“Masa ni paling sedih, sebab sementara tunggu result, kena duduk isolation ward. Tak ada siapa boleh tunggu dan berhubung dengan nurse melalui telefon sahaja. Makanan semua dalam beg plastik khas.”
Begitulah saat getir yang dihadapi oleh lelaki ini setelah dikatakan mempunyai tanda-tanda dijangkiti covid-19. Lebih-lebih paranoid dengan keadaan dirinya demam dengan suhu yang tinggi sehingga ujian swab dilakukan ke atas dirinya sebanyak 2 kali untuk pengesahan. Dalam tempoh itu, beliau telah ditahan di isolation wad. Namun akhirnya result ujian mengesahkan beliau bebas sebarang jangkitan virus bahaya itu.
Beliau berpesan bahawa dalam tempoh negara sedang ‘berperang’ wabak ini, adalah seharusnya individu menjaga kesihatan dan elak diri jatuh sakit termasuk demam.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Ariff Ismail menerusi FB miliknya. Moga jadi iktibar.
TOLONG JANGAN SAKIT
Hello semua, apa khabar? Lama saya tak menulis dimuka buku ni. Maklumlah keadaan kesihatan tak mengizinkan. Jom saya cerita sikit kepada semua kronologi ” SAKIT ” yang saya hadap masa tempoh PKP.
Pada awal bulan 3 saya ada sejarah perjalanan ke Bandung, Indonesia. Shopping baju raya kononnya. Balik dari bandung dah mula self quarantine. Dalam tempoh tu ada sakit tekak dan demam.
Sikap paronoid melayu muncul dalam diri, sebab masa balik Covid19 tengah banyak kes di Malaysia. Maka pergilah klinik, Doktor tak nak check siap jarakan diri terus suruh pergi HKL. Sampai HKL diorang suruh balik sebab sejarah perjalanan bukan ke negara risiko covid19.
Ads
Kesesokannya bermula lah perintah PKP di Negara kita, masih juga demam, dengan cadangan beberapa keluarga dan rakan terdekat minta call Pantai Hospital untuk datang check covid19. Harga RM750.00, sebab #deminegara buat dan bayarlah juga dengan berat hati.
Lepas check, keadaan makin teruk, demam tak turun turun, suhu 38 +/-. Kepala dan badan sakit sangat, cuba bertahan sementara nak tunggu result keluar. Tapi tak boleh tahan, terus ke Prince Court Medical Centre.
HAMPIR SEMINGGU WADED TAPI AKHIRNYA RESULT COVID 19 NEGATIF
Drama baru bermula, kena bawak lalu pintu belakang sebab suhu dah naik 39. Doktor dan nurse yang rawat semua pakai baju PPE. Dalam hati dah terdetik aku kena covid19 ke ni. Memang dah tak boleh positive dalam kepala.
Ads
Doktor datang dan bagitahu kena buat test covid19, walaupon dah buat dan dah dapat result dari Hospital Pantai negatif. Dengan alasan, ada pesakit yang kali kedua baru result positive. Mereka tak mahu ambil risiko, kena buat juga kena lagi sekali RM 650.00. Dan Doktor bagitahu insuran akan boleh claim jika positif covid19.
Ikut keadaan badan yang sangat sakit kena juga lah warded. Masa ni paling sedih, sebab sementara tunggu result, kena duduk isolation ward. Tak ada siapa boleh tunggu dan berhubung dengan nurse melalui telefon sahaja. Makanan semua dalam beg plastik khas.
Dengan badan sakit dan mental dah koyak habis, kekal positif sebab kenangkan ” wehh anak aku kecik lagi kalau aku mati”.
Selama 2 hari juga dirawat dalam ward isolation sebelum ditukar ke ward biasa.
Tiada sebarang antibiotik atau ubat tahan sakit yang diberikan.
Hampir hampir ditolak ke ICU sebab sukar bernafas dan suhu naik mendadak 40 +\-. Habis satu katil nurse basahkan dengan air sejuk. Satu badan nurse letak kain yang berendam air sejuk untuk turunkan suhu.
Ads
Alhamdulillah, result covid19 sekali lagi negatif.
Doktor teruskan rawatan sebagai pesakit denggi disebabkan platelet darah turun sehingga bacaan bawah 40. Hampir seminggu dalam ward sebelum Doktor bagi balik rumah.
Kesimpulannya, tolong jangan sakit musim #covid19 jika kita tiada medical card personal atau company, sebab kos untuk rawatan sangat mahal sekarang dan kebanyakan hospital kerajaan sedang digunakan untuk merawat pesakit covid19.
Kita jaga kesihatan dan kebersihan diri serta jangan bertangguh untuk aktifkan pelan medikal kita dan keluarga. Saya bercakap sebagai individu bukan kerana saya seorang perunding takaful.
Dan satu lagi pesanan saya kepada perunding takaful muslim yang ada lesen conventional, tolong lah jujur dengan pelanggan anda. Jangan kata itu produk takaful jika anda cadangkan pelan conventional pada mereka.
Dah jadi satu tugas lagi pulak pada kami yang menyokong 100% produk takaful untuk muslim mi beri penerangan mengapa harga berbeza. Ikutlah apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa. Jangan kerana nak sales, sanggup takafulkan produk conventional pada pelanggan.
Semoga kita semua menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Kepada anda yang sudah berkahwin pasti akan melalui detik-detik bahagia bersama suami dan anak-anak. Tetapi, ada juga fasa pertelingkahan mungkin atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang kita tidak tahu pun punca pergaduhan kerana suami secara tiba-tiba tidak mahu bercakap dengan kita.
Tahukah anda, tidak semua perkara yang kita lakukan disukai oleh suami. Tanpa anda sedari, apabila suami pulang daripada kerja, kita terus mengadu masalah anak atau meluahkan tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan bekerja terus tiada mood bila mendengar luahan anda! Ternyata kelakuan kita ini tidak disukai suami. Yela, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Mungkin perkara ini yang menyebabkan segelintir suami tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Pernah tak anda lalui situasi ini?
Jadi, sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak! Biar suami sentiasa rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah. Tapi bagaimana caranya ya? Jangan risau kami senaraikan 7 tips ini yang boleh anda lakukan.
1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Barulah sejuk hati suami! Kalau sambut suami dengan muka yang masam pasti akan mengubah moodmereka menjadi lebih teruk!
2. Pastikan anda sentiasa rapi dan wangi. Haruman wangi dan penampilan yang rapi menjadi terapi buat suami. Biarkan dia sentiasa nampak kita hot!
3. Anda perlu mengambil barang pada tangan suami seperti beg galasnya atau barang yang dibelinya. Apabila anda buat sebegitu, suami akan merasakan anda menghargainya.
4. Apabila suami pulang daripada bekerja, buatkan air kegemarannya. Suami yang baru pulang biasanya akan keletihan apabila dia minum air yang anda buatkan pasti akan kurang sedikit kepenatannya.
5. Anda juga perlu berbual-bual perkara yang santai dengan suami. Contohnya, bertanyakan tentang keadaannya di tempat kerja dan bagaimanan hari yang dilalui pada hari itu. Biar suami tahu bahawa anda peka terhadap kehidupannya setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari yang bahagia buat Datin Anne Ngasri dan suami! Beliau yang sebelum ini dikenali melalui drama kanak-kanak, Cili Padi dan kini bergiat aktif dalam bidang politik, telah selamat melahirkan anak kelima petang semalam. Kegembirannya ini telah dikongsi menerusi Instagram pada malam tadi.
Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family ❤❤❤ Ps: everyone is waiting abang sulong @suffianhakiem cepat datang kiss baby..
Anne mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz, 5.
Manakala daripada perkahwinan pertamanya, Anne mempunyai tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.
Waktu-waktu berpuasa inilah terasa semua makanan sedap sahaja dan kalau boleh semuanya hendak dijamah ketika berbuka nanti. Malah tidak dengan itu, ketika tekak rasa dahaga, akan terbayang air sejuk pelbagai warna yang cukup menyelerakan.
Apatah lagi jika terlihat air atau dessert yang viral ni, Dragon Mix fruit. Warnanya cukup ‘menggoda’, buat orang tidak sabar untuk menikmatinya. Untuk itu, dikongsikan resipi istimewa ini daripada Puan Nur Yushanum.
“Hai Assalamualaikum…Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya, kalau time berbuka memang berebut kami adik beradik. Senang je resepinya jom share.”-Nur Yushanun
Dragon mix fruit
Bahan bahan
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin (sekali air)
Susu pekat manis
Air masak
Ais batu
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.