Di dalam ruang yang kecil dan sempit, segala details perlu diutamakan. Ada beberapa tips yang boleh membuatkan bilik kelihatan lebih luas dengan hanya beberapa cara mudah. Bilik yang kecil boleh membuatkan anda berasa terkurung dan tidak selesa.
Tambah lagi jika bilik itu tiada tingkap. Tetapi dengan konsep yang sesuai dengan ruang tersebut, ia mampu memberikan perbezaan dari segi visual dan membuatkan bilik kelihatan lebih luas dan kemas.
Teknik warna dan pencahayaan serta susunan perabot adalah antara beberapa topik yang akan dikongsikan dalam artikel ini. Semoga idea-idea ini dapat memberi inspirasi kepada anda yang ingin menaiktaraf bilik. Jom kita tengok!
TIPS BILIK LUAS, KEMAS DAN RAPI
Cat dinding dengan warna yang cerah
Ruangan yang limited dan sempit disarankan guna warna cat yang lembut dan cerah. Jika guna cat yang lebih gelap, efeknya akan kelihatan sempit seperti menutup ruang itu.
Manakala cat cerah memberikan efek yang luas kepada mata. Bukan itu sahaja, bilik pon kelihatan lebih tenang untuk dijadikan tempat berehat.
Antara warna yang cerah ialah beige, pastel, putih dan cream. Jika ingin memilih warna putih, pilih lah yang sesuai kerana warna putih mempunya banyak kod yang berbeza warna putihnya.
2. Penggunaan cadar, perabot dan barang hiasan warna cerah
Seperti pemilihan warna bilik, warna cadar dan juga details yang lain juga penting. Penggunaan cadar dan perabot atau hiasan yang berwarna gelap menyebabkan bilik nampak lebih gelap.
Sebaiknya pilihlah warna yang sesuai dengan warna cat bilik. Ini menampakkan bilik lebih kemas dan teratur tanpa mempunyai campuran warna yang berlainan.
Langsir juga memainkan peranan. Jangan risau, jika ada masalah tidur tetapi ingin gunakan warna langsir yang cerah, boleh gunakan langsir “blackout”.
Ads
Langsir ini dapat menghalang cahaya hampir sepenuhnya. Sesuai dengan orang yang mempunyai migraine ataupun masalah tidur.
3. Pencayaan lampu kecil seperti downlight dan eyeball, lampu meja dan lampu tidur
Pencahayaan semula jadi memang menjadi pilihan tambah lagi jika anda merupakan seorang content creator yang sentiasa memerlukan pencahayaan yang baik.
Untuk mendapatkan suasana yang warm dan calming, boleh gunakan lampu eyeball warm light. Boleh juga letak lampu meja tepi untuk extra cahaya.
Bila bilik cerah, tak ada lah suasana rasa suram. Ada lah sikit rasa productive untuk buat kerja. Apatah lagi untuk orang yang mood nya ikut suasana dan keadaan cuaca.
4. Penggunaan cermin besar
Ads
Zaman sekarang cermin boleh ditempah ikut saiz dan juga design sendiri seperti yang diinginkan. Jika tidak pasti, boleh mintak cadangan dari pakar hias dalaman.
Dengan adanya cermin, bilik nampak lebih luas dan elegant. Tapi, pastikan sentiasa bersihkan cermin. Jadi tak kemas pula bila permukaan cermin penuh dengan habuk dan kotor.
Bonus bila cermin boleh dijadikan tempat “mirror selfie” dan “ootd”. Ia juga memudahkan kita untuk check pakaian yang dipakai sebelum keluar rumah.
5. Tambah hiasan pokok hidup atau palsu agar nampak segar
Untuk dapatkan bilik yang nampak segar dan “healing”, boleh letak hiasan pokok hidup. Pokok palsu pon tak menjadi masalah asalkan berwarna hijau.
Ads
Hal ini kerana untuk menambah unsur kehijauan di dalam bilik. Warna hijau merupakan warna yang tenang. Boleh guna gantungan daun palsu untuk lekat di dinding ataupun pintu bilik.
Tapi janganlah berlebihan, risau nampak serabut dan mengundang serangga yang tak patut. Bukan itu sahaja, haruslah rajin untuk lap daun agar nampak licin dan tak lekat habuk.
Melihat pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak kembar, pasti terbayang di fikiran kita betapa beruntungnya pasangan tersebut. Apatah lagi bagi pihak ibunya, maklumlah sekali mengandung dan melahirkan, dapat dua orang anak sekali gus. Jimat masa dan paling penting, sekali sahaja merasa sakitnya saat melahirkan. Memikirkan ini, ramai juga antara ibu-ibu yang mahukan beranak kembar.
Ada Single, Twin & Triplet
Pun begitu, bagi Siti Habshah Mat Sohod dan pasangannya Kamarul Ariffin Razali, ini ternyata menjadi ibu bapa paling istimewa dan bertuah dengan dianugerahkan enam orang anak dalam usia sembilan tahun perkahwinan mereka. Anak sulung, Taufiq Aniq (lapan tahun), pasangan kembar; Lutfiah Hana dan Lutfiah Hani (tujuh tahun) dan pasangan kembar tiga; Lutfiah Aina, Lutfiah Aira dan Lutfiah Aini (tiga tahun).
“Tahun 2015 memang saya bersedia untuk hamil selepas kelahiran kembar. Bila buat ujian kehamilan, alhamdulillah Allah memperkenankan doa saya. Dua bulan selepas itu, sewaktu hendak “buka” buku pemeriksaan kehamilan dan scan kandungan, saya diberitahu bahawa kandungan saya kembar juga. Untuk kesahihan, saya scan di klinik kerajaan, kemudian berjumpa pakar O&G di Hospital Tun Ampuan Rahimah, Klang. Sah! saya hamil triplet.
“Saya teruja dan suami pun terkejut tak tahu hendak cakap apa. Tiada siapa pun yang tahu saya mengandung triplet ketika itu. Hanya mak mertua sahaja yang tahu, sehinggalah usia kandungan 6 bulan barulah saya beritahu keluarga terdekat dan mereka semua terharu dan terkejut.
“Pada tanggal 8 Mei 2015 bersempena bulan sambutan Hari Ibu, bayi kembar tiga saya dilahirkan dengan berat 1kg, 1.1kg dan 1.2kg. Saya cukup bersyukur dengan kurniaan ini. Kini saya telah menjadi ibu kepada enam orang anak dengan tiga kali pengalaman bersalin. Sesuatu yang cukup luar biasa dan tidak terjangka untuk saya lalui semua ini.”
Bajet berganda-ganda
“Pengalaman untuk membeli belah pakaian anak-anak juga tidak sama seperti keluarga lain. Maklumlah bukan mudah untuk diusung anak-anak kembar ni dalam satu masa, lebih-lebih lagi dalam bab shopping. Ditambah pula jika pasar raya tersebut sesak dengan orang ramai.
“Keadaan ini membuatkan saya dan suami bimbang juga terhadap keselamatan anak-anak. Manalah tahu terlepas pandang, padah akibatnya. Jadi cara terbaik biarlah suami sahaja yang uruskan hal membeli pakaian kami sekeluarga.
“Sekiranya mahu bawa anak-anak ke pusat membeli belah, kami hanya bawa yang besar sahaja. Yang kembar tiga kami tumpangkan sekejap di rumah kakak untuk sementara waktu.”
Lapangkan sahaja
“Jujur saya katakan, memang saya suka sangat hias-hias rumah ni. Tapi semua ini tidak dapat dilaksanakan dek kerana anak-anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi yang triplet tu. Pantang ada barang-barang, habis di’kerja’kan mereka.
“Oleh itu, biarlah saya simpan keinginan saya sehinggalah anak-anak besar sedikit. Buat masa ini, keadaan rumah selapang mungkin untuk anak-anak mudah bermain dan selamat untuk mereka.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua orang pernah berasa malas, di mana motivasi susah untuk didapati dan dicari. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh biarkan perasaan malas itu mengawal diri kita. Semuanya datang dari otak kita dan hanya kita dapat kawal cara otak kita berfikir.
Dalam dunia yang sentiasa berkembang dengan kemajuan, Jepun yang kaya dengan warisan budaya dan falsafahnya menawarkan teknik untuk menangani isu ini secara langsung.
Jom kita cuba amalkan dan terapkan dalam kehidupan seharian…..
SENI JEPUN DALAM ATASI KEMALASAN
IKIGAI
Mencari ikigai bermaksud mengenal pasti TUJUAN HIDUP. Contohnya tujuan kita bangun setiap pagi untuk jalani hari tersebut. Cari lah kekuatan, minat dan cari cara supaya kita boleh menyumbang kepada keperluan dunia. Kehidupan akan terasa lebih bermakna dan adanya motivasi untuk kita sentiasa berdaya menjadi penggerak semula jadi kepada diri sendiri.
KAIZEN
Falsafah kaizen mengajar cara untuk MEMFOKUSKAN kepada PENAMBAHBAIKAN berterusan melalui langkah-langkah yang berperingkat. Daripada cuba untuk mencapai segalanya sekali gus, ambillah langkah sedikit demi sedikit. Setiap langkah kecil itu dikira sangat penting kerana ia dikira sebagai konsistensi. Akhirnya membawa kepada pencapaian dari semasa ke semasa.
POMODORO
Untuk yang mudah terganggu dan mudah letih boleh cuba teknik Pomodoro untuk ubah PERMAINAN FIKIRAN. Teknik ini adalah dengan bekerja selama 25 minit sepenuh tumpuan dan rehat selama 5 minit.
Ulangi teknik ini dan kita dapat rasa diri kita lebih fokus, produktif dan bertenaga. Ia adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk memerangi rasa malas, badan berat dan dapat tingkatkan produktiviti harian.
HARA HACHI BU
Prinsip Hara Hachi Bu adalah teknik BERHENTI MAKAN untuk mengekalkan tahap tenaga dalam badan sepanjang hari untuk mengatasi kemalasan. Teknik ini menggalakkan kita berhenti makan apabila sudah 80% kenyang.
Dengan mengelakkan makan secara berlebihan, kita akan jadi lebih cergas untuk bekerja dan tidak rasa malas. Kalau ramai yang perasan, apabila sudah kenyang badan mula rasa lesu dan mengantuk. Oleh itu, pengambilan kuantiti makanan harus dikawal. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sunnah Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Betul tak?
SHOSHIN
Kemalasan sering berpunca daripada menangguh kerja, takut untuk gagal atau keinginan untuk menjadi sempurna. Shoshin atau MINDA PEMULA adalah teknik untuk menyiapkan tugasan dengan sikap terbuka dan ingin tahu.
Jangan terlalu risau untuk mendapatkan semua jawapan dengan sempurna dari awal. Hayati proses belajar dan cuba perkara baru. Dengan mengamalkan Shoshin, potensi akan datang dan dapat mengatasi kemalasan.
WABI-SABI
Daripada menekankan setiap butiran kecil, FOKUS pada perkara yang benar-benar PENTING. Hayati kesederhanaan, hargai ketidaksempurnaan dan utamakan tindakan daripada mencari kesempurnaan tanpa henti.
Ingat, siap adalah lebih baik daripada sempurna. Dengan mengamalkan konsep wabi-sabi, kita akan membebaskan diri daripada sifat perfectionism dan mendorong diri untuk lebih fokus kepada mencapai matlamat.
MANDI HUTAN / FOREST BATHING
Alam semula jadi mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk MENENANGKAN MINDA dan badan kita. Terbukti secara saintifik ia dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Rehat sebentar dari kesibukan kehidupan seharian dan dunia kerja. Ambil angin di taman berdekatan, hirup udara segar dan biarkan alam semula jadi segarkan fikiran kita. Dengan ini kita akan kembali dengan bertenaga serta mencuci mata melihat kehijauan alam.
KAKEIBO
Tekanan dan masalah kewangan boleh menghalang kita untuk capai kemajuan dan bergerak ke depan. Kawal kewangan dengan kaedah Kakeibo. Buat BELANJAWAN dan sentiasa komited untuk mematuhinya. Gambarkan amaun yang dibelanjakan dan di mana kita berbelanja paling banyak. Dari situ, kita boleh tahu punca banyak wang dihabiskan. Seterusnya, kita dapat elakkan diri untuk ke tempat tersebut dan dapat hadkan perbelanjaan harian.
Tak perlu air atau sabun, Gosok-Gosok jer dah boleh hilangksn kesan minyak di dapur. Demikian penangan kain ‘kayangan di kedai RM2.
Perkongsian puan Zaraa Hashim menerusi grup #kemasrumahwithhani, berkongsi tip bagaimana dia hanya menggunakan kain dari kedai eco, tapi membantu kerja-kerjanya di dapur.
BARANG 2 HINGGIT TP SUPERB!
Cik jara ni sangat malas bila nak lap dapur lepas masak sbb cik jara klu lap guna kain biasa mesti nk kena ada cif or sabun utk hilangkn kesan minyak.
Kain norwex dah beli tp alah sayang nya nk guna sbb kain kayangan kan 😆
Then cik jara came across this one cloth. Sebenar nya tertarik dgn kain ni sbb terang2 dia tulis “Anti Oil Cleaning Cloth”. So nk try lah kan betul ke idokk.
Bila dh try tu, WOW! Cik jara dgn umi cik jara sama2 dk wow kt dapur. Hahaha.
Seriously tak payah guna air or sabun. Gosok je kain tu kt dapur yg berminyak lepas masak. Terus hilang minyak tuuuu! Bila calit2 dgn jari pn tak terasa berminyak langsung!
Kt kedai eco ada jugak kain ni. Tp yg mana jauh or tak blh nk pg kedai eco, kt shopee pn adaaaa. Hrga pn tak jauh beza. 2 hinggit sen sen dapat la 2pcs.
Cik jara jmpa seller kain ni yg murah kt shopee, mngkin dia ps kedai eco kot. Nk link kain ni ada kt komen 😘
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.