Sejak tahun lepas, trend beli barang kemas masih terasa bahangnya. Emas menjadi perhatian apabila ia memberi pulangan lumayan untuk tempoh jangka masa tertentu.
Namun, sebelum membeli barang emas pastinya pelbagai persoalan ditanya kepada jurujual. Bagaimanapun, layanan yang diterima mengecewakan.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
kisah sales girl
Ads
arini ajak abah belikan reward tuk diri mak yg berpenat lelah bersusah payah tanpa henti kerja tuk sales bakery.maka masuk la kami di xxxxx setia alam nampak mcm baru bukak.Teringin cari bangle yg simple2.sbb kedai emas biasa kurg design.Dan sebab pertama sales girl nye melayu.Masuk pilih.biasa lah nak beli mahal kite pilih bukan terus suke n beli.Bila kite suruh ambik 2-3 jenis😏 die punye sinis tu seolah2 mcm kita xde duit.Dgn suara yg agak sinis bila tanya saiz.Eh die ni😒 nasib puasa kalau x pergi melaka membeli cincau jwap nye.
Ajak abah kelua dan kebetulan berdepan dia xxxx @ Setia City Mall seorg kakak chinese layan dgn sgt sabar.walau jap2 cuba ini jap2 cuba yg ni.Sabar die melayan.Dan akhir nye mak beli yg mak cuba dan beli lebih dr niat asal beli 1 set.Tq kakak.
Ads
Moral nye,kalau kau pn kerja dan kedai emas tu pn bukan kau punye,tolong layan org ade duit ke xde duit sama rata.Layan customer baik2 semua yg masuk tu rezeki.Red houze Bakery setia alam bahagian kaunter kalau buat hal mcm ni mmg depan2 mak sound.ade yg penah buat mcm ni terus mak tegur,xboleh layan org elok2 ke.Setakat ni semua dah tau front desk tolong jgn eksen org xsuka.take noted.
Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Segala tingkahlaku ibu bapa diserap oleh anak-anak bukan setakat memerhati. Anak-anak yang usianya 3 tahun ke atas sudah pandai memerhati dan meniru.
Anak sememangnya belajar daripada tingkah laku ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak perasan bila berada di hadapan anak-anak. Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
TUJUH perangai anak akan belajar atau tiru daripada ibu bapa:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Baru-baru ini, nama influencer terkenal Cik Pia hangat diperkatakan semenjak dia mendedahkan hubungan dengan suaminya dingin. Episod ini bermula apabila suaminya tidak hadir ke hospital sewaktu dia sedang berperang untuk melahirkan anak keduanya mereka.
Malah lebih hangat lagi, baru-baru ini Cik Pia telah memuatnaik video sewaktu di Jabaran Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan nama anak mereka. Apa yang menjadi perhatian adalah menurut Cik Pia dia berasa sedih dan sebak kerana tidak dapat meletakkan nama suaminya di dalam daftar nama anaknya kerana suaminya tidak hadir ke JPN.
Cik Pia dengan sebak memaklumkan yang dia terpakda memilih 99 dari nama Allah untuk di binkan kepada anaknya itu.
Namun semalam, suami kepada Cik Pia, Azlee Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Boss Kay tampil menjawab tuduhan berkenaan. Dia yang hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuantan, Pahang telah memaklumkan bahawa urusan mendaftarkan nama anaknya telah selesai.
“Alhamdullilah proses pendaftaran nama Arumi telah selesai, saya dah bagi kerjasama kepada JPN. cuma satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan, jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan.”
Boss Kay turut menjelaskan yang dirinya berdepan dengan pelbagai tuduhan dan pandangan negatif warganet yang mana dia mendakwa ianya berpunca daripada penyakit yang dihadapi oleh isterinya, Cik Pia yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan mental sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
“Kejadiannya macam ini, saya berdepan dengan isteri yang ada gangguan mental. Bila sakit menyerang sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini sedangkan dia sendiri tulis mengenai masalah kesihatannya di Facebook pada tahun 2021.”
“Apabila sakitnya datang, saya diugut setiap hari. dia juga ada bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi apabila berlaku kejadian demi kejadian, saya jauhkan diri supaya dia tenang.”
Menjelaskan mengenai isu pendaftaran nama anaknya itu.
“Saya bukan tak nak daftar, tapi dia tak jawab call saya. Sebab saya minta dokumen, minta untuk hantar ke pejabat tapi dia tak bagi kerjasama. Nak daftar nama anak tak ada masalah cuma menanti waktu tidak sibuk.”
“Lagipun belum sampai 60 hari tempoh pendaftaran. Jadi saya rasa netizen nafikan hak saya sebagai bapa, sebab hak saya 60 hari. Kalau lepas tempoh sekali pun, denda baru RM10. Kad pengenalan saya dah bagi, mereka akan key in dan sijil akan diserahkan kepada ibu.”
Dalam pada itu, dalam pendedahan lain Cik Pia telah mengatakan suaminya tidak pulang ke rumah sejak Disember tahun lalu iaitu sebelum kelahiran anak kedua mereka.
Tambahnya lagi, lelaki itu mula mengabaikan tanggungjawab sejak terkenal di TikTok selain kehadiran ‘orang ketiga.’ Ekoran itu, dia terpaksa membuat laporan polis untuk mengesahkan ada sijil nikah dan ini memang bayi mereka.
“Melahirkan sendiri tidak seperit bila dengar anak dikategorikan tak sah taraf.. suami abaikan tanggungjawab gara-gara orang ketiga.”
“Ketika itu dia sudah ada hubungan dengan seorang artis dan langsung tidak pulang ke rumah. Kami bernikah sejak 2017 ketika anak pertama, tiada isu timbul namun dia berubah selepas mula popular di TikTok.”
Cik Pia juga menjelaskan bahawa laporan sebuah portal mengenai temubual bersama suaminya itu mengandungi unsur fitnah.
“Dia selalu aibkan dan fitnah saya. Mana ada isteri yang tak sedih jika suami ada skandal lain ketika mengandung. Sedih dan anxiety benda yang berbeza!,” tulisnya di ruangan kepsyen.
Sama-sama kita doakan agar hubungan keluarga ini kembali harmoni.