Ruang dapur boleh dianggap sebagai ‘jantung’ kehidupan untuk sesebuah kediaman. Ramai yang mengatakan begitu terutamanya bagi mereka yang gemar memasak. Memandangkan di ruang inilah akan terciptanya hidangan enak dan dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Malah setiap hari kita sering memulakan kehidupan dengan mengisi perut yang kosong dengan menjengah ke ruang dapur sebelum pergi ke tempat kerja dan sebagainya.
Lantaran itu, sewajarnya ruang ini harus terlihat sentiasa bersih dan rapi agar dapat memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga berada lebih lama di ruang ini. Namun jika tidak diberi tumpuan pada aspek kebersihan, ia seakan mustahil. Tambahan pula, apabila memasak akan boleh menyebabkan berminyak malah berjelaga pada dinding, lantai mahu pun syiling.
Pun begitu, wanita ini yang dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Zainudin di dalam fbnya ada berkongsi cara untuk hindari masalah tersebut. Menurutnya walaupun telah menggunakan ruang dapur tersebut hampir 6 tahun lamanya, namun dinding dan syilingnya kekal putih bersih!
Nak tahu apa yang dia lakukan jom semak satu persatu.
Tip saya nak bagi dinding dan syiling tak hitam jelaga dalam masa yang sama masih kekal cantik catnya :
1. Time memasak saya suka standby span basah sambil masak sambil lap tabletop dan kain basah untuk lap lantai gitu.
2. Time memasak saya suka buka pintu dapur dan tingkap agar bau bauan dapat keluar terus
3. Time memasak saya suka pasang kipas kat dapur agar dapur tak berwap panas.
5. Rutin harian selepas memasak, kena rajin mengemas dan lap dapur di semua bahagian yang digunakan time memasak sebab kalau dibiarkan, kesan kotoran akan melekat terus.