Addicted dengan gajet, sampaikan ada jurang dalam keluarga. Hubungan antara anak, ibu bapa dan keluarga mula renggang. Itu antara inti pati yang Ustaz Don kongsikan melalui perbincangan beliau bersama Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga sebentar tadi.
Saya baru kahwin 8 tahun dan anak sulung baru 6 tahun, jadi nak cakap tajuk ini adalah semata-mata pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini. Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya, Tapi pisau yang sama kalau salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.
Jadi gajet juga sama, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut. cermatnya kita menggunakan sesuatu alat ke arah kebaikan.
“Kita buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita. Kuncinya adalah tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.
“Mesti saling mengingati tanggung jawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggung jawab kepada anak-anak. Mereka hasil persetujuan bersama dengan isteri jadi kenapa kita nak abaikan tanggung jawab pada anak-anak,” ujarnya lagi.
Tambah Ustaz Don lagi, jangan terkejut kalau dilihat statistik yang memaparkan kaum perempuan paling tinggi bermain game. Perangkaan pada 2019 menunjukkan 63% adalah pengguna perempuan. Ini dilihat melalui statistik sebuah laman analisis yang menganalisis pengguna game berdasarkan mereka yang memuat turun game memaparkan perangkaan tersebut.
“Tetapi ini bukan bermakna orang perempuan ini ‘gamers’. Mereka jenis yang mudah terhibur dan bukan main untuk menang. Bukan seperti mereka yang benar-benar main game yang akan susun strategi dan sebagainya. Orang perempuan main sebab suka dan rasa terhibur.
Ads
“Berbalik kepada soalan tadi, semuanya terpulang kepada tanggung jawab. Selesaikan tanggung jawab, salahkan beri perhatian pada anak-anak belajar habit, tanya apa yang mereka mahukan. Perlukah kita fokus pada gajet.
“Rumah adalah istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Jadi buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuat kuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun tak cukup masa,”ujar Ustaz Don lagi.
Apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Akui Ustaz Don tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.
“Ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak supaya mudah untuk memilih menu apabila keluar makan bersama. Salahkah andai ibu bapa mengajak anak-anak untuk sama-sama memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tetapi ini tak berlaku.
“Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Tetapi hari ini value tersebut hilang. Kerana semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan sama, suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.
“Kembali kepada peribadi merdeka iaitu jadi diri sendiri. Suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Tetapi itulah keluarga, jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita,”tegas Ustaz Don.
Ads
Walau bagai mana pun, kata Ustaz Don tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak kerana mereka ada tempoh masa. Kalau tak boleh fokus jadi tak salah andai diberikan sekejap gajet tetapi lepas tu tarik semula supaya tak leka.
“Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.
“ Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.
“Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka akan dengar.
“Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan,” tegas Ustaz Don lagi.
Ads
Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.
“Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggung jawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.
“Saya bukanlah orang yang terbaik tetapi sekadar kongsi dan ambil pengajaran darui kehidupan Rasullah. Jadi, bacalah kisah Rasullah, Wajah Kasih Rasullah dan Asam Garam Rumah Tangga Rasullah. Barulah kita akan faham dan menghidupkan jiwa dan mengenyangkan sanubari,” ungkap Ustaz Don sebelum menutup perbualan bersama Majalah Keluarga.
Ikuti perkongsian penuh Ustaz Don menerusi video ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai cara kita sebagai ibu ayah menzahirkan rasa gembira dalam meraikan hari lahir anak. Ada yang sekadar memberikan hadiah dan ucapan hari lahir atau lazimnya meraikan dengan mengadakan majlis untuk dihadiri rakan anak-anak dan keluarga terdekat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, perkongsian artis dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta di Instagram miliknya telah menarik perhatian wargamaya apabila mengadakan majlis sambutan hari lahir anak daranya Aaisyah Dhia Rania yang telah genap berusia lapan tahun.
Difahamkan, jumlah kek adalah sebanyak 8 biji sebagai tanda simbolik usia satu-satunya anak dara Che Ta yang disayangi ramai.
“Lapan tahun, lapan biji kek. Sambutan majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana,”tulis Che Ta.
Dalam hantaran tersebut, turut dikongsikan 8 kek yang cantik berhias dengan pelbagai saiz dan corak mengikut tema warna majlis iaitu merah jambu.
Selain itu, turut dikongsikan foto Aaisyah yang dilihat cantik bergaya mengenakan pakaian berwarna merah jambu dan dipadankan dnegan skirt warna keemasan sekali gus menampakkan gayanya yang memukau.
Memeriahkan lagi majlis sambutan hari lahir anaknya, Che Ta juga dapat dilihat meraikannya bersama ahli keluarga yang lain.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat hari lahir buat Aaisyah malah ramai juga yang teruja melihat kemeriahan majlis yang berlangsung. Tidak kurang juga ada yang menyakat dengan bilangan jumlah kek hari lahir tersebut.
Ini sebagaimana pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah menyakat di ruangan komen dengan menulis ,”MashaAllah. Nanti 18 tahun, 18 cake ka?! Happy Birthday Aaisyah! 😍
Begitu juga komen daripada Raja Ilya, “Awwwwwwwww … too cute , 8 cake sakali Gus .. 😂😂 Happy birthday gorgeous aaisyah..”
“Letup majlis depa Kek spai 8 weii❤️❤️❤️,” tulis mankjg66
Manakala dgcahaya96 pula menulis,”kelasss anak che ta mcm mummy die😍🔥❤️
Diikuti pulaa komen daripada ismazarina, “Masyaallah ciptaan Allah Comey nya Aisyah…happy birthday Aisyah semoga jadi anak yg baik… Semoga berjaya besar nanti.”
Macam sebaya hingga ada yang menyangka pasangan kekasih. Semuanya gara-gara seorang bapa yang berwajah awet muda hingga disangka ‘kekasih’ anaknya walaupun hakikatnya sudah mempunyai enam orang anak.
Balqis yang merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik, berkata, sejak dari bangku sekolah menengah lagi, ramai yang salah anggap bapanya sebagai kekasihnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.
“Masa saya sekolah menengah, waktu itu ayah berumur 30-an, dia selalu jemput saya dan bawa saya ke gerai makan. Bila kawan-kawan ternampak, jadi bualan hangat antara mereka bahawa saya keluar makan dengan kekasih.
“Sampaikan sudah masuk universiti, ayah hantar balik hostel, pernah kawan-kawan tersalah anggap yang ayah itu adalah pakcik lah, adik lah, abang saya lah, sebab mukanya kelihatan muda,” ceritanya ringkas.
Mohd. Rizan Haron, 48, yang bekerja sebagai penghulu mukim, kelihatan muda dan tampan bergaya berbaju melayu hitam di dalam satu gambar yang dimuat naik di akaun Twitter anaknya, Balqis Najwa Mohd. Rizan, 23.
“Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.
“Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa nampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.
“Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat,” katanya.
Mencungkil tentang rahsia awet muda bapanya, Balqis berkata sejak muda ayahnya memang gemar bersukan, tidak pernah tinggal makan sayur-sayuran dan kurang makan makanan segera menyebabkan dirinya terlihat awet muda.
“Selain gemar bersukan, ayah memang dari muda suka makan sayur dan tidak boleh kalau tiada sayur dalam satu hidangan makanan, mesti wajib ada.
“Makanan segera pun sangat-sangat kurang dia ambil, kalau sebulan itu hanya sekali sahaja, sebab itu juga dia nampak lebih muda berbanding umur sekarang,” kata Balqis lagi yang turut berkongsi antara aktiviti sukan yang dilakukan ayahnya adalah badminton, berbasikal dan bola keranjang, disamping sering pergi ke gim untuk bersenam.
Sumber : Twitter @Kiselwitxh_ , Harian Metro & Kosmo
Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.