebenarnya kerana saya ada adik yang masih kecil. Bayangkan dulu kami hanya pakai apa yang diberikan oleh pihak zakat dan juga di sedekah oleh orang lain.
“Kami memang susah sangat waktu itu. Jadi saya rasa adik-beradik yang teringin nak guna benda baru seperti kanak-kanak lain. Saya tahu nun jauh di sudut hati mama saya, dia rasa sedih kerana tak mampu nak bagi apa yang anak ingini. Tapi saya cakap mama tak perlu sedih kerana mama dah tua dan banyak berkorban sejak dulu lagi. Jadi, setiap kali dapat gagi, saya lebihkan pada keluarga. Mujurlah saya ni bukan jenis kaki shopping.
“Ada yang cakap kenapa nak berikan duit pada abang-abang tapi saya kata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Mereka adik-beradik saya dan saya ada kelebihan yang Allah berikan, jadi kenapa nak kedekut. Saya kongsikan rezeki dan daripada itu Allah tambahkan lagi.
‘Bayaran pertama filem saya simpan dan hantar mama pergi umrah. Walaupun ketika itu saya hanya tinggal RM50 untuk struggle sebulan. Tapi saya nekad. Mama pulang dari umrah, rezeki yang saya peroleh semakin melimpah ruah,”ujar Ardell sambil mengakui Itu tandanya Allah sayangkannya.
Allah duga lagi
Namun selepas beberapa tahun, dia diuji lagi. Timbul di benak fikiran kenapa Allah menduga sedemikian sedangkan dia berubah dan selalu berkongsi rezeki. Sebagai manusia biasa akuinya tidak mampu lari dari rasa marah.
“Saya mempersoalkan kenapa ia boleh berlaku. Walaupun orang cakap dosa kalau mempersoalkan apa yang berlaku. Tapi sebenarnya Allah tu dah cakap minta atau tanya apa yang nak tahu. Jadi saya tanya direct apa yang ingin Dia tunjuk pada saya sebenarnya.
Struggle dengan bantuan mama
‘’Memang tahun lepas saya struggle tapi mama sentiasa di sisi. Dia selalu bagi dorongan dan selalu bawa saya keluar untuk ambil angin. Jadi buat apa saya nak sia-siakan apa yang mama lakukan.
‘Daripada situ saya mula mengorak langkah dan boleh melakukan semua kerja saya semula termasuklah menerima tawaran berlakon,”ujar Ardell yang ditemui dalam satu majlis pelantikan sebagai menjadi duta bagi koleksi pakaian Ana B X Ardell Aryana sekali gus melancarkan kempen #misimencarikekasih dan #tamakpahala2019 baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on