Ketika kita asyik mengeluh dan bosan terperap di rumah tetapi bersyukurlah kita masih lagi bersama anak-anak di rumah. Namun berbeza dengan barisan hadapan sekarang ni terutama doktor dan jururawat bertarung nyawa demi memastikan negara bebas dari virus bahaya.
Apa yang menyedihkan apabila ada segelintir tidak mendengar arahan kerajaan untuk melakukan pencegahan sehingga jumlah yang dijangkiti meningkat saban hari.
Juga paling membimbangkan apabila ada barisan hadapan ini turut dijangkiti virus ini akibat ada pesakit tidak memaklumkan perkara sebenar ketika saringan.
Sedih dengan sikap segelintir rakyat Malaysia, seorang doktor meluahkan isi hatinya.
Ibu kepada dua orang, melalui perkongsiannya merayu agar mereka yang dijangkiti segera tampil untuk membuat saringan.
TOLONG LA JANGAN MENIPU DAN SOROK SEJARAH RISIKO COVID-19 PADA KAMI
Saya rasa geram sangat ketika menulis post ini.
Wahai anda semua rakyat Malaysia yang pernah hadiri perhimpunan tabligh tempoh hari, yg pernah kontak dengan pesakit positif covid-19, yg ada sejarah perjalanan keluar negara, yg lari dari hospital ketika disuruh kuarantin dan yg masih tak patuhi arahan #stayathome #restrictionmovementorder sila hadam baik-baik apa yg cuba saya sampaikan.
TOLONGLAH BANTU KAMI
Tolonglah bantu kami. Dari hari ke hari melihat berita tentang covid-19, saya jadi risau sangat. Setakat ini, dah ada 10 angka kematian. Jumlah keselurahan positif covid-19 sudah mencecah lebih dari 1000 orang. 15 orang Staf KKM dan mereka yg merupakan frontliner disahkan positif covid-19, malah ada yg telah meninggal dunia. 6 orang anggota polis disahkan positif covid-19.
Berpuluh-puluh staf KKM dan frontliner terpaksa dikuarantin dan tidak dapat bertemu keluarga. Malah, beratus-ratus orang telah berjangkit dari mereka yg positif covid-19 dan selfish. Kelmarin, KKM mengumumkan mereka memerlukan 200 ventilator( mesin bantuan pernafasan) untuk menampung pesakit kritikal covid-19 yg semakin meningkat.
Negara kita sedang dalam fasa kritikal sekarang. Angka pesakit covid-19 meningkat dari hari ke hari. Dan mungkin akan diisytihar darurat seperti di Indonesia jika kita semua masih berdegil dan bodoh sombong.
Tak mustahil kita akan sampai pada satu fasa dimana staf KKM semakin berkurang kerana mereka telah dijangkiti covid-19 dari pesakit yang tidak bertanggungjawab dan selfish.
Mereka akan menjadi sangat tak larat, sangat penat untuk membuat saringan dan merawat pesakit covid-19. Bilangan pesakit covid-19 akan bertambah setiap hari sehingga sampai satu masa mungkin mereka yang positif covid-19 mungkin biarkan je mati tanpa rawatan seperti yg berlaku di Italy. Tempoh masa kawalan pergerakan akan dilanjutkan sehingga satu tempoh yang sangat lama, dan malaysia bakal berlaku lockdown seperti yang berlaku di China. Ramai yg akan hilang peluang pekerjaan dan berakhir dengan mereka akan mati kebuluran kerana tiada pendapatan dan sumber makanan.
Seterusnya, ekonomi malaysia akan lumpuh habis. Dan mungkin Malaysia akan dijajah kembali kerana tidak mampu bertahan.
Saya merayu sekali lagi.
Tolong.
Perkara pertama yg perlu anda bagitau ketika anda menapak di perkarangan hospital adalah nyatakan bahawa anda berisiko atau anda ada kontak dengan pesakit covid-19. Jangan menipu! Sila patuhi arahan #stayathome.
Saya tak tahu mcm mana lagi nak bagitau pada semua rakyat Malaysia. Sila bantu saya untuk share sebanyak mungkin post ini.
Kredit: Dr Ayu.
Semoga kita patuh kepada arahan kerajaan. Segera buat saringan dan jangan menipu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka juga punya keluarga seperti kita. Moga para barisan hadapan terus diberi kesihatan.