
Masak ni bukan sekadar ikut resepi, tapi lebih kepada memahami teknik dan bahan yang betul.
Bagi mak-mak yang dah biasa, mereka tahu cara masak tu bukan hanya tentang mencampur bahan-bahan, tapi juga cara mengimbangi rasa, tekstur, dan warna hidangan. Setiap hidangan ada rahsia tersendiri yang menjadikannya istimewa.
Ada yang guna bahan rahsia, ada yang pakai teknik yang diwarisi turun-temurun.
Tapi tahukah anda? Ada rahsia masakan yang tak ramai tahu, rahsia yang digunakan oleh mak-mak kita dulu. Rahsia ni bukan hanya dalam resepi, tapi dalam cara mereka mengatur dan mengira bahan untuk memasak. Nak tahu lebih lanjut?
Sini ada perkongsian yang boleh bantu korang masak dengan lebih sempurna dan rasa macam masakan mak-mak dulu.
Kawan saya pernah ajar cara senang nak agak berapa nak masak kalau ada ramai orang nak makan. Dia kata, start with this basic ratio 3:2:1:
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia (lebih kurang sebesar ibu jari – kalau halia tak ada, bayangkan saja saiznya)
Ratio ni sesuai untuk 1 portion makan atau cukup untuk 1-2 orang. Nak masak untuk lebih ramai? So you cuma perlu multiply je ikut berapa orang nak makan. Bila dah terrer sikit boleh ‘agak-agak’
Some people use genggam tapi segenggam saya tak sama dengan segenggam awak.
This basic skills aren’t taught but observed from mother to daughter.
Ilmu asas ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya diwariskan turun-temurun. Dari mak kita, ke anak-anak perempuan, dan seterusnya. Tak diajar secara formal, tapi kita perhati dan tiru cara mak kita masak.
So, lepas ni tak ada alasan masakan tak cukup kalau ada tetamu ramai, okey? Mulakan dengan ratio ni, dan korang confirm lepas tu boleh jadi chef keluarga!
Sumber: mencarisakiinah
Anak Asyik Bersin Aje, Jangan Buat Main Sinus Dikalangan Kanak-Kanak. Ibu Ayah Take Note!

Tahukah anda bahawa masalah sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Namun, radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia sering terjadi kepada semua termasuk kanak-kanak. Benar, kanak-kanak juga tidak terkecuali.
Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
GEJALA SINUS
Gejala sinus jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berikutan keadaan rongga yang masih belum terbuka sepenuhnya.
Lazimnya, pembukaan rongga ini akan sempurna ketika usia remaja. Sekalipun ia terbuka, tetapi jika tiada pengumpulan mukus atau nanah di sekitarnya, tidak mengapa.
Keadaan hanya berbeza apabila berlaku jangkitan dan pengumpulan nanah pada rongga sinus. Inilah yang akan membawa kepada radang sinus.
Terdapat beberapa punca berlakunya sinusitis tidak kira dalam kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Antaranya adalah jangkitan sinus atau selesema, alahan, trauma akibat kemalangan, struktur tengkorak yang tidak normal dan perokok pasif.
1. JANGKITAN SINUS
Lazimnya keadaan selesema akan menyebabkan rongga hidung membengkak dan ruang saliran sinus menjadi sempit serta menghalang pengudaraan. Apabila keadaan ini terjadi, mukus dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan. Akhirnya menjadi perumah untuk pembiakan bakteria hingga menyebabkan keradangan dalam rongga sinus.
2. ALAHAN BUKAN JANGKITAN
Ramai ibu bapa tidak perasan bahawa anak mereka kerap selesema dan bersin disebabkan alahan, bukan jangkitan. Alahan boleh terjadi disebabkan debunga, hama dan lipas. Bahan buangan daripada hama biasanya menjadi punca paling kerap rongga sinus tersumbat.
3. TRAUMA
Tidak kira sama ada pernah terhantuk dengan kuat, kesan kemalangan atau apa saja impak yang mengenai kepala dan menyebabkan kecederaan, ia boleh menyumbang kepada sinusitis.
Keretakan tulang pada bahagian tengkorak ini boleh menyebabkan rongga sinus menjadi sempit. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh menutup rongga sinus dan menyebabkan radang yang lebih teruk.
4. STRUKTUR TIDAK NORMAL
Kes sebegini lazimnya berlaku kepada mereka yang dilahirkan dengan kelainan pada struktur wajah. Sebagai contoh, mereka yang mengalami sumbing lelangit.
5. PEROKOK PASIF
Bapa atau ibu yang merokok selalunya membawa risiko tidak sihat kepada anak-anak. Begitu juga dengan orang di sekeliling. Pendedahan terhadap asap rokok boleh menyebabkan terjadinya masalah sinus dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana, asap boleh memberi reaksi kepada rongga hidung dan menyebabkan permukaannya bengkak, sekali gus menutup rongga sinus.
Terdapat pelbagai simptom jelas yang menunjukkan kanak-kanak itu menghadapi sinusitis. Antaranya adalah demam, selesema, hidung berair, batuk (disebabkan hingus yang melalui belakang tekak) dan sakit kepala (bahagian dahi dan pipi).
Tetapi, bukan semua kanak-kanak yang mengalami batuk dan demam mengalami sinusitis kerana rongga sinus mereka belum sempurna. Sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia lapan tahun.
Rongga sinus yang sempurna merangkumi sinus maxillary, sinus frontal, sinus ethmoidal dan sinus sphenoid. Apa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah alahan.
Mereka kerap bersin dan selesema. Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak yang mengalami masalah alahan mendapat sinusitis. Umpamanya, rinitis alahan atau kerap disebut masyarakat kita sebagai resdung.
Rawatan
Pentingnya alahan berkenaan dirawat untuk mengelak dari masalah berikut :
1. Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian berkenaan.
2. Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
Menurut statistik yang dikongsikan kepada umum tahun lalu, resdung dikategorikan sebagai masalah kesihatan global.
Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah di Kuala Lumpur mengidap asma.
Dalam kalangan penghidap asma ini, hampir 80 peratus dikatakan turut menghidap resdung. Kanak-kanak pula lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa, selain faktor persekitaran, jerebu, demam, batuk dan selesema.
Sinusitis dalam kalangan kanak-kanak masih boleh dirawat berikutan ia disebabkan jangkitan. Doktor biasanya akan membekalkan ubat untuk mengurangkan pengeluaran hingus, sekali gus membantu membuka rongga sinus.
Pada masa sama, perlu untuk rawat punca berlakunya sinusitis. Kalau disebabkan jangkitan, doktor akan beri antibiotik. Kalau alahan, ubat akan diberi untuk mengawal alahan. Jika tidak, radang ini akan berulang.
Satu perkara yang kerap masyarakat terlepas pandang adalah mengenai kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Majoriti masyarakat hari ini terlalu mudah membuat kesimpulan berdasarkan perbandingan simptom yang pernah dihadapi sendiri dengan apa yang dialami anak-anak.
Orang kita kalau nampak anak gatal pada muka, berhingus, dia akan kata resdung. Sebenarnya ia lebih kepada alahan. Rinitis boleh diwarisi daripada genetik ibu dan ayah. Sinusitis itu radang yang berlaku akibat jangkitan. Ia tidak diwarisi.
Tetapi kalau alahan, itu boleh diwarisi. Cuma, sebagai ibu bapa, kita kena peka apa yang menjadi punca atau penyebab ia berlaku. Boleh jadi disebabkan persekitaran, makanan, debunga, hama rumah, lipas, bulu kucing dan sebagainya.
Elakkan anak daripada punca alahan supaya tidak melarat hingga berlaku jangkitan sinus. Seeloknya, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Bukan Hanya Cuci Rahim, Air Jamu Ini Dapat Bantu Pecahkan Lemak dan Atasi Bau Badan. Rugi Tak Cuba!

Rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri supaya pasangan sentiasa mahu dekat dengan kita.
Nak cantik dan sihat tidak perlu keluar belanja yang banyak. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mira Baharin ini.
Selain dapat membuang angin dalam badan, minuman berkhasiat ini juga membantu dalam mengatasi masalah bau badan serta memecahkan lemak di perut.
Bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang pun boleh cuba air jamu ini kerana ia sangat bagus untuk cuci rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Cukup mudah, bahan-bahannya juga murah dan menjimatkan. Anda boleh peroleh dari dapur saja yang mana khasiatnya tidak perlu kerana sangat berkesan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-Bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
2 inci halia dihiris atau ditumbuk.
2 batang serai dihiris atau ditumbuk.
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu.
3 cawan air putih.
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang sama ada nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk ye.
2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. apabila siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
NOTA: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia.
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam-ngam jer rasa dia.
Selamat mencuba!
sumber: Mira Baharin
Kalau Anak Kurus Sangat, Ibu Sila Bagi Minuman Ni. Boleh Tambah Berat & Tenaga!

Ibu mana tak risau bila melihat keadaan bentuk badan anaknya yang kurus kering akibat tiada selera makan. Lagi-lagi sering kali pula ditegur oleh orang sekeliling berkenaan bentuk fizikal anak tersebut. “Kenapa kurus sangat anak kamu ni, tak kasi makan ke?”, “Anak tak nak makan ke jadi macamtu?”, “Kesiannya tengok anak kamu ni, macam tidak cukup zat.” dan pertanyaan-pertanyaan ini terus sering didendangkan di telinga anda. Akhirnya membuatkan kita sebagai ibu semakin bimbang dan tertekan.
Sewajarnya kita akan mencari penyelesaian agar anak yang sedang membesar dibekalkan dengan zat yang secukupnya. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan minuman yang berkhasiat seperti mana resipinya telah dikongsikan oleh Puan Norliza ini.
Ikuti perkongsiannya untuk manfaat bersama!
Oh ya, selain itu tips ini juga sesuai untuk semua golongan, kaum lelaki dan kanak² yang mempunyai berat badan yang kurang pun sesuai mengamalkan, InsyaAllah. Seseuai juga diamalkan kepada ibu berpantang serta ibu mengandung yang merasakan diri mereka kurang tenaga
Kesemua bahan ini terlalu banyak khasiat, lebih² lagi ianya adalah makanan sunnah.
Posted by Norliza Mohd Salleh on Sunday, 26 February 2017
Bahan-bahan
Segelas susu
Sesudu besar kismis (kalau nak guna kurma pun boleh, tapi jangan campur kurma dan kismis)
* rendam 2jam
Sesudu besar badam
*rendam 6jam atau semalaman.
Sesudu kecil madu
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan dan kisar.
2. Setelah sebati boleh tapis untuk minum, tapi saya suka tak bertapis sebab dapat rasa crunchy² badamnya.
3. Minum 2x sehari setiap hari.
sumber : Norliza Mohd Salleh