Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA
Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua keluarga.
– Kalau nampak pasangan kita cuai sikit, selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan bebel dia. Redha dan pergi je tutup suis tu..
– Kalau nampak pasangan macam tak pandai memasak ke apa, jangan di besar besar ketidakpandaian dia pula, redha & tapau je la makanan senang..
– Kalau nampak pasangan garang sangat, tak lembut macam orang lain. Redha & hiburkan selalu dia. Wanita garang ni biasa kat luar je, dalam hati dia ada taman.
– Kalau nampak pasangan selalu leka melayan anak-anak, kita depan mata pun dia tak layan. Redha je la, tu anak kita juga yang dia layan.
Ads
– Kalau nampak pasangan selekeh & comot bila kat rumah, tapi kat luar bukan main lawa lagi. Redha dulu pasti ada hikmahnya. Ibu mana yang boleh 24 jam cantik molek di rumah memang hebat la.
Tak semua akan berlaku ikut KPI kita. !
Ads
Jika yang di harap adalah kesempurnaan, maka kelemahan pasti akan makin tersembul keluar.
Kasih sayang ibu tiada batasan.Biarpun berbeza agama, namun itu tidak membuatkan hubungan antara anak dan ibu terputus. Malah wanita ini membuktikan ikatan ibu-anak cukup utuh biarpun si anak memilih untuk menjadi saudara baru dalam Islam.
Beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri berbangsa Cina menghantar anaknya yang mempunyai masalah penglihatan ke Darul Quran. Anaknya yang sudah pun bergelar mualaf telah menyambung pengajian dalam peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di sana.
Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Mike Foong membuktikan keupayaan menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan.Kini dia meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditetapkan syarat menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun.
Sudah hafal 10 juzuk
Menerusi Sinar Harian, mualaf yang berasal dari Selangor ini sudah pun bergelar Muslim sejak tahun 2015. Tan Mike Foong, 23 sebenarnya telah menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Dia yang sudah menghafal 10 juzuk al-Quran telah mendaftarkan diri bagi peringkat diploma untuk menghabiskan hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
Bercerita lanjut mengenai pengislamannya itu, Mike memberitahu telah terdedah dengan agama Islam dan azan sejak kecil lagi. Kemuncaknya apabila selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah mengikuti latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Persatuan tersebut rajin mengadakan ceramah dan dari situ dia tertarik mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah.
Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia yang menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur pernah meniru suara azan di rumah kerana seringkali mendengar laungan tersebut dari surau berdekatan kediamannya di Batang kali.
Menurutnya, terdapat sebuah tentera di belakang sekolah menengah yang akan memasang bacaan al-Quran sebelum masuk solat.
“Bila dengar azan saya tak rasa ia satu muzik, tapi kalimah. Sampailah masa berada di tingkatan empat, saya akan buka radio untuk dengar bacaan solat terawih.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ikut latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
“Ramai yang beragama Islam dan bila mereka ada kuliah agama yang dikendalikan Ustaz Mat Noor, saya bersama dua rakan bukan Islam akan dengar,” katanya.
Mike Foong berkata, pada satu hari, pihak persatuan menjemput seorang pendakwah mualaf kerana ada di antara mereka yang ingin tahu tentang Islam.
Menurutnya, dia turut serta dalam perbincangan tersebut sebelum diajukan beberapa soalan berkaitan fitrah kejadian penciptaan dan pencipta.
“Pada hari itulah saya lafaz dua kalimah Syahadah dan sekali lagi seminggu kemudian ketika daftar secara rasmi di pejabat agama.
“Saya rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa dan lepas setahun setengah, baru mereka tahu.
“Saya ajak ibu pergi makan kedai makan mualaf cina dan pemilik kedai tanya adakah saya muslim di hadapan ibu,” katanya.
Tamat pengajian Diploma Kemahiran Malaysia, Mike Fong menyertai Interactive Dakwah Training (IDK) sebagai sukarelawan dan belajar cara pendakwah menyantuni golongan mualaf.
Dia mula mempelajari dan membaca buku Iqra selain menghafaz surah serta berjaya memenangi pertandingan hafazan mualaf di peringkat negeri Melaka. Dia membaca Al-Quran menggunakan kaedah braille
“Atas cadangan seorang rakan, saya mengikuti Kursus Asas Tahfiz di Darul Quran Jakim selama setahun bermula Januari tahun lepas,” katanya.
Terkejut anak peluk Islam
Ibunya memberi reaksi terkejut apabila Mike Fong membuat pengakuan memeluk Islam. Menurut Bee Cheng, dia bertanya lanjut mengenai tersebut kepada anaknya selepas mereka pulang ke rumah. Jelasnya, walaupun terkilan dan mengambil masa hampir setahun untuk menerima hakikat namun dia akur dengan keputusan anak sulungnya itu.
“Saya takut kehilangan Mike sebab ramai yang kata, orang Islam tak boleh tinggal dengan bukan Islam dan saya takut Mike tak boleh uruskan diri.
“Lepas Mike terangkan segalanya, baru saya boleh terima dan gembira tengok perubahan dia yang semakin baik.
“Saya sendiri teman dia daftar sebagai pelajar tahfiz dan mula-mula dulu, hari-hari saya datang jenguk Mike sebab rumah kami di Kampung Asam Kumbang tak jauh, dalam 10 minit saja,” katanya.
Lahir tak cukup bulan
Bee Cheng berkata, Mike Foong dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat 900 gram dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bapa Mike Foong, Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri manakala dua lagi anak masing-masing berusia 20 dan tujuh tahun.
“Kami semua bukan Islam dan hanya Mike saja Islam tapi hidup bahagia malah anak bongsu suka tengok Mike solat,” katanya.
Sementara itu Mike Foong berkata, dia tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti.
Menurutnya, nama asal dikekalkan kerana tiada keperluan berbuat demikian walaupun sudah menganuti Islam.
Cerita mengenai Tan Mike Foong ini benar-benar memberi inspirasi kepada warganet. Mereka telah menurunkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menyertakan kata-kata positif kepada insan istimewa ini.
Memiliki kediaman yang selesa,cantik berhias dan menepati citarasa tentu menjadi impian kita semua yang berumah tangga.
Apatah lagi jika dapat direalisasikan dengan bajet yang rendah. Tentu puas hati dibuatnya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Hafiz Helmi yang menghias rumahnya dengan memasang wainscoting menggunakan pvc, dimana harganya tidak terlalu mahal dan mudah dipasang.
Salam warga KKD, memandangakan ramai yang mesej saya dan tanya tentang PVC Foam wainscoting ni.
So saya decide nak terangkan detail dekat mana nak beli dan bahan-bahan yang nak digunakan untuk pasang.
PVC foam ni sangat ringan dan senang nak bentuk dan lekat di dinding berbanding jenis getah yag berat dan susah lekat di dinding.
Bahan yang saya gunakan:
1. Pembaris 45 darjah
2. Gam Dunlop (beli di mana-mana kedai hardware/diy rm3.50 per bottle)
3. Gunting
4. Manilakad tebal/cupboard ( untuk buat kotak)
Pembaris 45 darjah saya gunakan untuk jadikan guide untuk potong bahagian hujung.untuk penyambung supaya nampak lebih kemas.
Step:
1.Step 1st buat petak gunakan manilak kad atau cupboard
2.Lekat cupboard dekat dinding. Kemudian sapukan gam bahagian belakang pvc wainscoting.
3.Lekat pvc wainscoting ikut cupboard atau manilakad yang dah dilekatkan di dinding supaya pvc foam ni lekat dengan lurus baru cantik..hehe kalau tak pakai board ni pun boleh terus lukis di dinding sebab tujuan dia hanya sebagai guide sahaja.
4.Kemudaian sampai di bahagian hujung, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk penyambung line petak yang seterusnya.(boleh tengok gambar)
Untuk beli lining ni saya beli direct shopee kat sini saya sertakan link.
Ada dua size satu 3cm lebar dan 1 lagi 6cm lebar. Warna putih siap-siap so tak perlu cat dah. Kalau nak cat warna sama dengan dinding pun boleh tak ada masalah.
Bagi saya wainscoting pvc foam ni memang menarik nampak real macam yang kayu dan yang paling penting senang nak pasang sorang-sorang pun boleh buat sebab pakai gunting sahaja potong tak perlu professional tools dan kos sangat-sangat murah.
Mencari duit sampingan bagi kita orang perempuan, ramai antaranya selesa untuk membuat perniagaan secara online.
Apatah lagi berniaga cara ini lebih mudah untuk mendapat pelanggan. Memadai dengan promosi diakaun fb sendiri, urusan jual beli boleh dilaksanakan.
Pun begitu, ada baiknya ketahui juga trik atau helah posting untuk pastikan apa yang dishare tidak diblok dari facebook.
Memahami hal itu, ada baiknya baca perkongsian daripada wanita ini terlebih dahulu.
Elakkan Ayat Atau Perkataan Di Bawah Ni Kalau Tak Nak Akaun Kita Kena ‘Block’ Dari Facebook!
Pernah tak bila kita nak post di facebook tiba-tiba facebook bagitahu “Are you selling something?”
Dan lepas itu terus engagement pada post itu jatuh. Kesannya orang tak nampak posting kita itu langsung!
Ni antara perkataan yang facebook detect dan kita tak boleh guna dalam posting di facebook personal untuk beriklan :
1. Link whatsapp / Link OnPay
Kalau boleh letak di ruangan komen kecuali kalau kita buat ads
2. COD
Tukar ke c0d atau siyodi
3. Postage
Tukar ke p0stage atau p*stage
4. Promo
Tukar ke pr0m0 atau p.r.o.m.o
5. Promosi
Tukar ke pr0m0$i atau pr*m*si
6. Harga
Tukar ke rega atau wang
7. Customer
Tukar ke cust0mer atau c.u.s.t.o.m.e.r
8. Ejen / Agen / Agent
Tukar ke ag3n atau tim
9. PM
Tukar ke piyem atau pi-em
10. RM
Tukar ke rengget Malaysia atau Hengget Mesia
11. Sale
Tukar ke sal3
12. Ready stock
Tukar ke readyst0ck atau readyset*k
13. Stock
Tukar ke st0ck atau st*ck
Gais, sekali sekala apa salahnya kita jadi buat WeChat kan? Hehe.
Ni Lia dapat dari group whatsapp, dan Lia ada ubahsuai yang mana Lia sendiri pon dah testing dan ianya berkesan. Semoga bermanfaat!
Silakan #share dekat kawan-kawan bisnes kita ya.
#Soalan : Ada tak yang korang nak tambah? Silakan tambah di komen. Nanti Lia tambah di posting ini.
#NotaPesanan : Di facebook personal ini bukanlah tempat untuk menjual. Gunakan formula 9 : 1 / 4 : 1. Iaitu 9/4 more kepada storytelling dan 1 baru buat iklan (hardselling).