Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini.

Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya  saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.

“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

“Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia,” ujarnya.

Menghampiri usia 50 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Rozita Che Wan membuktikan dia masih relevan sebagai heroin.

Ads

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.

“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

Ads

“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimiliki. Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi  watak penting,” katanya.

Tanggal 11 Disember tahun lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini  menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya.

Ads

Zain ‘Right Person’ Untuk Saya

Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya.  Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.

“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!

Tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:

  1. Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
  2. Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.“Tolak Ansur Dalam Rumah Tangga Perlu.” Che Ta Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia!
  3. Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
  4. Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
  5. Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI