Tisu basah antara medium yang paling sering digunakan untuk mencuci mekap. Selalunya jika hendak solat, tisu basahlah yang paling mudah untuk digunakan bagi menanggalkan mekap. Dengan sekali sapuan sahaja mekap sudah dibersihkan dan memudahkan urusan mencuci wajah.
Tahukah anda bahawa sebenarnya sikap ini boleh membawa padah kerana menggunakan tisu untuk mencuci wajah boleh mencetuskan pelbagai kesan sampingan. Amalan ini sangat tidak digalakkan kerana tisu basah tidak diformulasikan untuk menghilangan solekan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.
Tisu Basah Tak Elok Guna Untuk Cuci Mekap
Menurut Dr Astrid Wulan Kusumoastuti, tisu basah biasa berlainan dengan ‘makeup remover’ yang biasanya mengandungi campuran minyak untuk menghilangkan solek dan kalis air.
Tekstur tisu basah juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika digunakan terlalu kerap.
Ini antara kesan buruk yang boleh berlaku pada kulit wajah jika kita menggunakan tisu basah untuk menanggalkan mekap.
Banyak Kesan Sampingan Pada Kulit Wajah
1. Kulit Kering
Tisu basah mempunyai beberapa bahan kimia di dalamnya seperti alkohol dan bahan pengawet yang menjadikannya tahan lebih lama.
Dilaporkan oleh Life Health, bahan kimia yang terdapat di tisu basah juga dianggap berkesan untuk menghilangkan bakteria, kulat dan kuman lain.
Inilah yang menjadikan tisu basah kering dan kasar. Oleh itu, setiap kali menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajah, cuci muka segera dengan sabun dan air.
Ads
2. Menjadikan Produk Penjagaan Kulit Muka Tidak Berkesan
Tisu basah mengandungi banyak bahan kimia yang dapat menghilangkan kesan produk penjagaan kulit.
Oleh itu, seseorang harus mengelakkan penggunaan tisu basah pada wajah semasa menggunakan produk penjagaan kulit.
3. Muncul Garis Halus
Satu lagi bahaya tisu basah untuk wajah adalah risiko mewujudkan garis halus pada wajah. Ini disebabkan oleh tekanan berlebihan yang muncul ketika menggunakannya.
Sekiranya digunakan secara berkala dan berulang kali, garis-garis halus di wajah akan muncul, terutama di kawasan mata. Selain daripada garis halus, keanjalan wajah juga berkurang, menjadikan kulit tampak kendur.
Ads
4. Kerengsaan Kulit
Sebilangan bahan kimia pada tisu basah juga boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Biasanya, kerengsaan akan dirasai dengan kemerahan yang muncul dan rasa kulit terbakar pada beberapa kawasan di wajah.
Sekiranya kerengsaan kulit berlaku, segera berhenti menggunakan tisu basah dan berjumpa doktor untuk menangani dengan betul.
5. Memudaratkan Kulit Di Sekitar Mata
Ads
Mata adalah bahagian yang sensitif. Menyapu wajah dengan tisu basah sebenarnya boleh menjengkelkan mata dan menjadikan kulit di bawah mata jadi lebih kendur. Kesannya, mata kelihatan lebih suram, hitam dan mengantuk.
6. Buruk Untuk Kesihatan Kulit Keseluruhan
Kerana tidak dapat menghilangkan kotoran secara optimum, tisu basah hanya menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam muncul.
Kotoran yang tertinggal dan tidak dibuang dengan baik akan meresap ke kulit dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.
Perkara terbaik adalah terus menggunakan air dan sabun untuk membersihkan wajah, terutamanya jika baru selesai melakukan aktiviti di luar.
Sekiranya anda mahu menggunakan tisu basah untuk wajah, pilihlah yang dirumus khas dan mempunyai bahan penghilang solekan.
Namun selepas itu, terus membersihkan wajah dengan sabun dan air. Pilihlah sabun mengikut jenis kulit.
Penjagaan kecantikan bagi seorang wanita kalau boleh serba serbi perlu diberi tumpuan. Bak kata orang, kecantikan itu kenalah dijaga dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Menyentuh tentang penjagaan rambut, umumnya wanita yang telah melahirkan anak sering berdepan dengan masalah rambut gugur dan akhirnya penyebab rambut tidak lagi cantik dan menjadi nipis. Malah lagi menyediakan, hingga terlihat botak Pada vahaguan-bahagian tertentu.
Jadi untuk atasi masalah berkaitan rambut ini, apa kata kita amalkan petua yang dikongsikan ini. Jom semak.
Today i wanna share about rambut . Ramai kan yang mintak she share tentang penjagaan rambut selain dari badan dan muka .
she nak share pada my followers how nak dapatkan rambut yang lebat ,dan kurangkan rambut gugur .
Korang boleh tengok gambar ye . Area mana yang nampak . She share gambar yang ikat rambut sebab when i ikat rambut sanggul ,its obvious gila nampak botak .
She amalkan tak kerap pon . Rasa rajin buat . Tapi alhmdulillah berkesan now rambut cantik . She suka ikot petua orang dulu . Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb .
Rambut she jenis lebat dan jenis rambut halus ,panjang and natural curl belah bawah ,.so thats why she ikat rambut sebab when she bukak dia akan jadi berat bila curl bawah tu makin lama makin curl so jdi cam semak sangat so tu lah motif she ikat rambut.
Pada yang ada masalah tu dan nak rambut panjang , lebat , bebas kelumumur ,inshallah boleh try ni . Memang berkesan sangat dan bahan bahan pon beli kat kedai je, lelaki perempuan boleh .
Bahan bahan :
1)santan
2)alovera gel *boleh pakai any aloevera gel
Cara buat.
Oh ye sebelum terlupa . Minyak zam zam tu sangatlah bagus sumpah even bau dia errrrr .
Tapi kalau nak senang pindahkan minyak tu masok dalam btol spray*botol beli kt daiso bersepah* . So boleh spray kt rambut ,tak perlu lah tangan uolsss berminyak sangat.
Untuk ibu-ibu yang tak suka guna bahan kimia untuk mencuci kediaman, apa kata kita bertukar kepada menggunakan bahan alami yang lebih selamat. Jom semak tip yang dikongsikan oleh saudari Fyza Shah ini.
10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon Sebelum Raya
Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau masakan kan.
1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk
2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat
3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.
4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang
5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.
6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.
7-Buang bau hapak
Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.
8- Buang bau hanyir
Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.
9- Cuci papan pemotong
Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging
10- Hilangkan kesan kopi
Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.
Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon mudahkan kerja kita kat dapur.
Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka
2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita
3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik merupakan pencerah semulajadi .
4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)
Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.
Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.
Fyza Shah
Suka tips DIY.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.