Bagi orang dapur, bunga kantan ini adalah salah satu bahan wajib ada di dapur.
Paling utama bila nak masak hidangan seperti singgang, tak lengkap kalau tak ada bungan kantan.
Seperti yang kita ketahui kantan atau bunga kantan adalah sejenis tanaman daripada keluarga halia. Bunga kantan banyak digunakan sebagai penyedap dan penaik aroma masakan dikalangan masyarakat melayu.
Ramai cuba nak tanam pokok ini di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Pokok kantan ni kalau tak dijaga dan diselenggara dengan betul memang kedekut untuk keluarkan bunga. Mungkin sebab itulah harganya pun tinggi dipasaran sehinggakan boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Jika anda mempunyai ruang tanah yang tak berapa besar dan berdekatan dengan aliran air, ini adalah antara tanaman yang sesuai untuk ditanam. Bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk menamam pokok bunga kantan, bolehlah jadikan perkongsian Sadam Arffain sebagai cara tanam dan jaga pokok kantan dengan betul.
1. Panduan Tanam Pokok Kantan
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Ads
Cara tanam dan jaga pokok kantan. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Ads
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Cara tanam dan jaga pokok kantan yang betul, apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Ads
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
2. Penjagaan Pokok Kantan
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Jika anda dapat manfaatkan panduan cara tanam dan jaga pokok kantan ini dengan betul, insya Allah boleh cuba untuk buat penanaman secara besar besaran mana tahu boleh jadi usahawan muda yang berjaya juga.
Tenang dan tabah tatkala berkongsi kejadian rumah lenyap ‘ditelan’ banjir membuatkan ramai yang kagum dan terharu dengan silap Ebby Yus.
Nasib rumah pelawak terkenal ini yang 90% sudah siap nyata tidak begitu baik apabila lenyap dibawa arus deras walaupun tinggal 10 % sahaja lagi bakal disiapkan.
Berkongsi cerita menerusi program Meletop baru-baru ini, Ebby Yus kelihatan tenang bahkan boleh ketawa ketika membuka cerita keadaan rumahnya Itu. Manakala pengacara program berkenaan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sudah bergenang air mata.
Dia sebelum Itu sempat singgah ke rumahnya untuk meninjau kerja-kerja pemasangan wallpaper dan kemudian mendapat panggilan dari seorang ustaz mengajaknya menyertai kerja kebajikan ke Kuala Kapar.
Ketika dalam perjalanan, dia mendapat panggilan daripada tukang buat rumah memaklumkan keadaan air yang mulai naik dan rumahnya yang sedikit senget akibat arus deras
Namun, tidak lama selepas itu, Ebby Yus sekali lagi menerima panggilan dalam suara sebak memberitahu rumahnya sudah habis dihanyutkan banjir.
Reaksi tenangnya disambut dengan tangisan daripada dua orang pengacara yang begitu sebak mendengar apa yang menimpa pelawak tersebut.
Dalam sekelip mata sahaja, dia mengalami kerugiaan RM200,000 dan rumah impiannya sejak berpuluh tahun bergelar anak seni hilang sekelip mata tanpa sempat dihuninya.
Ebby Yus jujur mengakui yang dia reda dengan ujian daripada Allah S.W.T.
“Rumah orang lumpur masuk, orang bersihkan. Rumah saya masuk dalam lumpur, jadi nak bersihkan apa pun saya tak tahu,” ujar Ebby Yus sambil tertawa kecil.
Membersihkan rumah sudah menjadi kerja yang lazim dilakukan oleh kita anak beranak. Namaun walaupun dibersihkan setiap hari, ada juga bahagian-bahagian tertentu yang kita terlepas pandang dan akhirya menyebabkan kotoran degil seperti daki melekat dan sukar ditanggalkan.
Contohnya pada bahagian plug di dinding. Tidak semua antara kita biasa bersihkan bahagian tersebut hingga berubah warnanya dan nampak kotor. Sedangkan hari-hari kita mengunakan suiz tersebut. Begitu juga dengan bilah kipas, kalau tidak dibersihkan memang penuh dengan habuk yang melekat. Bahkan mungkin banyak lagi perkakasan dan alatan lain yang kita kurang beri tumpuan untuk dibersihkan.
Oleh itu, usah pening kepala untuk memulakan langkah pembersihan detail dengan mencari pelbagai jenis bahan pencuci untuk membersihkan perkakasan di rumah. Memadai hanya menggunakan campuran dua bahan ini, semua masalah selesai!
Ini sepertimana perkongsian daripada pengguna aplikasi TikTok @Wan.Said yang menunjukkan cara membuat bahan pencuci rahsia. Dia juga telah menunjukkan perbezaan setelah menggunakan bahan pencuci tersebut untuk membersihkan bahagian plug dinding, ternuaya memang menakjubkan kesannya.
Jadi bolehlah anda mencubanya memandangkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bahan pencuci tersebut biasanya telah tersedia di rumah kita.
Cara Membersihkan Alatan dan Perkakasan Di Rumah
Bahan-bahan yang diperlukan
Cuka
Cecair pelembut fabrik
Air panas
Botol semburan
Langkah 1 : Masukkan sedikit cecair pelembut fabrik ke dalam botol.
Langkah 2 : Masukkan cuka dengan anggaran 1 scoop.
Langkah 3 : Masukkan air panas.
Langkah 4 : Goncang hingga sebati.
Langkah 5 : Boleh sembur dan bersihkan pada plug dan bilah kipas yang berdaki.
Kesannya memang puas hati. Contohnya seperti gambar di bawah.
Alangkah bahagianya hidup berumah tangga kalau semua lelaki berfikiran dan bersikap seperti adamcorrielee. Demikian antara komen yang diutarakan oleh netizen usai membaca kisah yang dimuat naik oleh pelakon ini.
Menceritakan pengalaman dan pandangannya yang menanti 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat, perkongsian Adam Corrie nyata mendapat perhatian ramai. Tak kurang yang tersentuh dengan kisahnya dan isteri sewaktu mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Jagalah isteri & anak sebagai anugerah & amanah yg Allah berikan pada kita sbg seorang khalifah keluarga.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bkn kerana makhluk & nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yg kita minta.
Dugaan rumahtangga mmg banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada. Ada ketikanya dulu, kami diuji dgn tiada zuriat. Ramai yg cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.
Kebahagian rumahtangga bkn terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita. Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.
Alhamdulilah selepas 10thn melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa.. Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dgn syariat. Jangan biarkan ia suram. . Cintalah pasangan kita masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya