Tidak dinafikan sekarang ini macam-macam video dikongsikan di media sosial, ada yang bagus dan bermanfat, bolehlah dijadikan panduan. Namun tidak kurang juga perkongsian video yang pelik-pelik dikongsikan sekadar untuk suka-suka dan menarik perhatian umum.
Pun begitu, dalam sedar atau tidak tindakan tersebut sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan pesakitnya yang mengadu bermasalah setelah suaminya meniru konten buat ‘prank’ berlaku curang.
Ini perkongsiannya dan bersamalah ambil pengajarannya.
Semakin ramai pula orang tiru konten buat prank pada pasangan, kononya tengah curang, kemudian rakam reaksi pasangannya tu dan muat di sosial media. Eksperimen sosial katanya.
Risau, saya.
Ada seorang pesakit datang mengadu bahawa sejak dia kena prank begitu, dia dah hilang rasa sayang kepada pasangannya. Baru berkahwin, dan selepas insiden itu, terus dah dingin hubungan.
Pertama, dia berasa terguris kerana pasangannya sanggup melukakan hatinya dengan sengaja, iaitu dengan alasan “bergurau” dan “eksperimen”. Dia tak boleh terima benda tu.
Kedua, pasangannya muat naik pula rakaman itu untuk tontonan umum, serta dijadikan bahan ketawa di ruangan komen. Dia tertanya-tanya, adakah naik marah atas kecurangan pasangan itu kelakar?
Ketiga, apabila dia berterus terang tentang perasaannya dengan pasangan, pasangannya telah memadam video berkenaan tetapi ada kata dia tak “sporting”, tak “chill”, tak “relax”. Dia terkilan.
Video itu tular, dan telah dimuat naik semula oleh beberapa media lain. Walaupun pasangannya dah padam di akaun sendiri, namun video itu di media-media lain masih ada.
Setiap kali video itu lalu di media sosial, dia marah, tak boleh tidur, segan nak keluar rumah, malu nak pergi kerja, nak duduk rumah pun tak boleh sebab tak lalu nak tengok muka pasangannya.
Ini mencetuskan perbalahan antara mereka, kemudian perbalahan menjadi pertengkaran, lambat laun pertengakaran menjadi pergaduhan, hujungnya pergaduhan itu menjadi penceraian.
Malangnya, penceraian itu bukan penutup kepada masalah ini. Video dia masih berlegar di alam maya. Sekali sekala muncul semula di media sosial. Kelakuannya masih ditertawa.
Begitulah bagaimana dia akhirnya tiba di meja konsultasi saya dan minta dirujuk ke doktor psikiatri. Saya minta kebenaran untuk kongsikan kisahnya pada kalian semua. Dia izinkan.
Bersenda gurau dengan pasangan, boleh mengeratkan hubungan. Ia amat digalakkan, tapi perlu tahu di mana had dan sempadannya. Menyakat tak apa, tapi tak usahlah sampai menyakiti.
Ingat! Ada luka boleh sembuh, ada luka menjadi nanah, ada luka meninggalkan parut, dan ada luka mampu bunuh. Oleh itu, sebolehnya jangan melukakan pasangan.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
ARTIKEL MENARIK:“Personal Loan Ni Macam Virus..” – Pastikan Tahu Urus Duit Jika Tidak Boleh Muflis!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club