Bila menyentuh bab menggosok tudung, tanyalah dengan mana-mana kaum ibu pasti mereka akan merasakan menggosong tudung ini bukanlah boleh dilakukan dengan ala kadar sahaja. Ianya perlu dibuat dengan teliti dan sabar. Dan lagi satu, memang pantang sangat kalau telah digosok masih nampak berkedut. Jadi selagi belum puas hati, jangan hairan akan terus berkali-kali iron agar bila tudung dipakai nampak cantik dan mudah dibentuk.
Tapi biasanya orang lelaki khususnya en suami tidak tahu hal itu. Bagi mereka apalah sangat dengan menggosok tudung, perkara mudah sahaja untuk dilakukan. Ini turut diakui oleh seorang suami bernama Lutfi Lokman. Namun setelah cuba membantu isterinya menggosok tudung, barulah dia sedar bukan semudah yang disangka.
Ikuti perkongsiannya itu.
Tadi isteri aku minta tolong gosok tudung dia sebab dia sakit perut. Takut lambat bersiap.“Gosok tudung?” Tak pernah dibuat aku seumur hidup gosok tudung dia.
Di rumah, kami tak ada iron board. Entahlah. Dia selesa gosok kat bawah sambil bersila. Aku pun bentanglah tudung. Buka seterika. Lalu teruskan kerja gosok.
Pada aku, benda tak susah. Janganlah buat susah. Aku tak faham kenapa untuk tudung ni sampai bergaduh hang aku. Tudung je pun.
Bila seterika kat bawah ni, kau kena bajet-bajet tudung tu atas kain tempat gosok. Tudung ni besar, jadi kau kena bahagikan mengikut bahagian-bahagian yang perlu digosok. Bermakna, ada part tudung yang dah digosok, kena lipat dengan cermat supaya mengelakkan daripada berkedut.
5 minit.
10 minit.
20 minit.
Itu masa yang aku ambik untuk gosok tudung isteri aku.
Punya syok aku gosok, tak sedar tertindih dengan kaki sendiri atas tudung yang dah digosok.
Ya Allah. Rasa sesal tu tak boleh nak sebut. Sedih. Geram. Kecewa pada diri sendiri sebab tertindih tudung. Kenapalah aku tak berhati-hati masa gosok tu tadi. Kenapa kaki aku ni gatal pergi tindih tudung. Nak kena gosok berapa kali nih!!
Rasa nak menangis Ya Rabbi.
“Lama gosok tudung Bang?” Tanya beliau.
“Diamlah.”
Terdengar ketawa berair mata di pintu bilik.
Sekarang aku faham apa erti tudung yang dah digosok oleh seorang wanita.
sumber : Lutfi Lokman, Kajang.
“Setiap Hari Adalah Bulan Madu Bagi Kami Berdua”-Arash & Isteri Reda 13 Tahun Berkahwin Belum Ada Rezeki Anak!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Lazimnya tidak sampai setahun usia perkahwinan, si isteri sudah mengandung. Alhamdulillah, syukur begitu mudah untuk pasangan tersebut mendapat zuriat.
Pun begitu tidak kurang juga ada yang bertahun-tahun terpaksa menunggu dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan anak, namun masih belum direzekikan cahaya mata. Walaupun berat menerima ketentuan itu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan perlulah bersangka baik dengan ketentuanNya.
Begitulah buat pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Menurut laporan di dalam H.Metro, Arash bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.
“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.
“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.
“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.
“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.
Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.
“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.
“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.
Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.
“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.
11 Ekor Kucing Anggap Macam Anak
Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.
“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.
Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.
“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.
“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.
“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.
Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.
Sumber : H.Metro & @arashmohd30
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kagum, Luar Nampak Sebiji Rumah Aje…”. Walau Satu Kediaman Tapi Dalam Ada 5 Rumah, Cara Keluarga Ini Tarik Perhatian Netizen.
Bila melihat sebuah kediaman yang besar tentu kita membayangkan ia sebuah rumah yang besar dengan mempunyai bilik yang banyak.
Namun pernah tak terfikir bahawa kediaman sebegitu sebenarnya mempunyai beberapa buah rumah di dalamnya,
Seorang pengguna yang dikenali dengan nama Puan Ina berkongsi sebuah kediaman beliau bersama suami serta anak-anak yang mempunyai lima buah rumah di dalamnya.
Menurut beliau, anak sulungnya, Syazlia yang juga dikenali sebaagi ‘kak long’, telah memberi ilham kediaman sebegini. Namun hanya sempat tinggal 2 tahun saja setelah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah Syazlia.
Katanya lagi, melahirkan rasa syukur apabila anak-anak dan menantu saling sefahaman biarpun tinggal sebumbung walaupun masing-masing sudah berkahwin. Rumah berkenaan dihuni seramai 16 orang begitu meriah dan bahagia.
“Seronok tinggal dengan anak menantu. Kami semua dah macam kawan-kawan,” ujar puan Ina
Apa yang pasti, tinggal bersama ibu bapanya serta adik beradik lain adalah sesuatu yang membahagiakan walaupun sudah berkahwin. Sunguh inspirasi!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah..rumahku syurgaku..
Satu bumbung 5 rumah satu hati..itulah kami..jiwa kami tetap bersama selamanye..walaupun semua dh kawen..dan punyai anak.
Jom sama2 sedekahkan alfatihah pada anak saya yang duduk tingkat 3 (jiwa saya). SemOga dia sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang pencipta..INSYAALLAH…inilah “shah jehan” yang saya bina utk anak-anak
Untuk privasi..Setiap rumah ada 3 bilik tidor 2 bilik air..dapor juga ruang tamu sendiri..tpi biasala ank2..pastinyee kt bwah juga makanan yg dicari..itulah bahagia..
Rumah kami dari luar. Nampak dari luar macam sebijik rumah, sebenarnya dalam ni ade 5 rumah.. 5 in1. Setiap rumah ada 3 bilik dan 2 toilet lengkap dengan dapur dan ruang tamu.
Pintu rumah utama
Pintu ke 2. Biasa anak-anak guna pintu ni
Tingkat 2 ada 3 anak kat sini. Masing-masing ada dapur dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air..Privasi
Tangga untuk naik ke tingkat 3. Tingkat 3 ada lagi 1 rumah..Tangga ketingkat 3. Paling istimewa. Ada playground tapi kosong tanpa penghuni sbb tuanye dah pindah ketempat yang lagi cantik dan abadi. Playground dibuat utuk memeriahkan lagi tingkat ini..Mama buat supaya adik-adik tidak pernah melupai kaklong..
Ruang kami keluarga besar untuk dengar ceramah, meeting family atau jamuan kecilan. Tempat bacaan yassin untuk kak long/dan gossip anak-anak. Ia di renovate khas setelah kaklongg pergi. Harapan mama supaya masing2 lebih mengingati kak long.
0pen rooftoop yang tak siap lagi pool. Tempat buat bbq dan tgk bintang. Tingkat 3..playground utk cucu-cucu.
Rumah dari pandangan atas
Netizen beri pujian cara keluarga ini.
Sumber: Puan Ina
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
‘Life Begins At 40’ Nak Bersara Lagi 15 Tahun, Usia Penentu Kita Senang Atau Susah Menjelang Tua!
‘Life Begins At 40’, ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini.
Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Malah ketika ini adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Begitu juga dengan soal kewangan. Malah ketika jika masih bercadang untuk membuat hutang adalah keputusan yang kurang tepat kerana dalam tempoh lebih kurang 15 atau 18 tahun.
Barangkali ada yang masih bekerja pada usia 55 ke atas mengikut keupayaan diri. Ada juga pencen awal atas usia atau faktor kesihatan. Pada usia ini juga boleh melakukan pengeluaran wang KWSP bagi membuat persediaan menghadapi persaraan yang lebih selesa.
Justeru itu, pada usia perlu ada perancangan kewangan yang sempurna agar tidak menjejaskan kehidupan selepas bersara.
Ikuti lanjut nasihat pakar kewangan ini, Azizul Azli Ahmad
8 check list hidup sempurna lepas pencen
LIFE BEGINS AT 40″
Saya tak pasti siapa yang mulakan ungkapan ini, tetapi hati hati kawan banyak perangkap tersembunyi dalam usia begini
1. Jika usia kita telah masuk 40 an, kita akan bersara lagi 15 tahun saja lagi.
Ya, 15 tahun lagi dah tak lama!
2. Jika kita baru nak menabung untuk bersara, sebulan RM500 sebulan x 12 x 15 = RM90,000 sahaja simpanan.
Takkan nak kerja sampai tua atau harapkan anak cucu kita. Bagaimana jika mereka juga susah hidupnya?
3. Jika kita hidup sampai 75 tahun. Bermakna kita perlukan dana hidup 20 tahun kedepan. Jika simpanan hanya ada RM90,000 / 20 / 12 bermakna sebulan kita boleh belanja RM375 sahaja! Nak makan sehari RM12.50 sahaja
4. Jika kita masih beli kereta baru, kita sedang tempah bencana kewangan jika tiada simpanan persaraan.
“Bila lagi nak merasa bang, kerja dah penat penat dulu”
5. Jika kita baru nak ‘kahwin lagi’ satu, jika tahun depan dapat anak baru. Pada usia 55 tahun, kita masih tunggu anak balik sekolah depan sekolah lagi.
“Atok ambik kamu ya Delisha?” Tanya kawan kawan anak kita!
Jika tambah lagi 5 anak? Usia 70 orang ingat kita tunggu cucu bukan anak lagi!
6. Jika waktu ini baru buat pembiayaan peribadi, bersedialah untuk hidup susah nanti.
7. Jangan belajar melabur guna duit loan waktu usia begini, bila gagal ia telan duit persaraan kita nanti.
8. Usia begini juga, jangan melabur ditempat tempat yang berisiko tinggi. Cari pelaburan yang risiko sederhana, biar sedikit untung janji tidur lena.
Kawan kawan,
Usia ini penentu sebenarnya,kita akan senang atau susah bila menjelang tua.
Kata Buya Hamka,
Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tidak berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang.
Hilang di tengah samudera yang luas. Tidak akan tercapai olehnya tanah tepi.
Dan alangkah indah kehidupan tanpa merangkak-rangkak di hadapan orang lain.
Dari guna duit kahwin lagi, bawalah isteri keliling dunia sambil makan kurma atas unta.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Cara menyimpan dengan mudah di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club