
Ibu bapa adalah inspirasi buat anak-anak. Penampilan ibu bapa menjadi idola buat anak-anak.
Begitu juga dengan penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang telah berkongsi rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video memaparkan gelagat anak Tomok keduanya itu bernyanyi sambil menari.
Melalui kapsyen Tomok, anaknya ingin menjadi sepertinya sebagai seorang penyanyi yang berbakat.
“saya nak jadi macam ayah bila dah besar nanti -Andra-.”
View this post on Instagramsaya nak jadi macam ayah bila dah besar nanti -Andra-
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Lebih menarik, perkongsian yang dikongsi oleh penyanyi berusia 35 tahun itu mendapat perhatian daripada peminatnya dan menyifatkan anaknya itu berbakat dalam bidang nyanyian.
Untuk rujukan, Tomok telah berkahwin dengan Rahayu Abas dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Arrianshah Akid, 7, Andrashah Iman, 5 tahun.
Sumber: Instagram tomokofficial
Eira Syazira Syukur Ada Pak Azad, Tulis “Appreciation Post”

Biarpun sudah 13 tahun melayari bahtera perkahwinan namun hubungan pasangan selebriti ini masih segar.
Eira Syazira dan Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad mendirikan rumahtangga pada tahun 2011.
Mereka dikurniakan 3 orang puteri comel hasil sepanjang perkahwinan.
Menerusi hantaran “appreciation post” di akaun Instagram Eira, beliau berkongsi video Pak Azad menyiapkan anak mereka.
Eira melahirkan rasa syukur dengan kehadiran suaminya dalam hidup.
“Appreciation has tremendous power. Beautiful thing is not beautiful until someone appreciates it. Love you and sihat terus suamiku”, tulisnya di ruangan kapsyen.
Netizen turut memenuhi ruangan komen dengan ucapan yang positif.
“Sesibuk mana pon daddy tetap nampak hebat depan mata anak-anak,” – Netizen
“Bagus Pak Azad, what a loving husband and dad,” – Netizen
Untung diberikan pasangan yang sangat membantu dan ambil berat dalam kehidupan seharian.
MESTI BACA : “Sesuailah Dengan Nama Manja Mak Hang Bagi” Tak Padan Anak 3, Pak Azad Masih Makan Bersuap!
“Macam Kajol Dah.” Wargamaya Puji Anak Kedua Pak Azad & Eira Syazira
SUMBER : Instagram Eira Syazira
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Isteri Membebel Usah Disindir, Kesannya Hilang Rasa Hormat Anak. Ambil Pengajaran Dari Perkongsian Ni!

Lumrahnya bila sebut tentang membebel, kaum perempuan
begitu sinonim dikaitkan berbanding lelaki.
Namun sedar atau tidak, sebenarnya wanita atau seorang ibu itu lebih suka membebel disebabkan oleh banyak faktor.
Wajar bagi si suami memahami keadaan isterinya. Jangan pula
disindir atau diajuk setiap bebelan tersebut kerana bimbang mendetangkan kesan yang negatif.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh saudara Mohd Fhais ini. Jom semak.
Jangan gelak, ajuk atau sindir pada isteri membebel. Lebih lebih lagi masa di depan anak.
Mula memang nampak macam kelakar tapi hakikatnya isteri sedang dalam kesakitan emosi.
Dan paling sakit lagi bila anak anak mula hilang hormat pada mak mereka.
Ya, cara kita yang mula kelakar tadi di lihat anak anak sebagai satu amalan yang patut di ikuti.
Anak anak ni dia tak belajar dengan kata-kata dan arahan tapi mereka belajar dengan melihat contoh dari kita.
Dan contoh dari seorang ayah paling senang di ikuti anak anak.
Bagaimana kita buat begitu la dia akan tiru. Jika kita gelak masa isteri membebel, maka dia pun akan gelak bila ibunya membebel.
Paling bahaya lagi takut apa yang dia belajar ni jadi tradisi pula. Sampai kahwin di buat benda yang sama pada isteri mereka pula.
Oleh itu, kita kena la ambil serius bila isteri membebel atau merungut jika ada sesuatu yang tak kena.
Walau kelakar sekalipun saat itu jangan gelak di depan anak anak, cuba buat muka serius. Bila anak dah tak ada nak gelak gelak la puas puas.
Tapi sebaiknya daripada gelak baik tunjuk sifat empati sebab isteri tu membebel bukan untuk buat kelakar tapi nak bagitahu dia sedang sakit emosi dan kepenatan.
Sumber :
Nak Pastikan Isteri Sentiasa Cantik, Suami Kena Pastikan 1 Perkara Ni, Dengar Apa Nasihat Doktor Ini!

Suami selalu impikan isteri yang cukup sempurna dimata mereka. Inginkan isteri sentiasa cantik tetapi tidak memberi sokongan yang sebaiknya.
Banyak sangat rungutan dari para suami, isteri tak rampinglah, tak kuruslah, tak cantiklah. Kalau para suami nak bonus isteri sempurna dan cantik selalu, suami kenalah sokong isteri lebih bila nak berdiet.
Kena bagi semangat dan tak kurang juga belikan produk atau tolong isteri amalkan petua tradisional untuk dia kekalkan kecantikannya. Lagi satu, kunci kecantikan adalah TIDUR mencukupi. Tu semua suami kena tahu. Para suami-suami kena baca dulu apa yang disarankan oleh doktor muda ini. Menarik!
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.
2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!
3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.
4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.
5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.
Tolong sampaikan pesanan ni ye.
Sumber: Dr Taufik Razif