Bagi penggemar-penggemar tomyam, anda kini boleh membuat sendiri menu istimewa ni di rumah. Rasanya sebiji macam di restoran ternama tau.
di laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ina telah berkongsi resipi tomyam yang sedap dan mudah tanpa perlu menggunakan pes tomyam.
Caranya amat mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Insya allah, suami dan anak-anak anda pasti sukakannya.
Bahan-bahan:
* Bawang besar
* Bawang putih
* Akar ketumbar
* Daun limau purut
* Limau nipis
* Serai
* Cili padi
* Lengkuas
* Cili kering kisar
* Ayam, udang, sotong, fish ball
* Tomato, baby jagung, bunga kobis, carrot
* Garam, gula
* Susu cair
Ads
Cara-cara Membuatnya :
1. Didihkan air. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, akar ketumbar, daun limau purut, serai, cili padi, lengkuas dan cili kering kisar. Biarkan ia mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam, tomato, udang, sotong, fish ball, baby jagung, bunga kobis, carrot dan garam gula secukup rasa. Biarkan lauk masak.
3. Tambah sedikit susu cair untuk pekatkan kuah.
4. Perahkan limau nipis.
Selamat mencuba. Gerenti sedap dan menjadi!
Ads
Kredit Resipi & Foto : ASH (Foodhunter) @Ashril_92
Kalau mengupas telur rebus dalam kuantiti yang banyak memang buat rasa stress. Maklum sahaja ia ambil masa yang agak lama dan mengupas telur bukanlah semudah yang disangka kalau tak tahu caranya.
Kalau kulit remuk dan pecah, lagi tambah sukar untuk dikupas. Adakalanya hasil kupasan telur rebus kita tidaklah cantik dan licin permukaannya.
Bagaimana nak jadikan cepat, pantas dan hasilnya pun tip top? Puan Waherda Basiron berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.
Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..
Cara-caranya:
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.
2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.
3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.
4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.
5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
SIAP!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Kredit: Waherda Basiron
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ditanya apa istimewanya makan nasi ulam kepada penggemarnya, tentu sahaja jawabnya terletak pada aroma nasi itu sendiri. Apa tidaknya, pelbagai ulam-ulaman digabungkan hingga terhasillah hidangan yang cukup menyelerakan. Malah tidak hairan juga, buat penggemar ulam-ulaman akan makan bertambah jika dihidangkan menu nan satu ini.
Buat yang belum pernah mencuba rasa, apa kata sediakan sendiri menu ini dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Azira Mamat ini. Selamat mencuba.
Ok ni je bahan-bahannya
6 ekor ikan sardin dipanggang tawar – Asingkan tulang macam dalam gambar
Bawang merah 2 ulas
Serai 3 batang
Cili padi ikut kepedasan
Budu 2-3 sudu @ secukup rasa
Garam (secukup rasa)
Ulam
1 ikat pucuk kemangi
1 ikat daun kesum
1 ikat pucuk serai kayu
1 ikat ulam raja
1 ikat daun jambu golok
1 ikat dauk kaduk
1 helai daun kunyit
3 batang kacang panjang atau kacang botor
1 ikat pegaga
1 bunga kantan
Hangpa boleh je bubuh ulam kampung yang lain kalau yang atas ni tak dak.
Cara Penyediaan :
1. Ulam daun balut gini dengan pucuk daun kunyit dan hiris halus.
2. Hiris halus bahan yang lain.
3. Gaul dengan isi ikan hingga sebati.
4.Tuang dalam nasi dan gaul. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
5. Next budu bubuh secukup rasa dan gaul bagi sebati.
Makan dengan ayam goreng pun dah selera benor. Boleh tambah ulam lain seperti petai jeruk atau celur.
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.