“Tolonglah Saya Ibu, Saya Nak Dapat A+! Sebak Perkongsian Ini Bila Anak Merayu Nak Cemerlang SPM. Cara Ibu Sungguh Inspirasi

Share

Hati ibu bapa yang tidak gembira apabila anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan terutama seperti PT3, SPM atau STPM. Untuk menjadi cemerlang, bukan sesuatu jalan yang mudah. Perlu ada banyak pengorbanan serta usaha yang gigih.

Namun, jika pendidik sendiri tidak memberikan kata-kata motivasi yang tinggi kepada ibu bapa dan anak untuk berjaya, ia sudah tentu akan mematahkan semangat.

Bagi seorang ibu ini, kata-kata pendidik itu membuatkan hatinya tersentuh. Dia nekad untuk membantu anak tempuhi dengan sabar untuk memastikan anak cemerlang akademik. Lebih menyediahkan hatinya apabila, anaknya nekad untuk perolehi result A+.

Ikuti sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi oleh puan Siti Sarah Abu Samah bahawa tiada halangan untuk berjaya, jika berusaha gigih. Your hard work will pay off!

Kisahnya begitu inspirasi!

Hari ini ada seorang parents mengadu anaknya dipaksa gugurkan add maths kerana gagal.

Saya kongsi pengalaman saya sendiri kepada beliau bagaimana saya bantu anak saya untuk berjaya.

Sewaktu Trial PT3 english anak saya dapat C. Saya berjumpa dgn cikgu yang mengajar anak saya dan bertanyakan pendapat bagaimana nk bantu anak saya.

Cikgu tersebut jawab sekiranya dah dpt C. Real PT3 nanti tk mungkin dapat A. Paling tinggi pun B. It will take miracle to get A.

Betapa sedihnya hati seorang ibu bila mendengar seorang guru berkata-kata seperti itu.

Saya pun berkata-kata dalam hati I will bring miracle to the school.

Buat kelas tuisyen untuk anak 

Saya pun buat kelas tuisyen khas utk anak-anak  yang dapat C dan ke bawah bersama dgn cikgu Nasir dan isterinya. 3 minggu sahaja lagi nak final exam PT3. Setiap minggu ada kelas. Alhamdulilah anak saya dpt straight A utk PT3.

Kejadian yg sama jugak berlaku utk SPM 2018 ni. Anak saya dapat trial english B+. Anak saya berjumpa dengan cikgu yang mengajar dan meminta bantuan untuk membantunya. Cikgu tersebut menjawab nanti actual result dpt around that grade jugak.

Anak saya pun mengadu pada saya sambil menangis. Tolonglah saya ibu saya nk dpt A+ . Tolonglah saya.

Hati ibu mana yang tidak sedih bila mendengar seorang pendidik cakap macam tu pada anaknya. Cikgu ni adalah cikgu yang sama mengajarnya masa PT3. Saya pun cakap pada anak saya baiklah sekira itu apa yang awak nak. Ibu akan bantu.

Maka saya pun minta tolong daripada Cikgu Lynn Nurlina Abdullah untuk membantu anak saya. Anak saya diminta siapkan latihan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan beliau. Anak saya perlu siapkan kertas trial negeri2 lain. Setiap kali perjumpaan beliau akan periksa dan tanda apa kesilapan anak saya dan how to retify it.

Selain tu jugak saya nasihatkan anak saya berjumpa cikgu lain disekolahnya untuk membantunya dalam karangannya. Alhamdulilah cikgu-cikgu banyak membantu jugak. Malah mereka sentiasa sematkan kata-kata pada anak-anak saya dan kawan-kawannya yang “Your hard work will pay off”.

It finally true. It take a lot of hard work for 3 weeks before final exam SPM. Alhamduliliah actual result anak saya dpt A+. Even anak saya pun terperanjat dgn resultnya sendiri.

Yang penting anak kita ada determination untuk berjaya and kita sebagai ibu harus terus berusaha untuk membantu dan berdoa untuk anak dan sentiasa berfikiran positif. Jangan terlintas sedikit pun dihati perkara yang negatif.

Selagi kita berusaha selagi itu Allah akan bantu.

Buat ibubapa yang pernah menghadapi masalah yang sama jangan pernah putus asa. Usaha dan terus usaha. Semoga puan ⁨Noriza⁩ cekal untuk membantu anak puan dalam add maths.

Sumber: Siti Sarah Abu Samah