Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.
Namun ada cara dan tip tertentu bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.
1.Pemilihan Cili Kering
Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai. Jika membeli cili kering di pasar,boleh bertanyakan terus kepada penjual mana cili yang pedas dan mana yang tidak pedas.
Namun jika membeli di pasaraya, harus mengenal pasti jenis cili yang sesuai mengikut tahap kepedasan anda.
Merujuk pada gambar di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Jika gemarkan pedas, cili ini paling sesuai dan tidak perlu letak cili yang banyak untuk membuat sambal.
Gambar yang kedua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Cili jenis ini memang kurang pedas dan jika tidak tahan pedas boleh menggunakan cili ini.
Ads
Cili kering pada gambar ketiga, biasanya boleh dijumpai di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya bersaiz besar dan merah menyala, tapi lansung tak pedas. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni. Guna sikit sahaja cilinya dah berwarna merah.
2.Cara Membersihkan Cili Kering
Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membersihkan cili kering.Antaranya, potong besar 1 inci dan rendam dalam air hingga kembang. Bila telah kembang cuci bersih cili tersebut. Jangan buang semua biji lada, kisarkan ia sekali untuk menjadikan sambal lebih pedas.
Selain itu, boleh juga gunting cili kering secara memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak tahan pedas. Sebab bila cili kering dah rebus dan dah dibuang bijinya ia memang tak pedas.
Ads
3.Warna Sambal Cantik
Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.
Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.Baru lah kaw!
4.Sambal Sedap
Ads
Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.
5.Sambal Tahan Lama
Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.
Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Selamat Mencuba!
Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buatkan Air Tembikai Lemon Laici Untuk Tetamu. Sedap & Puas Dinikmati, Penghilang Dahaga!
Merai tetamu selain kita sebagai tuan rumah akan menghidangkan juadah yang enak, bab menghidangkan minuman juga tidak boleh dipandang enteng. Lebih-lebih lagi pada Raya tahun ini dengan cuaca yang sangat panas, sekali gus air yang sejuk dan menyegarkan sangat-sangat diharapkan oleh tetamu untuk menghilangkan dahaga setelah puas beraya ke sana dan ke sini.
Tentu sahaja tetamu akan berasa teruja jika tuan rumah menghidangkan air minuman yang sejuk dan menyegarkan seperti Air Tembikai Lemon Laici yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini.
Memang nampak cukup mengiurkan dan boleh buat sesiapa pun minum berulah-ulang kali!
Bahan-bahan:
1kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon houseboom
Cara penyediaan :
1.Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar.
2.Tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
3.Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
4.Siap
*Tak gunakan gula sebab sudah cukup manis dari air-air ni semua.
Bagi penggemar makanan laut tentu tak tahan tengok gambar hidangan sotong ini. Mana taknya hidangan ini memang menyelerakan. Memang tak cukup jika hanya hanya masak beberapa ekor sotong aje.
Rasa masam manis membuatkan hidangan ini menjadi kegemaran keluarga. Bagi yang ingin mencuba, apa kata lihat resipi ini.
Sotong Bakar Ala Thai Masam Manis.
Nasihat saya… Sesape yg baru nk try buat sotong bakar Thai ni xpayah la buat.kalau setakat 4-5 ekor confirm xcukup… Kene buat banyak…baru puas. Semua rasa ada masam manis masin.. Complete!
Bahan Sotong saiz beso 3 sudu besar jus lemon 3 sudu madu Secubit garam ( cuci sotong.. Lumurkan semua bahan2. Simpan dlm peti sejuk 15minit) -keluarkan sotong cucuk kepala ngn bdn sotong guna lidi pencungkil gigi – lap2 guna tisu -renjis2in dgn minyak Bakar sampai masak.
Sos 12 btg cili merah 8 btg cili hijau 7ulas bawang putih (bako jap) (Tumbuk semua) 2 sudu sos tiram 4 sudu gula 5 sudu jus lemon 3 sudu sos ikan Daun ketumbar ( hiris halus) Satukan semua bahan… Lumur atas sotong.
Sumber: Juju Minhad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar ikan Salmon, resipi ini wajib dicuba.Jika selalu ikan salmon hanya dipanggang sahaja, sesekali apa kata di masak kari pula namun tanpa santan.
Rasa ikan salmon yang berlemak ditambah aroma rempah ratus kari pasti mampu memikat selera dan memenuhi cita rasa seisi keluarga.
Bahan-bahan:
2 ketul kepala ikan salmon dibelah dua
4 sudu besar rempah kari ikan (jadikan pes)
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia(dihiris)
1 cm lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah/hijau
2 biji tomato (dibelah 4)
5 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
daun kari
kacang bendi
minyak masak
garam dan perasa
Cara Membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan pula serai, lengkuas, halia dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.
Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak.
Tuang air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut mengikut kepekatan dan cita rasa, biarkan mendidih.
Tambah garam dan perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Masukkan kepala ikan, biarkan sehingga separuh masak kemudian tambahkan kacang bendi, buah tomato dan cili merah/cili hijau.
Info Ekstra: Boleh juga gantikan dengan isi ikan salmon.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.