“Doktor, tolong anak saya! Tiba-tiba muka dia jadi biru dan tak bernafas”
“Puan ada bagi apa-apa ubat ke?”
“Saya bagi ubat batuk dari farmasi sahaja…”
Sudah beberapa banyak kes seperti ini yang telah berlaku di mana kanak-kanak berumur bawah 2 tahun dikejarkan ke jabatan kecemasan akibat diberi makan ubat batuk dan selsema.
Terutamanya apabila ubat-ubat tersebut diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
The US Food and Drug Administration atau FDA mengesyorkan bahawa kanak-kanak berumur 2 tahun dan kebawah tidak dibenarkan memakan ubat batuk secara khususnya ubat batuk dari kaunter farmasi atau “over the counter” (OVT).
Malangnya, ubat seperti ini mudah untuk didapati di kedai runcit ataupun farmasi tanpa sebarang pengesahan atau kebenaran doktor. Syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selsema tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak bawah 2 tahun sejak tahun 2008 lagi.
Jenis-Jenis Ubat Batuk
Cough expectorant (Guafenesin)
Cough Suppressant (Dextromethorphan)
Decongestant (Pseudoephedrine/Phenylephrine)
Antihistamine (Chlorpheniramine)
Antihistamine boleh merentasi halangan darah otak atau “blood brain barrier” dan menganggu sistem histamine dalam otak.
Apabila ubat-ubat ini diberi kepada kanak-kanak, ia akan membuat pengambil menjadi mengantuk dan menjejaskan pusat pernafasan yang berada di dalam otak.
Risiko ubat batuk dan selsema untuk kanak-kanak bawah 2 tahun
Ini adalah beberapa risiko yang akan dihadap jika kanak-kanak kurang usia 2 tahun diberi ubat batuk dan selsema. Terutamanya jika diberi ubat-ubat ini serentak.
Nampak terlalu letih
Sawan
Jantung berdegup kencang
Berhenti bernafas
Kematian
Harap ilmu yang diberikan hari ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa diluar sana agar tidak membuat kesalahan seperti ini. Kongsi ilmu ini kepada orang yang anda sayangi juga. Semoga pembaca semua membuat pilihan yang terbaik untuk anak-anak anda.
Terima Kasih.
Sumber: Dr Samhan (@DoktorSamhan di Twitter)
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club