Pelanduk dua serupa, itu yang sering kita kaitkan bila ada seseorang yang mempunyai iras atau perwatakan yang hampir sama. Bahkan ada juga yang mengatakan bahawa di dalam dunia ini ada tujuh orang yang dikatakan serupa dengan diri kita.
Benar atau tidak itu tiada kepastiannya, namun baru-baru ini viral di media sosial bilamana pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi sekeping lelaki miripnya dengan kapsyen yang mencuri tumpuan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Ya, macam sama, tapi bukan.”
Dalam hantaran itu, Shuib meminta bantuan pengikutnya di platform itu untuk membantunya mencari lelaki itu yang juga anggota Malaysia Batalion (Malbatt).
Dalam gambar itu, tertera wajah seorang lelaki lengkap beruniform yang juga anggota Malbatt dengan wajah saling tak tumpah seperti Shuib.
Hantaran itu menerima pelbagai komen yang lucu dan mencuit hati daripada rakan-rakan dan pengikutnya.
“Akhirnya, kantoi juga Eib (Shuib). Aku dah kata, jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan, orang dah dapat cam,” tulis rakan pelawak, Ajak Shiro.
“Tuan! Awak diam-diam sertai Malbatt ya,” komen pelakon, Hairul Azreen.
Ads
Sementara itu, seorang pengikut dengan akaun @sbr_orange menjelaskan lelaki terbabit ialah Leftenan Komander Anuar dipercayai anggota kontinjen Malbatt 850-9.
Anak adalah penyeri rumah tangga hinggakan bila ada pasangan yang telah lama berkahwin namun tidak juga dikurniakan zuriat, akan membuat pilihan untuk mempunyai anak angkat. Barulah terasa sempurna rumah tangga yang dibina.
Hakikatnya bagi pasangan suami isteri yang ingin mengambil anak angkat, mereka perlu melakukan pelbagai prosedur. Pun begitu, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ada kos yang perlu ditanggung oleh pasangan tersebut hingga mencecah ribuan ringgit.
Apa yang pasti mengambil anak angkat ini bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat sambil lewa atau dianggap mudah. Ia penuh dengan rasa tanggungjawab bukan sahaja daripada sudut kewangan malah kasih sayang untuk membesarkan anak angkat tersebut seperti anak sendiri.
Baru-baru ini perkongsian seorang wanita di TikTok tular selepas dia mendedahkan tentang kos keseluruhan yang dibelanjakan dalam proses untuk mengambil anak angkat.
Menerusi video dimuat naik, Puan Wawa Idris menjawab persoalan netizen tentang prosedur dan kos yang perlu dikeluarkan.
Katanya, kos diperlukan terbahagi kepada dua iaitu untuk melahirkan anak tersebut dan juga ‘saguhati’ kepada ibu kandung bayi berkenaan.
Menurutnya lagi, kos itu juga berbeza bagi setiap orang kerana ia bergantung kepada hospital tempat bersalin serta berapa ‘saguhati’ yang diminta.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Puan Wawa berkata ‘saguhati’ daripada pihak keluarga angkat adalah sekitar RM500 hingga RM5000.
Kata Puan Wawa, kos ditanggungnya mencecah hampir RM15,000 kerana kos bersalin lebih tinggi disebabkan ibu kandung bayi tersebut melahirkan di hospital swasta dan menjalani prosedur pembedahan.
Perkongsian Puan Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya dilihat seperti turut berminat dan merancang untuk mengambil anak angkat.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew mengenai ibunya yang telah pergi cukup menyentuh hati. Bahkan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan pelajar sekolah yang mendengar ceramahnya menangis teresak-esak. Sungguh menyentuh hati dan sebak.
“Hargai mak ayah dan cintai mereka. Jangan sekali-kali sakiti dan buat air mata mereka mengalir sedih kerana kesalahan kita. Kata Ustaz Ebit Lew menerusi program Prokids yang dilakukannya pada sekolah-sekolah.
Kita kena syukuri nikmat Islam. Abang kakak adik anak-anak saya..kita kena belajar syukuri nikmat Islam, hargai Islam. Allah sayang kita dia beri mak ayah yang baik.
Saya pun sayang mak saya, tapi mak saya dah tak ada, dah meninggal dunia. Saya ada peluang untuk jumpa dia lagi sebab mak saya meninggal dengan Islam. Dia meninggal dengan jaga sembahyang di hujung-hujung usia dia.
Mak saya dah tua, sebelum meninggal dia sakit. Masa umur saya 15 tahun kami semua orang susah, bapak saya bankrap, mak saya kerja kedai makan. Tengah malam baru mak bawak balik nasi goreng pataya. Tengah malam semua lapar, dapat nasi goreng saya terus menangis sebab tak ada makanan nak makan kat rumah.
Sejak itu saya kata saya takkan susahkan mak ayah saya lagi. Sejak umur 15 tahun sampai sekarang saya tak pernah mintak duit kat mak. Dekat sekolah dan asrama kawan-kawan makan sedap, saya tak ada duit, saya teringin saya menangis. Saya doa kat Allah, saya teringin nak makan macam kawan-kawan saya.
Bila dah kerja, gaji pertama saya 700, semua gaji saya bagi kat mak saya. Ada lebih saya makan, tak ada saya tak makan. Setiap hari saya tulis surat pada mak ayah saya. Jangan risau mak kata kita ada Allah. Mak kata tak senang pun tak apa.
Tiga tahun lepas rezeki saya mencurah-curah, saya pergi kawasan pendalaman. Saya tengok anak orang asli hidu gam, saya tekad nak islamkan mereka. Satu hari adik saya call cakap mak saya sakit.
Saya tak pernah terfikir mak akan sakit. Saya batalkan ceramah sebulan lebih nak jaga mak saya tapi mak saya kata saya anak derhaka kalau saya batalkan dakwah saya di situ. Saya menangis bila mak tak bagi saya balik.
Cinta yang paling ikhlas adalah cinta mak ayah pada anak-anaknya. Setiap kali telefon mak saya mintak mak letak pipi kat telefon sebab saya nak cium, mintak letak tangan di telefon supaya saya nak cium. Saya rindu nak cium tangan dia.
Tapi satu hari tengah ceramah, ada orang bagitau ustaz kena ke hospital sekarang. Saya pergi ke hospital masa tu saya teringin nak cium mak saya. Mak saya dah terbaring, penuh wayar penuh di muka. Saya doakan mak saya dipanjangkan umur masa tu.
Lepas saya doa mak saya meninggal. Saya mandikan jenazahnya. Masa saya ambil air sembahyang adik beradik saya beritahu muka mak saya tersenyum. Mak saya bukan ustazah bukan pendakwah, bukan terkenal pun tapi bila dia meninggal mak saya tersenyum. Saya balas senyuman mak saya.
Selamanya ni bukan saya yang susah berdakwah tapi mak saya. Saya dapat apa yang saya dapat ni kerana mak saya. Saya balik saya ambil baju mak saya. Baju tu sampai sekarang saya simpan. Saya rindu mak saya.
Siapa ada keluarga sila hargai mak ayah awak. Awak akan tahu nilainya bila mak ayah sudah dikafankan, jenazah berada di depan awak, baru awak akan teringat mereka semua. Saya yakin bahawa anak-anak yang baik adalah anak-anak yang sayangkan mak ayahnya.
Sila hargai mak ayah anda.
Sumber: Uztaz Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.