Bila terasa tiada selera hendak makan, tapi bila pekena tamyam panas orang kata boleh buat makan bertambah.
Maklumlah rasa masam-masam pedas dan berkuahlah katakan, dapat pula dijamu bersama telur goreng dadar. Memang puas hati.
Jadi apa kata kita cuba resipi ini untuk menu makan hari ini.
*Bahan blend*
-Cabai kering
-cabai melaka
-tomato
Agk2 ja nah cabai ni jgn la sampai hentam p buh segenggam teruih , umm pedaih mampos jenuh meleleh ayaq hidung hangpa
Cara penyediaan :
1. Letak minyak sedikit untuk menumis.
(saya memang lebih suka tumis sebab bau dia & nak bagi pecah minyak)
-bawang merah
-bawang putih
-serai (katok)
-lengkuas (katok)
-halia (katok)
2. Tumis la sampai agak dah naik bau tu, boleh la buh pes Perencah Tomyam tu
3. bubuh bahan blend tadi ayam , carrot , daun limau purut.
4. Lepas tu buh ayaq 1 jug blende tu atau agak2 hangpa la nak kuah tomyam tu banyak mana kiub tokyam 2 ketoi buh sama nahh, susu cayaq sikit nah,
5. lepas tu buh bahan2 yang ada tadi , cabai melaka (katok nah cabai ni) , tomato buh bila kuah dah mendidih ok, pastu buh lebihan daun limau purut tu buah last nak bgi naik bau tuuu lagi.
Ok Siap
sumber : Wawa Ariff Via MAHN
Resipi Kari Ikan Merah Kuah Padu. Seminggu Tak Pekena Tak Sah!
Siapa je yang boleh menolak kalau dihidangkan lauk kari kan? Lebih-lebih lagi yang kuahnya pekat melekat cukup rasa pedas, masam dan masinnya. Bila lepas makan tu, confirm akan melekat kat tangan lah baunya!
Nak masak kari ni, lain orang lain caranya. Tapi yang pasti part tumis tu kena betul-betul naik minyak barulah warnanya naik cantik je. Jom ikuti resipi lebih lanjut dari Puan Zee Basir ini!
RESEPI GULAI/KARI IKAN MERAH
Masa arwah Bonda mertua hayatnya masih ada, boleh dikatakan setiap hari menu tengah harinya sampai bawa ke makan malam disajikan dengan masakkan berasaskan rempah kari. Wajib ada di meja hidangannya setiap hari. Memang kegemaran anakandanya iaitu suami akak sekarang.
Dalam satu minggu tak ada sajian gulai atau kari apa sekali pun, macam tak lengkap di meja hidangan kami. Last masak kari daging pada hari raya bulan lepas.
Dalam minggu ni dah ada dengar rengekan dari mulut Cik suami akak. “Lama dah ibunya tak masak gulai/kari” pintanya. Nak tanya lah pada ahli-ahli group di dalam ni, memang kalau tak ada gulai/kari rasa tak lengkap di meja hidangan yerr?
Sebabnya suami akak asal dari Utara Perlis. Dah hidup bersamanya selama 31 tahun. Kari tetap kari walaupun dah masuk dalam keluarga akak diajar masakkan orang Pahang.
Bersyukur sentiasa dengan nikmat rezeki dariNya. Seronok dapat bertukar-tukar hidangan dari resepi negeri lainnya.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Merah dibersihkan & potong ikut suka.
1 mangkuk santan cair dari setengah biji buah kelapa.
1 cawan pati santan dari perahan santan pertama di atas (santan pekat).
1/2 cawan air asam jawa (agak-agak sesuai rasa masamnya).
1 sudu makan gula.
1 sudu teh ajinomoto.
7 sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s.
3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s.
1 cawan air.
2 sudu makan rempah campuran (biji sawi, halba, jintan yang dalam peket siap tu).
Sayur bendi & tomato.
Garam secukup rasa.
5 ulas bawang putih.*
7 biji bawang merah kecil.*
1 inci halia.*
(Semua bahan bertanda (*) tu, tumbuk atau guna chopper je.)
CARA-CARA MASAK:
1. Panaskan 1 senduk minyak dan kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dengan api kecil ya.
2. Masukkan bahan tumbuk tumis sampai naik bau. Masukkan kedua-kedua serbuk rempah kari tadi tumis dengan api paling kecil. Agak-agak nampak berubah warnanya, jangan sampai hangit ya!
3. Masukkan 1 cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak), guna api kecil sentiasa ya.
5. Seterusnya boleh lah masukkan santan cair tadi, air asam jawa, ajinomoto, gula dan garam sedikit dulu.
6. Besarkan api dapurnya bila santan mula menggelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya.
7. Masukkan ikan tadi disertai buah tomato. Masak seketika akhir sekali masukkan sayur bendi.
8. Rasa masin garamnya sesuai rasa tekak. Siap disajikan di meja hidangan.
NOTA:
Lain orang lain cara masaknya kan. Saya memang tak campur dengan air serbuk rempah kari tu, tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.
Kalau masak kari cara saya, memang saya suka gabungkan 2 jenis serbuk rempah kari tu (Ikan & Daging). Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang kepada diri masing-masing.
Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempahannya yang kuat. Cari yang ada tambahan serbuk cili tu lagi padu, tak payah tambah cili kisar lagi.
#DiHalalKanResepiNya Selamat mencuba!.
Sumber: Zee Basir via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
“Ni Bukan Beli Tau, Abang Masak. Mee Goreng Nostalgia.” Lelaki Ni Kongsi Resipi Mi Goreng Basah Mudah Tapi Power!
Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam. Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah, pasti menarik selera untuk menjamahnya.
Nak cuba resipi yang mudah tapi rasanya cukup power, makan pula dengan cili jeruk memang terbaik. Nah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Ni abang bukan beli tau.. abang masak..mee goreng nostalgia…payah nak dapat rope mee goreng camni sekarang…rencah dia kita boh sawi, tauge,isi ayam,taqua,teloq..kita bungkuih siap dengan paper…baru datang kick dia…kita boh jugek cabai jeruk… dengan perahan limau nipih time kita makan….memang surrr baq hang… merengek mak andeh kita time makan…..jempot makan geng…
Ok geng ni resepi dia bagi mana yg nak coba..yang mudah je..
Resepi mee goreng basah:
Sepeket mee kuning(lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
kicap lemak manis
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak..Gorengkan 2 biji Telor..hancurkan kasar..ketepikan..
- Tambah sedikit mnyak pada kuali..tumiskan bawang..bior agak garing.
- Kemudian masukkan cili kisar.. kacau rata.. tumis sampai cili masak.
- Dah ok..masukan isi ayam..kacau rata.. biar seketika.
- Masukkan sos tiram,sos cili..kacau rata.. terus masukkan air rebusan ayam.
- Biar mereneh seketika…kepekatan kuah ikot sukatan memasing.
- Letakkan kicap lemak manis..dan sedikit shj kicap masin.. biar mendidih.
- Masukkan tauhu,telor…last masukkan Mee..kacau rata.. boh sawi dan tauge.
- Kacau rata…kalau kaler kurang…curahkan kicap lemak manis lagi.
- kacau rata..tutup api.
#suamikakimasak
.
Kredit: Emee Sham via Siakap Keli Press
Lembut Di Dalam & Crunchy Di Luar. Menu Tauhu Berlauk Crunchy Ni Memang Special, Rugi Tak Rasa!
Mempelbagaikan resipi berasaskan tauhu selain digoreng atau dijadikan ramuan pelengkap dalam menyediakan menu hidangan sayur campur atau sebagainya, tauhu ini enak juga jika dimasak dengan resipi ini.
Ia menggabungkan pelbagai ramuan dan dimasak menggunakan teknik kukusan dan gorengan sekali gus menjadikan menu ini bila dimakan terasa lembut di dalamnya, manakala di bahagian luar terasa rangup.
Untuk yang ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dirasa bersama keluarga, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Okay bahan bahan untuk dua orang makan, boleh digandakan kalau nak jamu pada tetamu atau isi rumah lebih ramai :
bahan-bahan:
Isi tauhu dua keping
Tauhu telur 1 bungkus
Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan
Air
*Tepung gandum (sekiranya perlu)
Saya tak gunakan isi ayam (malas nak thawing)
step 1
Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.