Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.

Bapa kepada tiga orang anak ini, menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz itu berkongsi video berkenaan menunjukkan dirinya mendaftar bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.

Bukan itu sahaja, kelihatan anak-anak dan isteri Tomok turut menghantarnya melanjutkan pelajaran di sana pastinya momen manis untuk dikenang.

Tomok Kongsi Detik Sweet, Anak-Anak Hantar Daddy Pergi ‘Sekolah’

Tomok Kongsi Detik Sweet, Anak-Anak Hantar Daddy Pergi ‘Sekolah’

Ads

Riak wajah Tomok jelas ceria dan bersemangat untuk meneruskan cita-cita dalam jurusan yang diminatinya.

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.

“Biasanya ayah,ibu hantar anak anak..ni terbalik pulak…insyaallah saya akan berikan yang terbaik.”

 

Ads

Tomok Kongsi Detik Sweet, Anak-Anak Hantar Daddy Pergi ‘Sekolah’

Tomok Kongsi Detik Sweet, Anak-Anak Hantar Daddy Pergi ‘Sekolah’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Ads

Sebelum ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

Tomok Kongsi Detik Sweet, Anak-Anak Hantar Daddy Pergi ‘Sekolah’ Tomok Kongsi Detik Sweet, Anak-Anak Hantar Daddy Pergi ‘Sekolah’

Sumber: tomokofficia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI