
Cuti hujung tahun ini banyak masa dihabiskan untuk bercuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang turut membawa dua anaknya untuk bercuti ke luar negara.
Apa yang menariknya, penyanyi kesayangan ramai ini memilih percutian mewah dengan menaiki cruise ke Dubai dan Khasab.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi momen indah ketika pelayaran hebat itu.
“Alhamdulillah, dapat bawa keluarga menaiki Genting Cruise daripada Dubai~ Khasab ~ Muscat.
“Di Khasab kami dibawa menaiki bot untuk melihat dolphin, berenang & melihat perkampungan kecil di sekitar laut Musandam Peninsular,” kongsi Tok Ti menerusi perkongsian video di Instagramnya.
Apa yang menarik kata Tok Ti lagi, anak keduanya Afwa paling tidak takut untuk mandi laut.
“Afwa memang tak takut ye, nak terjun je mandi laut. Anak ayah la katakan,” kongsinya.
Melalui perkongsian video itu banyak momen indah yang dikongsikan Dato Siti bersama anak-anak dirakamkan sebagai kenangan.
Aksi Berani Elfira Loy Lari & Lompat Pool Pakai ‘Heels’ Bikin Kecut Perut. “Lasaknya Mak Buyung, Tahulah Bekas Atlit. Risau Tengok!

Tindakan pelakon Elfira Loy melompat di kolam renang dengan berkasut tumit tinggi meraih perhatian ramai.
Pelbagai reaksi diterima ibu kepada seorang cahaya mata ini. Ada yang meluahkan rasa bimbang sementelah dirinya ketika itu sedang sarat mengandung.
Tak kurang yang memuji isteri kesayangan Faris Anuar yang berani melakukan perkara bahaya itu menerusi sebuah rakaman video.
Empunya diri dalam kapsyennya memberitahu yang dia sudah lama ingin bercuti di lokasi tersebut.
“One of my goals is to be here but nak buat macammana trip ni termengandung pulak.Nak datang balik probably another a year?
Begitupun,dia mengingatkan agar aksi melompat itu tidak jadi ikutan ibu hamil yang lain.
“So mommy kena beranikan diri.But dont try this here okay mommies 😂.
Video yang dimuat naik di Instagram itu kini menerima lebih 70,000 tanda suka dan lebih 700 komen pengikutnya.
Sumber: Elfiraloy
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Warga Emas Ini Tak Berkira Derma Darah, Dah 321 Kali. Kagum!

Ramai yang tahu kepentingan menderma darah. Ia mampu membantu menyelamatkan ramai golongan yang memerlukan darah.
Sebagaimana kisah warga emas ini, sungguh inspirasi! Pada usia warga emas ini, dia tidak berkira untuk melakukan kebaikkan menderma darah kepada golongan yang memerlukan.
Memetik laporana, harian metro, Lim Kok Keong, 62. begitu komited menderma darah dan merupakan penderma aktif platelet aferesis dan setakat 17 Jun lalu, dia sudah menderma 321 kali darah platelet di Tabung Darah Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya akan terus derma darah platelet selagi termampu kerana mahu membantu menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bekalan darah ini (platelet),” demikian iltizam Lim Kok Keong, 62.
Lebih mengagumkan, Lim sanggup menempuh kesesakan dari Kajang ke PPUM untuk rutinnya menderma darah platelet sebulan sekali.
Lim berkata, dia mula menderma darah platelet pada Disember 2002 dan inisiatif murni ini didorong keinginan membantu menyelamatkan nyawa ramai orang.
“Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan.
“Sebelum derma darah platelet, saya terlebih dahulu menderma darah penuh sejak 1986.
“Pada Disember 2002, beralih menderma darah platelet. Pendermaan ini (darah platelet) boleh dilakukan dengan lebih kerap iaitu dua minggu sekali, maka penerima manfaatnya lebih ramai berbanding darah penuh yang boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali,” katanya.
Lim antara 33 penderma yang menderma darah platelet melebihi 50 kali dan diraikan dalam program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM, baru-baru ini.
“Setiap kali menderma darah platelet, saya berasakan ada perubahan pada diri terutama kecerdasan mental dan fizikal.
“Saya menggalakkan masyarakat supaya menderma darah kerana selain manfaat kepada kesihatan, mereka juga diberikan keistimewaan iaitu rawatan percuma di fasiliti kesihatan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Saya Anggap Berpantang Ni Biasa-Biasa Je. Rupa-Rupanya Tak!” Suami Ini Baru Sedar Pengorbanan Seorang Isteri

Apabila berkahwin dengan pasangan, bermakna kehidupan pastinya perlukan hubungan yang saling melengkapi. Ia termasuk hal menguruskan isteri dan anak ketika tempoh berpantang. Perkongsian suami ini sunguh inspirasi supaya para suami membuka minda untuk berubah. Jom semak perkongsian suami ini Azlan Noor

Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongandaripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
Rupa-rupanya tak!
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami. Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
Sekurang-kurangnya, dia tahu saya pun turut sedih. Paling penting, dia tahu saya ada bersamanya, walau apa yang terjadi.
Suami jangan ambil mudah bab isteri berpantang. Rendahkan ego dan ringankan tulang untuk bantu isteri.
1. Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal.
2. Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah. Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.