Tonton Drama Korea, Tiba-Tiba Craving Daging Bulgogi. Tak Payah Pergi Restoran, Masak Sendiri Je Kat Rumah!

Share

Bila tengok drama korea, selalunya rata-rata akan mengagumi jalan cerita dan semestinya akan ‘cuci mata’ melihat pelakon mereka. Betul tak?

Bila dah ‘in love’ dengan wataknya, apa yang mereka buat semua benda kita suka, termasuklah babak semasa mereka makan. Gittew!

Dari makanan tu biasa-biasa je kat negara mereka, bila kita tengok kesungguhan mereka makan terus rasa macam sedap level melampau! Haha. Waktu tu jangan cakap la, perut dari dah diisi penuh pun boleh berubah bunyi keroncong balik tau!

Yang mana mudah sangat terpengaruh makanan korea tu, apa kata jom cuba salah satu menu yang mudah untuk kita cuba iaitu daging bulgogi dari  Steak and Teeth ni. Mudah je rupanya, yang pasti lepas makan terus lancar cakap Korea. Kihhh ok tak min tipu je. Hehe. Jom cuba!

RESEPI DAGING BULGOGI

Bahan:
– 400-500g daging
– kucai (dihiris)
– bawang (dihiris)
– lobak merah (dihiris)
– daun bawang (dihiris)
– 2 sudu minyak bijan
– 1 sudu bijan

Bahan perap:
– 3 sudu besar gulang perang
– 1 sudu besar minyak bijan
– 8 sudu besar kicap
– 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
– 2 sudu kecil bawang putih cincang
– 2 sudu kecil halia cincang
– 1 buah pir yang telah diparut
– 1/2 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.