Kesihatan diri ialah perkara yang paling penting untuk kita menjalani kehidupan dengan sempurna.
Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, amalan minum banyak air suam atau air mineral dapat membantu membuang menjaga kesihatan diri.
Namun, salah satu masalah kesihatan yang boleh menganggu rutin harian adalah sakit tekak.
Masalah kesihatan, adalah sesuatu perkara yang selalu dialami oleh kita yang membuatkan suara menjadi serak atau tidak mampu bersuara.
Untuk menghilangkan sakit tekak ini ada caranya sebelum berjumpa doktor. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M.Sallih.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian beliau.
Ads
5 Cara Hilangkan Sakit Tekak
Anda selalu alami masalah sakit kat tekak? Macam mana nak kurangkan sakit ni sebelum berjumpa doktor? Jom cuba langkah ini dulu.
1. Kumur air garam. Ambil sedikit garam, campur dengan segelas air suam. Kajian Randomised controlled trial RCT yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0% (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan ‘non-bacterial pharyngitis’ pada tekak. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2019.
2. Makan aiskrim. Kenapa aiskrim dapat kurangkan sakit tekak? ‘Soothing effect’ dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
Ads
3. Lozenges. Ini pun boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan di farmasi terdekat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak.
4. Gargle. Ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan.
5. Ubat. Antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati ada tanda jangkitan bakteria. Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan.
Teka teki mengenai kehamilan penyanyi Ernie Zakri Yang sebelum ini meniti di bibir peminatnya terjawab apabila empunya diri memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.
Isteri kesayangan Syamel ini mengakui tidak mengalami sebarang alahan teruk pada awal kehamilan. Bagaimanapun ketika kandungan memasuki trimester kedua dia mulai sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.
“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.
“Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas mengenai dirinya yang seolah-olah menyembunyikan berita tersebut, Erni jujur menjelaskan tidak berniat sedemikian. Sebaliknya berharap ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang juga penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.
“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.
“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan.
“Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.
Begitupun, Allahyarham Wan Faaizah Karim sempat mengetahui berita kehamilannya, Ernie berkata, arwah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.
“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.
“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.
Usianya sudah memasuki 19 tahun, namun dia hanya mampu terlantar di rumah. Segalanya dilakukan oleh ibunya memandangkan dia tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri.Lebih menyedihkan si ibu tidak bekerja tetapi terpaksa menanggung beban kewangan yang besar setiap bulan.
Ini secebis kisah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh gadis bernama Izzati yang menghidapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ sejak berusia 6 bulan.
Kisah Izzati atau nama sebenarnya Norizzati Hairudin dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS dalam usaha mendapatkan dana untuk membantu gadis ini untuk menampung kos keperluannya setiap bulan yang dikatakan mencecah RM1300.
TABUNG UNTUKMU SAYANG – ADIK IZZATI
Bismillahirahmanirahim..Kami dengan ini melancarkan ‘Tabung Untukmu Sayang – Adik Izzati’ bagi mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki bagi membantu adik Norizzati Hairudin 19 tahun, terlantar menghidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ yang disahkan ketika berusia 6 bulan.
Kos keperluan khasnya mencecah RM1,300 sebulan termasuk susu khas dan lampin.
Tabung ini akan ditutup setelah mencecah sasaran RM6,760 dan akan diserahkan dalam bentuk berikut selepas selesai proses pembelian,
1) 6 bulan bekalan susu Ensure Gold Vanilla 850g
RM89 x 10 tin sebulan x 6 bulan = RM5,340
2) 6 bulan bekalan lampin Drypers Wee Wee Dry – XXL
RM35 x 2 pek sebulan x 6 bulan = RM420
3) Bantuan kewangan one-off RM1,000
Jumlah: RM6,760
Ibunya Siti Aminah Mohamed tidak bekerja kerana masalah kesihatan serta perlu menumpukan sepenuh masa untuk anak syurganya itu.Beliau bergantung pada bantuan bulanan JKM (RM350) dan Baitulmal (RM250) untuk keperluan khas Izzati dan keperluan hariannya.
Aminah bersama Izzati kini tinggal dirumah sewa anak keduanya yang telah berumahtangga di Kg Kemus, Alor Gajah, Melaka itu sebelum ini disantuni oleh kru kami melalui siri lawatan awal (Lawatan Kasih)
Sumbangan atau infaq dari orangramai boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibunya.
CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan melalui WhatsApp
Tekan www.wasap.my/60179404640/Izzati #SelamatMembantu #TogetherWeHelp
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes virus influenza yang semakin menular kini, pelbagai langkah pencegahan disarankan kepada ibu bapa. Ini bagi mengelakkan lebih ramai yang dijangkiti virus berkenaan. Selain di rumah, sekolah juga antara lokasi yang perlu mendapat perhatian kerana di sini jugalah tempat yang mudah merebaknya virus berkenaan.
Justeru, Dr Zubaidi Hj Ahmad menyarakan beberapa langkah yang boleh di ambil di sekolah bagi tujuan tersebut.
Berikutan penularan virus influenza di sekolah yang semakin hebat, saya mohon mencadangkan untuk dipertimbangkan. 1. KKM latih guru di sekolah buat saringan suhu pada setiap pelajar sekolah. Jika mahu mudah, KKM boleh bekalkan thermometer infrared seperti yang digunakan di lapangan terbang. Satu alat dalam rm300 boleh gunakan menyaring suhu dengan cepat. Jika ada 1000 pelajar pun tak ada masalah. Mungkin pihak PIBG boleh keluarkan budget untuk membeli alat ini. 2. Galakkan menggunakan penutup hidung dan mulut bila datang ke sekolah. Selalu basuh tangan dengan air atau sanitizer. Sediakan kemudahan mendapat air minum dengan mudah. Jangan buat latihan jasmani di tempat yang panas. 3. Bila mendapati ada pelajar yang mempunyai suhu yang tinggi, guru boleh hantar ke Pusat Kesihatan Kerajaan untuk pengesahan oleh doktor. Mungkin boleh buat pemeriksaan saringan influenza menggunakan "influenza kit". Dapatkan kebenaran ibubapa.
4. Jika disahkan demam, pelajar diberikan rawatan dan cuti untuk dikurantin. Bagi tarikh pemeriksaan susulan di klinik yang terdekatan dalam tempuh 2 hari. 5. Datang semula dengan cepat ke hospital atau klinik jika ada tanda-tanda yang lebih serius seperti demam kuat, batuk dan selsema tak berhenti, sukar bernafas dan tidak bermaya. 6. Jangan benarkan pelajar demam, selsema dan batuk untuk datang ke sekolah. Ia memoercepatkan kadar jangkitan di kalangan pelajar. Berikan cuti untuk kurantin. Sekian. #HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...