Pucuk jambu gajus memang sedap dibuat ulam. Kalau nak mudah makan lebih baik cuba tanam sendiri pokok jambu gajus ini. Ramai yang menanam pokok ini tumbuh subur. Pokok jambu gajus mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang banyak terutama daun, bunga dan buahnya.
Sebenarnya pokok jambu gajus boleh ditanam dengan menggunakan biji benih. Pokoknya tumbuh subur merendang. Pucuk jambu gajus boleh dituai seminggu sekali. Puas makan bila tanam sendiri.
1. Cara penanaman pokok ini boleh dilakukan melalui semaian biji benih. Caranya dapatkan biji gajus kemudian jemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.
2.Setelah dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. Anak pokok ini perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan yang cepat dan aktif.
3. Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan. Selain menggunakan pelepah kelapa sebagai naungan membantu mengurangkan pokok terencat.
4. Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan pokok gajus.
5. Bagi pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.
6. Pokok ini tidak perlu menunggu lama untuk pucuknya, ia boleh tuai selepas 8 bulan hingga 12 bulan sahaja.
Sumber info: Sifu Durian