Pegaga sebenarnya boleh ditanam secara gantung selain di atas tanah. Bila ditanam secara gantung lebih mudah untuk dipetik. Paling seronok bila tengok pokoknya tumbuh subur dan rimbun.
Bagi yang suka makan ulam pegaga ini, boleh tanam sendiri ikut kaedah gantung. Caranya boleh ikut panduan yang Izam Ijam ini.
KAEDAH TANAM PEGAGA GANTUNG:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Medium cocopeat 100%
Baja fertigasi AB 1.5 ec atau 50ml A 50ml B 20 liter air
Racun serangga brogard + garlic oil
Polibeg tanpa lubang bawah
Pokok pegaga
Ads
Cara penanaman:
1. Isi cocopeat dalam polibeg basahkan. Pastikan polibeg tiada lubang bawah.
2. Ambil pokok pegaga, boleh beli di pasar dan pastikan ada akar atau cabut kat belakang rumah (kalau ada).
3. Potong daunnya dan tanam dalam polibeg sekurang kurangnya 5 pokok untuk satu polibeg. Kemudian siramkan permukaan polibeg tadi dengan air baja AB sebanyak 240ml atau satu cawan sehari.
Ads
4. Letakkan polibeg di tempat yang tidak terkena hujan dan seeloknya kena panas pagi.
5. Selepas seminggu gantung polibeg boleh letakkan di tempat yang panas dari pukul 8-12 tengah hari. Panas sampai petang pun tak mengapa.
Ads
6. Siram polibeg 2 kali sehari pagi dan petang atau siram polibeg sehingga berat purata 2kg. Jangan lebih nanti akar lemas dan busuk.
7. Sembur racun serangga seminggu sekali, seeloknya guna racun organik. Petik dan boleh terus dimakan.
8. Kalau malas nak siram gunalah sistem fertigasi. Pastikan air siraman sudah dicampurkan baja AB.
9. Usia 1 bulan boleh tuai. Jangka hayat pegaga ini boleh sampai setahun jika rajin prunning daun.
Beberapa hari ini rakyat tertanya-tanya tentang pergolakan politik negara, sehingga timbul pelbagai spekulasi. Selaku Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir sebentar tadi telah mengadakan satu pengumuman secara siaran langsung bagi menerangkan tentang beberapa perkara.
Berikut dikongsikan PERUTUSAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD:
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan- tuan dan puan-puan.
2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.
4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.
5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.
6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.
7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.
8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.
9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.
11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.
12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.
13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.
14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.
15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.
16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.
17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.
18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.
Menggunakan dapur gas yang baru dibeli memang tip top serba serbinya. Paling utama, nyalaan api berwarna biru dan ini menyebabkan waktu memasak cepat sahaja.
Namun setelah sekian lama menggunakan dapur gas tersebut, tentu ada antara kita berdepan dengan masalah api dapur bertukar menjadi oren.
Masalah tersebut menyebabkan bila memasak mengambil masa yang lebih lama malah perkakasan memasak juga menjadi hitam berjelaga.
Jadi apa perlu buat? Kena tukar dapur baharu ke?
Tapi sebelum itu, apa kata usahakan dengan cara yang mudah ini untuk baiki dapur gas tersebut. Jom semak perkongsian daripada saudari Sharina ini.
Api dapoq gas tetiba oren..Habis berjelaga periuk kesayangan.. Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.. Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.. Tapi tu la bajet pun cukup² ja..Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??
Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah..Ni dapoq gas yang biasa tu nah.
Step 1: Pusingkan benda tu ( yang ada anak panah)
Step 2 : Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah)
Nah hasilnya, tak payah pening-pening kepala nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit weyy.
Pun begitu setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3 Dan pasang semula tungku api tersebut.
Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
Bagi peminat-peminat program muzik-muzik, pasti anda merindui susuk tubuh genit ini yang petah mengendalikan program hiburan itu suatu ketika dulu.
Kepetahannya tidak perlu disangkal lagi, malah setiap program yahg dikendalikan pasti akan ‘hidup’ dengan gaya pengacaraan yang dibawa olehnya.
Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad adalah anak kedua daripada tiga berada, merupakan anak jati Kuala Lumpur,
Kini Cheryl sudahpun memegang status sebagai isteri dan ibu namun pasti ramai tidak menyangka figura ini sudahpun mencecah usia 43 tahun kerana raut wajahnya yang tidak dimamah usia.
Penampilan Cheryl juga masih ayu seperti dulu, tidak ubah seperti anak dara! Malah isteri kepada Ng Ping Ho yang merupakan pengusaha KLoe Hotel ini sudahpun memiliki 2 anak dalam perkahwinannya yang memasuki tahun ke-12 pada 30 April yang lalu.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia sembilan tahun dan Kate, enam tahun.
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.