Perkahwinan adalah sesuatu yang suci yang menggabungkan dua hati menjadi satu. Namun, tidak semua perkahwinan akan kekal bahagia, pasti akan ada konflik dalam sesebuah perhubungan.
5 Tips Untuk Rumah Tangga Kekal Bahagia
1. Honeymoon atau berbulan madu
Percutian honeymoon atau bulan madu tidak semestinya dilakukan selepas pasangan sah diijabkabul sebagai suami-isteri atau ketika inai masih merah dijari. Akan tetapi ia haruslah dijadikan acara wajib sempena sambutan ulang tahun perkahwinan untuk mengembalikan semula memori indah pengantin baru sekaligus kehangatan dalam rumah tangga.
Maklumlah bila sudah ada zuriat, tumpuan isteri terutamanya beralih fokus kepada anak-anak sehinggakan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Ruang kosong yang ditinggalkan itulah, yang membuatkan lelaki suka ‘makan luar’ sekaligus mendorong kewujudan orang ketiga mahupun kekasih gelap.
2. Sentiasa mengucapkan kata-kata sayang
Ads
Kata-kata cinta atau kata-kata sayang bukan hanya perlu diucapkan ketika waktu bercinta sahaja. Malah setelah sudah sah menjadi suami isteri, kata-kata cinta itu masih perlu diungkapkan juga untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum simpul sendirian dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!
3. Jadilah seorang pendamai ketika pasangan sedang emosi
Jika pasangan anda sedang beremosi, anda haruslah jadi penyelamat dunia iaitu anda mulakan bicara secara lembut kemudian mulakan perbincangan seterusnya memujuk. Kalau isteri kena peluk atau dapat bunga daripada suami tu, mesti senyumnya sampai ke telinga, dan nak marah pun tak jadi.
Ads
4. Seringlah memuji pasangan anda
Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkritik kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.
Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini…dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”
Anda akan perasan yang kata-kata pujian ini akan mendorong mereka untuk berbuat lebih banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan anda.
Ads
5. Jangan mengungkit kisah-kisah lama
Jika kita ada tabiat suka mengungkit kisah atau perkara lama, mungkin telah tiba masanya untuk membuang tabiat buruk tersebut. Kata-kata seperti “hari itu pun awak buat lagi” atau “kalau awak tidak buat benda ini dulu..” tidak sepatutnya diucapkan.
Pergaduhan dan pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Cumanya, jangan biarkan pergaduhan lama yang
telah pun selesai memburukkan lagi keadaan pada masa sekarang.
Fokus kepada masalah semasa dan kunci mulut anda daripada mengungkit kesalahan lama. Percayalah, ia akan membantu rumahtangga anda.
Sumber:www.alfatehgold.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Produk pencuci pinggan hari ini memang diakui mempunyai banyak pilihan dipasaran. Ada yang didatangkan dalam bentuk cecair dan ada juga di dalam bentuk pepejal. Setiap pengguna ada citarasanya yang tersendiri dalam membuat pilihan.
Ada yang mengatakan guna pencuci cecair lebih menjimatkan dan jauh lebih banyak kuantiti cucian boleh dilakukan. Tidak kurang pula ada yang lebih percaya pilihan pencuci pinggan bentuk pepejal lebih ekonomi dan mudah. Tepuk dada tanyalah selera!
Untuk itu, bagi menggandakan lagi cara untuk lebih berjimat dalam penggunaan bahan pencuci pinggan khususnya daripada jenis pepejal.Kami kongsikan info bermanfaat yang dikongsi oleh Puan Hamidah, dimana beliau telah lama pratikkan cara ini dan terbukti berkesan untuk ‘mengawal’ penggunaan sabun pencuci agar lebih jimat dan tidak digunakan secara berlebih-lebih. Jom semak cara yang unik ini!
“Ingin berkongsi ilmu. Bila selesai masak di dapur, tentulah pinggan mangkuk memenuhi sinki. Idea untuk menjimatkn sesiapa yang suka gunakan pes pencuci pinggan mangkuk. Cara ni dah berpuluh tahun saya amalkan.”-Puan Hamidah
Cara-caranya :
Guntingkan bahagian yang rata pada tudung bekas sabun tersebut.
Kemudian buatkan beberapa keratan seperti di dalam gambar.
Letakkan keratan tersebut di atas sabun pencuci pinggan dan gunakan seperti biasa. InsyaAllah penggunaan sabun akan dapat dijimatkan.
sumber : Hamidah M. Ibrahim Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya kita sering merasakan bahawa masa yang kita ada tidak pernah cukup, seakan hendak buat apa pun semuanya tidak menyempat. Melalui situasi ini, sering juga membuatkan kita rasa mengeluh kerana terpaksa membuat sesuatu dengan tergesa-gesa. Apatah lagi menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama berkerja. Memang jika tidak diurus dengan baik, huru hara dibuatnya.
Lantaran itu, andai ingin rasa masa yang dilalui lebih bermakna dan sekali gus menjadikan masa yang kita ada seperti terlerbih-lebih, ayuh praktikkan apa yang dikongsikan oleh Nad Masrom di akaun fbnya.
Untuk ibu-ibu yang selalu kesuntukan masa, seorang guru pernah mengajarkan saya tentang beberapa tips yang boleh diamalkan supaya kita akan ada LEBIH BANYAK MASA.
Saya pernah amalkannya dan perbezaannya sangat ketara. Cuma saya sering khilaf untuk istiqamah melakukannya.
Mudah-mudahan kita boleh istiqamah melakukannya selepas ini.
1. Solat sunat taubat 2 rakaat sebelum tidur dan bacalah surah Al-Mulk (jika tidak sempat untuk baca, dengar audio sahaja dulu).
2. Jika terbangun di sepertiga malam, buat solat sunat tahajud 2 rakaat. Jika tak larat bangun, tadahlah tangan menghadap kiblat dan berdoalah yang baik-baik.
3. Solat sunat subuh 2 rakaat dan cubalah solat subuh berjemaah bersama suami. Jika anak-anak merengek, solatlah bersama mereka (dukung jika perlu dan pastikan pampers tiada najis).
4. Baca surah Al-Waqiah pada waktu pagi dan jika tak sempat, pasanglah audio. Mudah-mudahan bila selalu dengar, akan mudah untuk kita alunkannya nanti.
5. Solat sunat dhuha.
6. Bacalah al-qur’an walaupun sepotong ayat.
7. Solat awal waktu.
Ramai yang bertanya, bagaimana masa akan jadi banyak bila kita banyak menggunakan masa untuk buat semua ini termasuk membaca al-qur’an?
Jawapannya: Kerana masa yang banyak itu adalah masa yang DIBERKATI. Keberkatan masa akan menjadikan kita mempunyai banyak ruang dan peluang untuk melakukan banyak perkara.
Semoga tips ringkas ini bermanfaat. Sekiranya ada khilaf dari perkongsian ini, mohon ditambah baik.
sumber : Nad Masrom
Yang cuba beri nasihat walau sebaris kata
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...