Pasca banjir menyaksikan suatu suasana yang cukup menyedihkan, sana sini orang membersihkan rumah yang terkesan teruk dengan lumpur dan sampah.
Tidak dengan itu, mana perabot yang rosak perlu dikeluarkan untuk dibuang. Begitu juga alatan elektrik seperti tv, peti sejuk, kipas dan sebagainya juga dilihat ada dalam longgokan sampah.
Bukan sedikit kerugian yang ditanggung untuk mengadakan semula semua kelengkapan yang telah rosak.
Lantaran itu, terpanggil Saudagar Kayangan berkongsi pesanannya di group Tukang Apa Hari Ini untuk manfaat semua.
Ujarnya jangan terus dibuang barangan elektrik yang ditenggelami banjir, kerana ada kebarangkalian ianya masih boleh digunakan.
Walaupun mungkin jangka hayat ok barangan elektrik tersebut tidaklah panjang, namun sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu untuk berjimat dalam masa terdekat.
Ini perkongsiannya moga bermanfaat.
Tolong Jangan Buang
Bila aku kat kawasan banjir,1 Benda yang aku perasan, banyak betul barang-barang electronic yang di buang dalam longgok sampah.
Barang-barang ni bukan murah-murah, dan bukan sehari dua mangsa kumpulkan dan beli.
Barang-barang yang tenggelam air, selagi tak pecah,tak hancur, dia bukan 100% rosak lagi.
BUKAN 100% ROSAK.
Aku share sikit ilmu yang aku ada, harap bermanfaat. Boleh di tambah baik kalau siapa yang ada lebih ilmu.
Apa Yang perlu anda buat ?
1.Sementara rumah masih kotor, barang-barang tu masih kotor dan basah, amik air bersih, basuh buang semua kotoran dekat barang tu. Basuh bersih-bersih dulu. Luar Dalam.
2.JANGAN SESEKALI CUBA ON PLUG DAN SUIS BARANG TU. JANGAN.
3. Lepas basuh bersih, jemur barang-barang tu bawah panas terik matahari selama 3-4hari. Jemur sampai betul-betul kering. Ini nak mengelakkan short-circuit pada board ketika electric masuk. Selagi board ni tak terbakar, insyaallah bole diselamatkan.
Ads
4. Selepas betul-betul kering,kalau tak cukup kering (JANGAN ON.) ,Try sambungkan plug power dan on suis. Ni step yang paling penting .
Kalau Lepas on suis, dan barang tu boleh on, alhamdulillah, barang anda selamat, insyaallah bole digunakan,tapi mungkin jangka hayat dia dah berkurang.TAPI, SEKURANG-SEKURANGNYA DAPAT MENJIMAT KAN DUIT DARI BELI BARU UNTUK JANGKA MASA PENDEK.
5. KALAU ANDA ON BARANG TU, TIBA-TIBA BERASAP DAN ADA BUNYI POP, TERUS OFF POWER .
Ini Ada beberapa kebarangkalian, salah satunya board masih lembap.
TAPI,
Walaupon barang anda BERASAP, meletup dengan letupan kecil, masih lagi bukan 100% rosak.
Ads
Kalau TV, selalu nya,power board yang terbakar. Ikut jenis dan model TV, tukar board ni sahaja dalam lingkungan RM 200-300, mungkin lagi murah kalau TV lama.
Selalunya,tapi bukan semestinya,tukar board ni TV anda dah bole guna dah.
Sekurang-kurangnya, kalau TV anda dapat digunakan untuk setahun lagi,dah boleh jimatkan duit dan kumpul duit beli baru.
6. Tapi kalau anda ON, tapi tiada apa respon dari barang anda, ini sedikit sukar dan kebarangkalian rosak tu dah tinggi.
Kalau tak mahu buang dan sudah dicuci, boleh la hantar untuk baiki.
Ni antara step-step mudah “trouble shooting” barang-barang electronic yang bole aku kongsi, insyaallah boleh Cuba.
Sekurang-kurangnya dapat MENJIMAT Kan DUIT dikala kesusahan, tak perlu buang semua.
Bukan semua orang mampu beli barang-barang baru dikala kita dihimpit kesusahan bencana dan banjir ni.
Wanita zaman dahulu menggunakan bahan semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Berbeza dengan wanita sekarang yang lebih banyak bergantung kepada produk moden berasaskan bahan kimia. Mungkin kerana mereka malas dan berasa leceh bila perlu membuat sendiri produk berkenaan.
Tapi apabila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalaman juga perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Wanita bernama Syazwani Mohd Rosli ini merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Disahkan invasive breast carcinoma/breast cancer stage 2 pada lima tahun lalu.
Di sini dikongsikan kisah perjalanan hidupnya dalam melawan kanser semoga kisah ini turut dapat menyuntik semangat buat pejuang kanser yang lainnya.
TANDA-TANDA AWAL
Saya sedar sejak Mac 2014, dan mulanya saya sangkakan hanyalah pembengkakan kelenjar yang berkemungkinan disebabkan perubahan hormon, namun ketulan menjadi keras dan statik sehingga Julai 2014 namun tidak sakit.
Keadaan berlarutan dan tiada sebarang perubahan,akhirnya mengambil keputusan untuk rujuk ke klinik kesihatan terdekat seterusnya dipanjangkan ke Jabatan Pembedahan Hospital Putarajaya pada November 2014.
Sepanjang tempoh beberapa bulan sebelum rujuk ke hospital, mengalami demam pada sebelah malam hampir setiap minggu dan keletihan yang tidak masuk akal sedangkan hanya bertugas di pejabat sahaja tanpa tugasan berat.
Selama tempoh follow up, perlu menjalani pelbagai procedure bermula dengan biopsy pada ketulan untuk diuji di makmal dan keputusan biopsy menyatakan berkemungkinan kanser.
Kemudian, menerusi procedure ultrasound biopsy dan MRI Breast, setelah hampir 2 bulan akhirnya doktor mengesahkan saya positif invasive breast carcinoma @ kanser payudara stage 2 pada 4/2/2015.
DATANG BERSEORANGAN
Ketika hadir untuk mengetahui keputusan,saya hanya hadir berseorangan tanpa ditemani rakan apatah lagi keluarga kerana tuntutan tugas di Putrajaya (ketika itu bertugas di sana)
Perasaan ketika menerima perkhabaran ini ialah clueless dan blur, seakan tidak percaya saya positif dengan semua ujian klinikal yang telah dilakukan.
Rasa remuk dan kecewanya hati saat itu hanya tuhan saja yang tahu, namun air mata tidak lagi mampu menzahirkan kesedihan ketika itu kerana terlalu terkejut. Apatah lagi tidak pernah sejarah dalam keluarga yang pernah menghidapi mana-mana sakit kronik seperti ini.
SUKAR TERIMA KENYATAAN
Paling menyukarkan saya untuk menerima kenyataan adalah apabila doktor terpaksa membuat keputusan untuk membuang keseluruhan payudara sebelah kiri tanpa perlu melalui proses reconstruction (pembinaan semula payudara menerusi pembedahan plastik) kerana pelbagai rawatan susulan telah dirangkakan untuk saya selepas pembedahan dijalankan.
Terasa gelap masa depan kerana memikirkan status diri yang masih itu belum berkahwin dan tidak percaya perkara sebegini akan menimpa diri saya seawal usia 24 tahun.
Saya akur kepada pasukan perubatan untuk melakukan pembedahan Mastectomy (pembuangan sebelah anggota payudara) di Hospital Putrajaya 29/4/2015 untuk mengelakkan sel kanser merebak ke bahagian yang lain.
Selesai pembedahan, sesi kimoterapi diteruskan sebanyak 6 sesi (dose FEC) dan disusuli radioterapi sebanyak 23 kali sebelum diteruskan dengan hormon terapi sehingga kini.
Pihak keluarga terutamanya ibu dan ayah tetap berada disisi serta sabar dengan segala kerenah saya sepanjang sesi rawatan yang dijadualkan.
TERUSKAN RAWATAN
Alhamdulillah berkata doa dari mereka dan sokongan rakan-rakan, keadaan bertambah pulih hingga kini.
Saya masih terikat dengan rawatan susulan iaitu hormon terapi (Tamoxifien intake) dan rutin flushing 3 bulan sekali namun ianya hanya bekalan ubatan yang dibekalkan secara bulanan dan perlu diambil secara konsisten setiap hari selama 5 tahun.
AKTIF MENDAKI
Saya tidaklah seaktif yang orang lain sangka, namun saya cuba menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan juga kesihatan.
Justeru saya pilih sukan mendaki ini sebagai terapi untuk saya pulih dan melawan penyakit ini. Saya pernah terbaca satu jurnal yang mengulas kebaikan sukan mendaki kepada pesakit kanser,sebagai salah satu alternatif untuk memulihkan kembali badan (regenerative cells) setelah mengalami kesan kimoterapi yang teruk, lalu saya mencuba sebagai satu terapi untuk sembuh.
Alhamdulillah,sedikit sebanyak melalui terapi ini ia membantu memulihkan kesihatan saya melalui kaedah pernafasan, nature theraphy dan sebagai salah satu latihan kardio.
Kelihatan aktiviti hiking ini sesuatu yang berat,namun saya tidak terlalu memaksa diri dan mencuba sekadar kemampuan diri sahaja.
Sepatutnya tahun 2020 saya ada planning nak hiking ke Annapurna Base Camp Nepal. Namun terpaksa dibatalkan akibat Covid-19.
Pun begitu, perancangan Allah itu begitu indah. Alhamdulillah, Allah ganti ianya dengan hadirnya seorang lelaki bergelar suami. Saya berkahwin pada tanggal 4.7.2020 di musim PKP, syukur.
Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.
Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.
Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
Kawal tahap kolesterol
Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.
Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.
Merawat gejala pra-haid, pra-menopaus dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
Penyediaan Teh Jintan Manis
Bahan-Bahan
1 sudu jintan manis
2 gelas air
Cara :
Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadiRebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari (sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Jika rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (selama 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan berkilo-kilo dari berat badan) cubalah secawan teh jintan manis .
Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.
kredit : Suriani Senapi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.