Keenakan rasa Tomyam diakui ramai yang mengemarinya, malah menjadi pilihan utama bagi yang ingin menyediakan menu yang mudah dan cepat namun menjanjikan kepuasan rasa ketika dinikmati.
Sebelum ini viral resipi Tomyam Simple yang dikongsikan oleh Asmida Nor di media sosial. Bahan-bahn yang digunakan memang ringkas, dan memasaknya juga hanya perlu ‘campak-campak’ sahaja.
TOMYAM SIMPLE by Asmida Nor
“Setiap kali buat tomyam, mesti guna resepi ni je, resepi lain no no. resepi ni pn dh sedap sampai bertambah2 nasik (laki sis la).. nama lagi tomyam simple kan. simple but sedap, haa gittccheeww ada yg nak tak. boleh rujuk setiap gambar yo” tulisnya di ruangan kapsyen yang berjaya mencuri tumpuan warganet.
“Yang suka simpel wojib terai”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
bahan kisar
tomato
pes tomyam
lada(ikot kepedasan korang nak,yang sis buat ni pedas-pedas manjah gitu
letak air sikit je, Jangan banyak sangat nanti pes jadi cair.
bahan-bahan campak saja. carrot,bunga kobis,btg saderi,cendawan,bwg besar,halia,daun limau purut,udang
cara-cara
Rebus dulu ayam sampai mendidih,bila mendidih masukkan pes yang kita kisar tadi
masukkan pula bwg besar,daun limau purut,halia
Lepastu masukkan sayur2 yang korang suka
masukkan cendawan pulak. dan biarkan mendidih skjp
Masukkan udang/ sotong. sis guna udang sajer
Kemudian perahkan air limau nipis. yang sis guna sebijik ye, Tak besar tak kecik, sedang-sedang je nak bagi masam-masam sikit. tomyam kana perasakan dengan gula & garam secukupnya… biarkan mendidih..
tadaaa….. dah siap… simple je kan. tapi kompom bertambah-tambah nasi nanti. huhuhu tambah pulak dgn telur dadar.. lagi umpphhh.. selamat mencuba
Sumber : Asmidanor via kongsi resipi mudah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club