Walaupun masih muda dan baru berusia 25 tahun, sifat keperibadian Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah cukup dikagumi ramai.
rata-rata rakyat mengakui baginda dilihat sama seperti ayahandanya serta bondanya yang begitu dekat dengan rakyat. Tidak hairanlah Tengku Hasanal turut menjadi ‘pujaan’ hati rakyat Malaysia kerana keprihatinanan selain turut memiliki wajah yang tampan serta murah dengan senyuman.
Baru-baru ini, dalam satu perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Paihhh, dia telah menceritakan kisahnya yang pernah berteman rapat dengan Pemangku Sultan Pahang itu.
Kisah tersebut tular di laman twitter dan Paihhh atau nama sebenarnya Raja Mohd Faiz dikategorikan sebagai ‘bertuah’ apabila merasai alam persekolahan sewaktu kecil bersama kerabat diraja.
Pengalaman menjadi teman persekolahan kepada Tengku Hasanal adalah suatu yang manis untuk dikenang.
Dia juga berasa bangga kerana usia kecilnya dipertemukan dengan teman yang begitu baik dan merendah diri walaupun kedudukannya merupakan golongan diraja.
Malah, sewaktu dia tidak mempunyai wang untuk membeli tali leher di sekolah, Tengku memanggil pengawal peribadi baginda lalu menghulurkan wang kepadanya.
Sumber: Twitter @rajamohdfaiz & istana_negara