Bukan sahaja peminat bahkan rakan selebriti turut memuji penampilan hos Nona ini yang tetap anggun dan manis walaupun baru sahaja melahirkan bayi sulungnya.
Tunjang sebuah keluarga adalah ketua keluarga iaitu suami dan ayah kepada anak-anak namun jika sesuatu terjadi pada tunjang tersebut, pasti kehidupan sekuarga akan berubah.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita dari dari Kampung Tok Jembal di sini berubah sepenuhnya selepas suaminya yang sebelum ini cergas kini hanya terbaring akibat serangan strok berdarah sejak enam bulan lalu.
Sakinah Abdullah berkata, suaminya, Ahmad Azahar Wan Embong bukan sahaja tidak mampu lagi untuk bekerja sebagai tukang rumah, malah telah kehilangan ingatan dan tidak mampu lagi menguruskan diri .
“Serangan strok berdarah pada 12 September tahun lalu itu telah merosakkan kira-kira 70 peratus saraf otak suami.
“Dia kini tidak ingat apa-apa dan hanya boleh minum susu khas yang dimasukkan menerusi tiub yang ditebuk melalui kerongkongnya,” katanya ketika ditemui di rumah di sini baru-baru ini.
Sakinah berkata, pada mulanya suaminya itu hanya mengadu sakit kepala sebelum diserang sawan pada pukul 4 pagi.
Tambahnya, suaminya telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum disahkan mengalami strok berdarah.
“Keadaanya sangat kritikal sehingga dia terpaksa ditidurkan di dalam wad selama dua bulan.
“Suami kini sudah stabil, namun dirinya banyak berubah dan bukan lagi seperti dahulu. Saya sendiri pun dia tidak kenal,” katanya.
Sakinah berkata, dia kini terpaksa menumpukan perhatian terhadap suaminya dan menyerahkan pengurusan kedai makan kepada anak sulungnya, Wan Ahmad Faizal, 31.
Ibu kepada lima anak itu berkata, penjagaan suaminya turut dibantu anak keempatnya, Wan Nur Farah Farihin, 23, yang sudah berkahwin.
“Perniagaan kedai makan kami agak merosot pada waktu ini ekoran keadaan ekonomi semasa sedangkan kos perubatan suami mencecah RM3,000 sebulan.
“Bagi menampung perbelanjaan termasuk membiayai kos pengajian anak bongsu berusia 20 tahun yang masih belajar di Akademi Binaan Malaysia, saya mengambil upah membuat ketupat palas,” katanya.
Orang yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank bernombor 13017028354141 (Bank Islam) atau menghubungi Sakinah di talian 011-3758 4434.
Tular mengenai kisah seorang remaja yang merupakan siswazah kejuruteraan yang memilih kerjaya sebagai content creator.
Apa yang menarik mengenai remaja ini yang dikenali sebagai UMe Cikin apabila kandungan yang dipaparkan bukan ‘gedik-gedik’ tetapi kisah hidup di kampung bersama keluarga. Pada masa yang sama dia menjual sambal acarnya.
Selain itu,intonasinya yang bercakap dengan laju dan lancar membuatkan wargamaya kagum kepadanya. Punya identiti yang tersendiri tanpa pakaian seksi tetapi hanya berbaju kemeja corak kotak membuatkan dia mudah meraih perhatian.
Dengan ini menunjukkan, bahawa ilmu yang diraih ke menara gading sebenarnya bukan semata-mata untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang yang dipelajari tetapi ia menjana pemikiran kita untuk menjadi lebih kreatif mengikut level pendidikan kita.
Menerusi perkongsian Siti Suryani Yaakop memaparkan kisah remaja ini yang memilih dunia kerjaya yang bukan daripada bidang yang dipelajarinya.
Moga kisah ini menjadi inspirasi kepada remaja lain bahawa pendidikan yang tinggi itu amat penting untuk menghasilan isi kandungan yang berkualiti.
Semalam ramai orang share pasal adik ni. Gambar yang sebijik macam ni. Siapa penulis awalnya saya tak teringat pula. Tapi tulisan yang sangat baik.
Tentang bagaimana seorang graduan kejuruteraan terjun ke dalam bidang content creator.
Tentang bagaimana usaha anak muda yang berpelajaran dan bijak membina kerjaya melalui media massa.
Tentang bagaimana adik ni tidak berkisah mengeluh tentang belajar lain tapi kerjanya lain pula. Dia belajar lagi ilmu baru dengan peluang yang ada. Saya selalu juga tunjuk pada anak kalau Tik Tok adik ni lalu di wall FB saya.
Ada dia buat sambal. Ada dia masak. Cuba makanan. Dia hantar adik balik asrama. Yang tu yang paling kelakar antara semua yang kelakar.
Saja tunjuk. Sebab anak saya yang nombor dua tu suka juga berangan-berangan buat content. Ala…budak mana yang tidak zaman sekarang ni kan.
Duk diam-diam sorang kang dengar lah, “Hai gais…”
Tapi gambar ni benar-benar menangkap hati saya. Sebagai seorang mak. Pada dua orang anak perempuan. Saya yakin mak ayah beliau tentu sangat bangga dengan adik ni.
Bangga bukan saja kerana berjayanya dia. Tapi lebih bangga lagi kerana dia berjaya dalam keadaan kekal menjaga nama dan maruah dirinya sebagai wanita.
Biar anak saya nampak. Dalam saat anak gadis dan mak gadis hilang kekuatan menahan diri dari berjoget menunjuk tubuh badan serta menonjolkan muka terpaling cantik yang boleh, adik ni kekal menjadi diri sendiri dan menjaga diri dia sebaiknya.
Tiada make up. Tiada baju cantik dan mahal. Tiada aurat yang dibuka. Tiada gedik-gedik dan manja-manja. Tiada lemah longlai dan aksi mengada-ngada. Tiada suara halus dan gedik yang dibuat saja-saja.
Tapi tetap ramai yang minat. Follower pun merata-rata. Dia tak kisah nak tiru sesiapa. Dia ada identiti. Dia punya kekuatan peribadi. Dia unik dengan caranya tersendiri. Dia tak perlu buat benda pelik-pelik. Dan tak payah nak bertabarruj. Apa lagi nak buka aurat.
Tapi tetap, Wanita pun boleh minat. Lelaki pun sama hormat.
Dan begitulah saya sentiasa harap anak-anak perempuan saya dan kita semua akan jadi. Semoden mana pun dunia ni pergi. Tetap dia pandai jaga diri. Tetap dia punya kekuatan peribadi. Tak kisah nak ikut trend sana-sini.
Dia menjadi diri dia seadanya. Dia menjaga diri dia sekuatnya.
Baru-baru ini perkongsian dari pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet iaitu video yang memaparkan dia sedang membeli belah bersama seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.
Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.
Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.