Duduk di rumah ni, bolehlah ada masa untuk ibu-ibu belek wajah. Kalau sebelum ini sibuk dengan kerja, sekarang tak ada alasan kan.
Nak cantik tak perlu mahal, tak payah nak ke spa. Sebaliknya guna bahan di dapur pun boleh dapat kulit yang cerah berseri. Cuma kena tahu cara dan tipnya.
Jom cuba perkongsian dari Aroora Dayana ini.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu.Amalkan selalu ya.
Kebaikan tepung beras
cara -cara :
1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih.Lupa dah harga.
2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi
letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.
3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda.
4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah.Jerawat semua xkan muncul.Nak ckp kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua org perfect kan.
So kak yana nk share lah sebab bnda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal-mahal.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.