Walaupun anak sudah besar tapi ada juga yang tak berapa gemar makan nasi. Ada yang lebih suka makan bihun, mi dan spageti sahaja.
Selain aneka mi, ada cara lain yang boleh kita sediakan untuk anak makan lebih banyak. Ibu kenalah lebih kreatif. Tofu Tart ini juga salah satu caranya.
Kalau kita rajin dan kreatif, contohi wanita bernama Herda Johan ini yang berkongsi resipi unik, Tofu Tart di facebooknya. Sama seperti Egg Tart, cuma ia bersifat savoury dan intinya dihasilkan daripada gabungan cendawan dan hirisan sayuran-sayuran yang ternyata unik dan lain daripada yang lain.
“Sebenarnya saya main campak-campak je bahan-bahan untuk resepi ni. Senang je nak buat. Anak-anak saya suka makan ToFu Tart ni sebab SEDAP dan MENYIHATKAN…ewah hihi. Ada dua cara anda boleh guna, samada bakar atau goreng. Untuk kaedah yang saya gunakan ni, saya bakar dalam oven. Untuk kaedah goreng akan saya terangkan dalam gambar di bawah.
TOFU TART
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur (Saiz A @ B)
Secubit garam
1 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh baking powder
Bahan Inti:
1 biji tomato – potong dadu
1 buku bawang besar – potong dadu
5 helai daun bawang – hiris halus
8 biji cendawan butang dalam tin – potong dadu
Sedikit cili merah/cili benggala (kalau nak pedas) – potong dadu
Caranya:
Ads
1. Sapu butter pada loyang muffin atau loyang cupcake bersaiz lebih kurang 2″-2.5″ diameter.
2. Masukkan bahan inti sedikit demi sedikit ke dalam loyang muffin.
3. Gunakan pisau tajam dan potong tofu. Kemudian masukkan setiap potongan di dalam loyang muffin. (Potong tofu dimulakan dengan bahagian tengah. Jangan potong bahagian hujung. Potong dua bahagian tadi kepada 9 potongan sama rata).
Ads
4. Pukul kesemua bahan (seperti dalam gambar).
5. Tuang telur ke dalam loyang muffin. Bakar pada suhu 120’c – 140’c atau 30 minit. (Agak-agak pantau sendiri kalau dah nampak masak bahagian atas tu bawa keluar). Bakar hingga bahagian atas keperangan.
Ads
6. Dah siap….boleh cicah dengan cili sos.
Tip:
Kalau tak suka bakar, anda boleh juga menggoreng.
Caranya, panaskan kuali dengan minyak. Letak acuan telur mata. Tabur bahan-bahan inti. Kacau sedikit bahan inti supaya garing sedikit. Letak tofu. Biarkan sekejap. Tuang telur.
Tutup kuali dan biarkan telur masak. Bila nampak dah masak. Angkat acuan dan terbalikkan telur tadi. Balik-balikkan telur dan pantau supaya tidak hangus. Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu yang melalui proses kehamilan, pasti tidak menafikan setiap anak berbeza-beza. Ada yang mudah tiada sebarang alahan, tetap aktif sehingga ke hari bersalin.
Ada pula yang ‘lembik’ dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Itulah pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan zuriat.
Begitu juga dengan Dr Say yang baru-baru ini memuat naik perkongsian mengenai kehamilan isterinya.
Menurut hos bagi rancangan Tanya Doktor ini, usia kandungan isterinya kini memasuki 5 bulan.
“Pejam celik pejam celik bini dah 5 bulan mengandung. Awai2 dulu dia dok bising “i tak nampak macam mengandung kan? Perut kecik je”. Tapi sekarang dia dok ulang “besar kan perut i? U taktau betapa beratnya bawak anak u ni”.
“Padahal sy tak cakap apa2 pun, haai wanita complicated sungguh pemikiran kalian ahaha. Anyway today was our detailed scan, Alhamdulillah otak, jantung, organ lain & tumbesaran baby nampak sihat. Expected date of delivery is on 31st August bersamaan Hari Merdeka tapi sy rasa bakal awal ni.
Menurut Dr Say lagi, kehamilan anak kedua kali ini sedikit berbeza buat isterinya Dr Azura Abbas. Jika anak sulung, isterinya agak aktif, namun kali ini tidak berselera makan selain penat melampau.
“Pregnancy bini kali ni sedikit berbeza tak macam masa mengandungkan Ace dulu. Masa Ace dulu bini boleh gi gym melompat bagai tapi pregnancy kali ni dia kerap kena gastrik, tak lalu makan kao kao, hidung tiap2 malam tersumbat & penat melampau.
“But then again not all pregnancy is the same. Apa2 pun bersyukur sesangat kandungan sihat. Sy risau sikit sebab bini tak berapa makan, kang tak dapat nutirisi mencukupi macam mana muka baby nak jadi sepadu #teamdaddy ahaha.
“Can’t wait for the arrival of our 2nd baby. Tadi berjaya nampak muka baby, nampak iras muka sy lebih kali ni kan? Alhamdulillah sejuk hati daddy ada anak ikut muka daddy.
Pembelian rumah adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan dan tidak hairanlah ramai juga anak gadis membeli rumah sebelum berkahwin untuk dijadikan aset untuk jangka masa panjang.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan status harta yang dimiliki oleh seorang perempuan sebelum berkahwin andai meninggal dunia, adakah harta tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada suami atau perlu juga dibahagikan kepada waris yang lainnya.
Memahami situasi ini, jom kita baca penjelasan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semoga dapat memberi pencerahan sepenuhnya tentang perkara tersebut.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
-Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.
Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan.
(Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)
Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.
Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.
Pembahagiannya seperti berikut:
Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.
Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.
Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam video yang dimuatnaik tersebut, kelihatan Wawa sedang ‘berborak’ dan mengusik anaknya itu.
Di ruangan kapsyen, Wawa mengatakan yang Fahri suka ‘berborak’ dan gelak apabila bangun daripada tidur. Namun apabila sudah mengantuk, Fahri akan menangis seperti kena pukul.
“Hi aunties.. baby fahri kalau bangun macam ni la berborak gelak2.. tapi kalau da mengantuk. menangis macam kena pukul😆😂
Kecomelan Fahri membuatkan ramai geram dan memuji terutama menjadi part dagu tu yang ‘mahal’ kata mereka. Bahkan Ada yang mengatakan si kecil ini lebih mirip ibunya, Wawa.
zarinazainuddin_ ni muka wawa baby ni ❤️❤️❤️ sejuk nanti jadi kawan mak sampai mak tua ni bekepit dengan mak 😍😍😍
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.