Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, selebriti bernama Alif Satar ini nyata serba boleh. terbaru, dia menyertai saingan Ironman Langkawi 2019 dalam kategori penuh iaitu melibatkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan larian (42.2km) semalam.
Dalam pertandingan tersebut, Alif telah berjaya menghabiskan semua cabaran tersebut dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. Rekod tersebut telah membuatkan selebriti itu berbangga berikutan kejayaan yang bukan semua orang mampu menghabiskannya.
Ads
Di dalam perkongsiannya menerusi laman isntagram, nyata kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di wajah bapa kepada tiga cahaya mata ini setelah berjaya sampai ke garisan penamat.
Dalam pada itu, hos Big Stage ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong di sepanjang laluan cabaran Ironman iaitu di Pantai Cenang kerana tidak henti-henti memberikan sorakan padu buatnya. Dia turut memohon maaf kepada penyokongnya kerana tidak sempat dibalas olehnya.
Menurut Alif lagi, dia mengakui penyertaaanya di dalam Ironman bagi kategori penuh ini merupakan satu kerja gila yang pernah dilakukan, Begitu pun dia tidak sabar berkongsi kisah penyertaannya kepada umum tidak lama lagi.
Siapa yang tak impikan keadaan rumah yang sentiasa bersih dan wangi kan? Mungkin menjadi susah untuk cantik tersusun elok jika ada anak-anak masih kecil di rumah. Tetapi setidaknya tidaklah rumah bau kepam sehingga mengganggu mood nak berehat santai di rumah, kan?
Nak wangikan rumah tak perlu nak membazir beli berbotol pewangi pun! Guna sahaja bahan apa yang ada di rumah, campur-campur settle. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan 3 bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.
Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap! Jom cuba!
Cara bersih dan wangikan satu rumah
Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajax
Pelembut pakaian Downy
Baking soda
Air panas
Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!
-Lantai jadi bersih berkilat
Lap dinding dengan bancuhan ini, harum bau satu rumah. Paling penting bersih.
-Lap di bahagian dapur memang hilang terus bau kepam. Boleh guna untuk lap cermin dan meja, memang berkilat hasilnya.
Tip ekstra
Kalau tak sempat basuh langsir, bancuh saja baking soda bersama dengan Downy dan air. Kemudian boleh sembur pada langsir dan sofa.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsi tip yang diberikan ini menjadi dan agak tahan lama. Malah, ada juga yang turut berkongsi tip lain untuk dicuba oleh orang ramai.
Susu pekat manis mempunyai rasanya yang enak dan umumnya rasanya lebih berbeza daripada susu biasa. Ianya lebih manis, warnanya lebih gelap dan mempunyai tekstur yang lebih pekat, tebal dan lebih berkrim.
Selain menggunakan susu pekat manis dalam penyediaan minuman, sebelum ini tular seorang pelayar Facebook berkongsi cara beliau memasak tomyam dengan menambah satu sudu susu pekat sebelum dihidangkan.
Tindakan itu telah mencetus pelbagai persoalan terutamanya kuantiti gula ‘tersembunyi’ sehingga mendapat perhatian Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim.
Tulisnya di Facebook, susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60 peratus kandungan air dalam susu lembu dan kemudiannya ditambahkan gula (45 peratus) dan ditinkan agar tahan lama.
“Kebanyakan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).
“Setiap 1 Oz (30 mililiter) susu ini mengandungi sekitar 15 gram (g) gula (sukrosa dan laktosa), 2.5g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2g protein. Ia juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline,” terang Dr Fatimah.
Sebenarnya, pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti diabetes yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik lain.
“Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus adalah dengan menggantikannya dengan susu sejat.
“Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula,” jelasnya.
Buat Sendiri Susu Pekat Manis
Pada masa sama, Dr Fatimah turut berkongsi cara untuk menghasilkan susu pekat manis sendiri di rumah.
“Caranya, campurkan satu bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Kemudian, panas dan kacau di atas api sehingga gula cair (susu bertekstur pekat dan sejukkan). Selain itu, boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ia menjadi pekat (60 peratus kandungan air meruap),” ujarnya.
Ekstra Tip
Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar dua minggu.
Krimer manis/sejat berbeza dengan susu pekat manis/sejat. Ini kerana krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit yang sangat minima atau tiada langsung kandungan susu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dianugerahkan anak sebagai zuriat penyambung warisan tentunya sesuatu yang cukup menggembirakan dan membahagiakan.
Lebih-lebih berganda perasaannya bila dikurniakan bukan seorang cahaya mata malah kembar sembilan sekali gus! Rasa bahagia dan syukur yang sukar untuk digambarkan.
Pun begitu tidak dinafikan bukan mudah malah semuanya berganda perlu diuruskan.
“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,” kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Memetik berita di Sinar Plus, difahamkan setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang ke Mali.
“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.
Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan.
Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean.
Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Sumber : Sinar Plus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.