Jika sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kita sering melihat riak wajah yang serius dan tegas ketika menyampai maklumat mengenai situasi negara kini dilanda wabak covid-19. Sudah pasti, rutin harian yang sibuk demi memastikan wabak ini terkawal.
Namun, kesibukan berkhidmat kepada negara tidak bermakna, keluarga terabai.
Menerusi perkongsian terbaru diinstagram milik beliau, riak wajah ceria menyanyi bersama cucu kesayangan, jelas membayangkan ‘me time’ tetap ada bersama keluarga.
Hanya menyanyikan lagu kemerdekaan bersama cucunya, mereka kelihatan begitu ceria. Simple aktiviti bersama tetapi momen yang penuh bermakna.
“Lagu favourite cucu saya..tanggal 31 ogos nyanyian allahyarham sudirman.. Wpun sambutan hari merdeka dh berlalu tapi setiap kali berjumpa pasti kena nyanyi lagu tu sama2.. Wpun dia tdk memahami erti lagu tsb namun suka kpd lagu merdeka itu pun sudah ckp baik. Insyaallah akan dtg atuk akan terangkan pengertian lagu & erti kemerdekaan….”
Menjengah di ruangan komen, warganet terhibur dengan gelagat datuk dan cucu ini.
Sweetnya pak long dengan cucu