Tips Kekal Kasih Sayang Suami Isteri

Share

Perkahwinan adalah sesuatu yang suci yang menggabungkan dua hati menjadi satu. Namun, tidak semua perkahwinan akan kekal bahagia, pasti akan ada konflik dalam sesebuah perhubungan.

 

5 Tips Untuk Rumah Tangga Kekal Bahagia

1. Honeymoon atau berbulan madu

Percutian honeymoon atau bulan madu tidak semestinya dilakukan selepas pasangan sah diijabkabul sebagai suami-isteri atau ketika inai masih merah dijari. Akan tetapi ia haruslah dijadikan acara wajib sempena sambutan ulang tahun perkahwinan untuk mengembalikan semula memori indah pengantin baru sekaligus kehangatan dalam rumah tangga.

Maklumlah bila sudah ada zuriat, tumpuan isteri terutamanya beralih fokus kepada anak-anak sehinggakan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Ruang kosong yang ditinggalkan itulah, yang membuatkan lelaki suka ‘makan luar’ sekaligus mendorong kewujudan orang ketiga mahupun kekasih gelap.

2. Sentiasa mengucapkan kata-kata sayang

Kata-kata cinta atau kata-kata sayang bukan hanya perlu diucapkan ketika waktu bercinta sahaja. Malah setelah sudah sah menjadi suami isteri, kata-kata cinta itu masih perlu diungkapkan juga untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum simpul sendirian dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!

3. Jadilah seorang pendamai ketika pasangan sedang emosi

Jika pasangan anda sedang beremosi, anda haruslah jadi penyelamat dunia iaitu anda mulakan bicara secara lembut kemudian mulakan perbincangan seterusnya memujuk. Kalau isteri kena peluk  atau dapat bunga daripada suami tu, mesti senyumnya sampai ke telinga, dan nak marah pun tak jadi.

4. Seringlah memuji pasangan anda

Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkritik kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.

Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini…dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”

Anda akan perasan yang kata-kata pujian ini akan mendorong mereka untuk berbuat lebih banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan anda.

5. Jangan mengungkit kisah-kisah lama

Jika kita ada tabiat suka mengungkit kisah atau perkara lama, mungkin telah tiba masanya untuk membuang tabiat buruk tersebut. Kata-kata seperti “hari itu pun awak buat lagi” atau “kalau awak tidak buat benda ini dulu..” tidak sepatutnya diucapkan.

Pergaduhan dan pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Cumanya, jangan biarkan pergaduhan lama yang
telah pun selesai memburukkan lagi keadaan pada masa sekarang.

Fokus kepada masalah semasa dan kunci mulut anda daripada mengungkit kesalahan lama. Percayalah, ia akan membantu rumahtangga anda.

Sumber:www.alfatehgold.com